9/10 Rezeki datangnya dalam perniagaan. Tetapi tidak semua perniagaan berjaya.Tidak semua perniagaan juga diberkati. Mudahan dijauhkan dari kita sebagai usahawan.
Untuk sentiasa memastikan 9/10 Rezeki perniagaan itu sentiasa diberkati, pastikan cara kita menarik rezeki itu juga adalah mengikut landasan yang betul InsyaAllah.
- Dalam mengejar keuntungan, jangan lupa kerugian juga tetap menanti di depan mata. Rezeki Allah swt telah ditentukan. Tetapi kita masih perlu berusaha.
- Berniagalah dengan amanah dan jangan sekali-kali cuba menipu dalam sukatan dan timbangan, barulah perniagaan itu kekal dan berkat.
- Perniagaan mendidik diri kita agar menjadi insan yang sabar, redha, tabah, jujur dan cekal. Dari sini, kita akan lebih bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dilimpahkan.
- Rasuah merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia kerap berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam perniagaan. Jauhkan dari dosa besar ini.
- Sentiasa senyum pada pelanggan. Senyum umpama magnet rezeki untuk peniaga.
- Pastikan tempat berniaga sentiasa bersih. Sekiranya berniaga dari rumah pun sama juga, pastikan meja dan bilik sentiasa kemas dan teratur.
- Jangan sombong dalam mencari ilmu berniaga. Hormati ilmu tak kira tahap mana pun perniagaan kita.
semoga bermanfaat.. ^_^
info sini
Yang paling penting bersedekah bila dpt keuntungan.
ReplyDeletebtol tu..sedekah penting.. :)
Deleteniaga lbh untungnya tapi etika niaga perlu dipatuhi utk kebaikan dunia n akhirat.
ReplyDeletestuju tu sis.. etika kena jaga..jgn fikir untung semata mata..
Deletesetuju !
ReplyDeletetq.. ^_^
Deletetq dear!
ReplyDeletemost welcome.. ^_^
Delete