Bismillahirrahmanirrahim…
Maksudnya : AL-WAHHAB , Yang Sentiasa Memberi.. Allah
SWT mencurahkan rahmatNya ke atas
makhlukNya.. Dia Maha Pemberi..
Wah.. alangkah hebat nya zikir ini.. Zikir ini mempunyai
rahsia yang hebat..
Marilah kita sama sama mengindahkan lagi kehidupan kita
dengan membasah kan lidah kita dengan berzikir kepada yang Maha Esa.
Antaranya ialah dengan praktis zikir Al Wahhab ini.
Rahsia zikir ini adalah :
1.
Menjadi Kaya & Terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari
atau selepas setiap solat fardhu, In Sha Allah anda akan dikurniakan kekayaan,
kemakmuran dan kemasyhuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca
Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, In Sha Allah anda akan dirahmati
dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2.
Permintaan dimakbulkan
Sesiapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali
sebelum meminta sesuatu, In Sha Allah permintaanya akan diperkenankan. Jika
dibaca 100 kali dengan tangan menadahn ke langit, doa anda akan dimakbulkan.
3.
Mencari pekerjaan
Sesiapa yang tidak mempunyi pekerjaan atau
sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan
membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka
(dari kawan, jiran atau seumpamanya )
4.
Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak
tetaoi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau
nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap khamis selepas maghrib dan Isyak,
kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah
dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(3
khamis). In Sha Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat
dilangsaikan.
5.
Menjauhi Kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir
solat zuhur, In Sha Allah anda tidak akan merasa lapar.
6.
Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada
bila-bila masa, kemusykilan anda tidak akan terjawab dan permintaan anda akan
diperkenankan. In Sha Allah..
7.
Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan
anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 – 7 malam selepas
solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. In Sha Allah anda akan berasa bebas
atau emndapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal
dalam 100 kali sehari, esok lusa kita up kan lagi. Nanti lama kelamaan In Sha
Allah zikir ini akan menjadi amalan kita.
Info SINI
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen anda.