Ulser dimulut ataupun lidah. Sape pernah kena camni?
Rasanya rata2 kita semua pernah kan kena camni? camne uols buat?
Sekarang pun Pijah merasai nya, akibat tergigit lidah je. Pastu melarat jadi ulser sampai kan nak bercakap pun pedih. Ada kala rasa nak diam je, taknak bercakap terus. hihii
Kalau bercakap pun, cakap macam mulut penuh makanan. haha
Jom kita tengok apa dia tips2 nya.
8 Tips Hilangkan Ulser Mulut Dengan Berkesan
Berikut adalah beberapa cara menghilangkan ulser mulut dengan lebih pantas. Cubalah!
1. Madu
Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan
ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan
proses pembentukan tisu baru.
Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Boleh juga mencampurkan secubit
kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
2. Gel Aloe Vera
Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan
anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara
semulajadi.
Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang
sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.
3. Baking Soda
Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan
menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser. Atau, anda
boleh mencampurkannya dengan sedikit air untuk dijadikan
pes. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih.
Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali
membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu
membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.
4. Garam
Kumurkan mulut dengan air garam selama 30 saat. Ulangi 2-3 kali sehari.
Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses
osmosis, lalu membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.
5. Tuamkan Dengan Uncang Teh
Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit.
Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.
6. Minyak Vitamin E
Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut
yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul
vitamin E dan sapukan minyaknya.
Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.
7. Kumur Larutan Antiseptik
Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser.
Baca arahan pada label dan gunakan setiap hari.
8. Sapukan Gel Oral
Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering
disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan
pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.
Setakat ni yang kebiasaan Pijah buat ialah dengan mengguna kan garam kasar.
Ambil garam yang berketul tu, terus lekat kan 2 3 saat dekat tempat ulser tu. Nak buat kena banyak bersabar la yer, kena tahan pedihh yang amat.
Tapi kalau buat dengan kerap, In Sha Allah cepat je surut ulser tu.
Lagi satu guna oral gel ada kat klinik jual. yang tu pun cepat je baik luka ulser tu. apply je kat ulser 2 kali sehari. Ubatnya macam gel, melekit gitu tapi best sangat guna. ^_^
Uols biasanya guna tips yang mana satu yer? meh la share. :)
Kredit post sini