Thursday, 2 November 2017
Monday, 23 October 2017
8 Tips Hilangkan Ulser Mulut Dengan Berkesan
Ulser dimulut ataupun lidah. Sape pernah kena camni?
Rasanya rata2 kita semua pernah kan kena camni? camne uols buat?
Sekarang pun Pijah merasai nya, akibat tergigit lidah je. Pastu melarat jadi ulser sampai kan nak bercakap pun pedih. Ada kala rasa nak diam je, taknak bercakap terus. hihii
Kalau bercakap pun, cakap macam mulut penuh makanan. haha
Jom kita tengok apa dia tips2 nya.
8 Tips Hilangkan Ulser Mulut Dengan Berkesan
Berikut adalah beberapa cara menghilangkan ulser mulut dengan lebih pantas. Cubalah!1. Madu
Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru.
2. Gel Aloe Vera
Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.

3. Baking Soda
Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser. Atau, anda boleh mencampurkannya dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih.Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.

4. Garam
Kumurkan mulut dengan air garam selama 30 saat. Ulangi 2-3 kali sehari.Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis, lalu membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.

5. Tuamkan Dengan Uncang Teh
Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit.Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.

6. Minyak Vitamin E
Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya.Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.

7. Kumur Larutan Antiseptik
Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser.Baca arahan pada label dan gunakan setiap hari.

8. Sapukan Gel Oral
Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.
Ambil garam yang berketul tu, terus lekat kan 2 3 saat dekat tempat ulser tu. Nak buat kena banyak bersabar la yer, kena tahan pedihh yang amat.
Tapi kalau buat dengan kerap, In Sha Allah cepat je surut ulser tu.
Lagi satu guna oral gel ada kat klinik jual. yang tu pun cepat je baik luka ulser tu. apply je kat ulser 2 kali sehari. Ubatnya macam gel, melekit gitu tapi best sangat guna. ^_^
Uols biasanya guna tips yang mana satu yer? meh la share. :)
Kredit post sini
Monday, 19 June 2017
Assalamualaikum
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Dah bersyukur ke pagi ni? Jomm kita tulis sedikit sebanyak kesyukuran kita pada Allah swt.
Semoga hidup kita semua sentiasa diberkati, dimurahkan rezeki, mendapat rezeki yang berkat serta mencukupi. Aminn Aminn ya rabbal alamin.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Sebab apa? Sebab dengan bersyukurlah baru kota akan rasa lebih menghargai.
Setuju?
"SYUKUR itu BERKAH"
Salam 24 ramadhan. Lagi 5 hari bertemu Syawal.
Dah ready ke kita? ^_^
Friday, 2 June 2017
Kenapa Kita Memerlukan Suplemen?
Assalamualaikum uols. Uols sihat? Pijah Alhamdulillah sihat.
^_^
Pijah nak highlightkan kenapa kita perlu kan suplemen?
Sedangkan hari hari kita makan sayur, makan buah kan?
So, meh tengok kat bawah antara sebab sebabnya :
1. Kita
sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang
menjejaskan kesihatan badan.
2 . Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi
sesetengah nutrient. Hakikatnya nutrient hanya boleh didapati dari pemakanan.
3. Buah buahan dan sayur sayuran mungkin terjejas
dan tercemar akibat racun seranggan dan bahan kimia lain.
4. Mengamalkan gaya hidup kurang sihat seperti
kurang bersenam, bersukan dan merokok.
5. Rutin pemakanan kebanyakan kita yang tidak
pedulikan makanan seimbang.
6. Gangguan penyerapan nutrient dari makanan akibat
dari pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan.
7. Kehilangan nutrien dalam makanan akibat dari
cara penyediaan , masak terlalu lama dan sebagainya.
Antara 1-7 ni mana satu yang ada dalam hidupan harian kita?
Nak pastikan kita betul betul mendapat vitamin dan nutrient dari
pemakanan kita sangat la susah. Lagi lagi zaman sekarang yang serba moden dan
serba canggih ni.
Semua nak cepat dan segera.
Setuju dak? :D
Jadi suplemen ni tak salah dan amat digalakkan lagi. Sebab apa?
Sebab kita nak dapatkan nutrient dan vitamin yang cukup disamping nak mencegah
daripada penyakit.
Macam orang selalu kata “MENCEGAH lebih baik dari
MENGUBATI”. Sementara kita ada peluang dan masa, kita kenalah manfaat kan
setiap peluang yang ada dengan menambah baikkan tahap kesihatan kita. Paling
penting, sebab kita boleh tingkatkan ibadat kita sebaik baiknya.
Tiada yang lebih penting dari peroleh tahap kesihatan yang
makin hari makin membaik dan bukan saban hari makin merudum.
Jangan lupa, jaga pengambilan makanan kita yer. Semoga kita
sentiasa diberi kesihatan yang baik, bebas dari segala penyakit.
Amin ya rabbal alamin.
“Kesihatan adalah
tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Uols akan ketahuinya apabila uols
merasainya, apabila uols melihatnya. Kesihatan yang sihat sentiasa bertenaga
dan kelihatan hebat. Alamilah kehebatan kesihatan dengan NUTRISI SHAKLEE yang
telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta juta orang
selama 50 tahun”
Dapat sesuatu? ^_^
Semoga bermanfaat
Pijah Share
Friday, 19 May 2017
GIVEAWAY FREE NAME CARD BY BUSYRATAKIYUDIN
Assalamualaikum
3 perkataan menggambarkan blog BusyraTakiyudin
1. Tersusun
2. Cantik
3. Kemas
Setiap pemenang akan dapat 1 kotak (100pcs) namecard..
Tarikh tutup penyertaan : pada 25 Mei 2017 (Khamis) 11.59p.m.