Santan bukan sahaja digunakan untuk masakan harian, malah
ianya juga mempunyai banyak manfaat dan keistimewaan khusus untuk rambut.
Santan mengandungi protein dan zat besi yang bermanfaat
dalam kesihatan. Penggunaan santan adalah kaedah terbaik yang mampu membantu
dalam usaha mendapatkan rambut sihat serta cantik bersinar.
MANFAAT SANTAN KEPADA RAMBUT :
> MENCEGAH RAMBUT KUSUT
- Menggunakan santan sebelum diratakan ke seluruh rambut dan
balutkan rambut anda dalam tempoh satu jam. Lakukan kaedah ini
sekurang-kurangnya seklai seminggu dan anda pasti tersenyum melihat hasilnya yang
membuatkan rambut anda tidak kusut.
> MENINGKATKAN PERTUMBUHAN RAMBUT
- Santan kepala mengandungi lemak pati dan Vitamin E yang
membantu meningkatkan pertumbuhan rambut serta menjadikan rambut lebih cantik.
Campurkan santan bersama minyak zaitun sebelum diratakan ke seluruh rambut
selepas menggunakan syampu, hasilnya memukau dan mampu mengelak masalah rambut
gugur.
> MENCEGAH KULIT KEPALA KERING
- Kulit kepala kering bukan hanya menyebabkan masalah
kelemumur, tetapi juga menyebabkan rambut rosak. Santan juga boleh dijadikan
pelembap yang mempunyai lemak dan mampu membantu memperbaiki keadaan kulit
kepala.
> MENGATASI KEROSAKAN RAMBUT
- Sinaran matahari dan kualiti udara turut menyebabkan
rambut dan kulit kepala menjadi rosak. Lumurkan santan kepada kepala menjadikan
rambut lebih kuat dan tidak mudah putus.
> MEMBUAT RAMBUT BERKILAU
- Menambah madu pada santan dan dilumurkan pada rambut
sekurang-kurangnya dua kali seminggu membuatkan rambut cantik berkilau dan
sihat dari luar dan dalam.
Semoga bermanfaat yer.. sama sama menjaga rambut kita dengan baik n sekali sekala buat terapi rambut agar rambut sentiasa sihat. ^_^
Info SINI
hai...yaya datang dari Jom Kita Sembang Bersama 35 Blogger...salam perkenalan dari Yaya Cendana :)
ReplyDeletemohon komen murni di
http://www.yayacendana.com/2015/10/asean-musical-extravaganza-2015-matic.html#comment-form
terima kasih ^_^
tq yaya komen sini.. :)
DeletePETUA ORANG DULU2 TU...TKSH PERKONGSIANNYA...
ReplyDeletepetua orang dulu..jrang dh org zamn skrg praktik kan..
Delete