Tuesday, 21 April 2020

Cadangan Set Resdung Shaklee




Resdung atau Sinusitis ialah keradangan dan bengkak pada rongga sinus yang disebabkan oleh bakteria, virus, atau kulat. Rongga sinus ialah perlindungan tahap pertama (first line defense) kita dari jangkitan. Di sinilah tempat untuk keluarkan mucus dari badan.

Simptom yang biasa dialami penghidap Resdung:
  • Hidung tersumbat
  • Lelehan hingus yang berlebihan
  • Kerap bersin
  • Hingus yang berubah warna dan berbau busuk
  • Pening kepala
  • Bengkak mata
  • Gatal-gatal di hidung, mulut, dan muka





Cadangan Set Resdung Shaklee

Terdapat 3 pilihan Set Resdung Shaklee. Penerangan setiap produk di dalam set disertakan bersama di bawah.





1. Alfalfa Complex 

Terkenal sebagai Raja Tumbuhan kerana kandungannya yang sangat padat dengan vitamin, mineral, dan protin. Alfalfa dapt membantu mengurangkan alergi, keradangan, dan gatal-gatal.

Namun begitu, pesakit SLE / autoimmune / ibu hamil / G6PD / sedang mengambil ubat Warfarin / pil perancang kehamilan tidak digalakkan mengambil Alfalfa.
 
Mengandungi 330 biji. Untuk kegunaan 1-2 bulan.

2. Vita C Plus

Vitamin C bersama Bioflavonoids yang mempunyai teknologi Sustained Release dan tinggi kadar penyerapan ke dalam badan. Meningkatkan fungsi sistem imun, bantu elak jangkitan, dan mengurangkan lendir (mucus). Dipercayai sebagai antihistamin semulajadi.

Mengandungi 180 biji. Untuk kegunaan 3-6 bulan.

 3. B Complex

Mengandungi 8 jenis Vitamin B yang PERLU untuk tubuh. Membantu kesihatan saraf, mengurangkan stress, meningkatkan antibodi, membantu fungsi sistem imun.

Mengandungi 120 biji. Untuk kegunaan 4 bulan.



4. Nutriferon

Penggalak imun semulajadi yang dicipta oleh Pakar Imun dari Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. Terbukti secara klinikal dapat mengukuhkan sistem imun. Menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri. Membantu melegakan keradangan dan gatal-gatal.

Mengandungi 30 sachet. Untuk kegunaan 1 bulan ke atas (bergantung kepada penggunaan).

5. Vivix

Minuman sangat tinggi antioksida yang diperbuat dari ekstrak Anggur Muskadine dan bahan botani lain. Memberi perlindungan kepada sel dari peringkat DNA, jadi ia membantu mengekalkan kesihatan mucous membrane. Meningkatkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan. Meningkatkan sistem imun, mengurangkan keradangan, mengurangkan kekerapan demam dan selesema, melindungi dari jangkitan.

Mengandungi 150 ml. Untuk kegunaan 1 bulan.


MENGAPA ANDA PERLU PILIH SET RESDUNG SHAKLEE?

1. Shaklee ialah sebuah syarikat yang OBSES tentang kualiti produknya. Shaklee memastikan mereka:

Melakukan sebanyak 350 ujian terhadap 1 jenis bahan sahaja!
Melakukan sebanyak 100,000 ujian kualiti produk setiap 1 tahun!
Melakukakan sebanyak 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap 1 tahun!
Tidak memasukkan bahan-bahan bahaya. Senarainya di sini.

2. Shaklee memastikan produk mereka BERKESAN. Buktinya?

Secara SAINTIFIK dan KLINIKAL. Shaklee menerbitkan 100 Laporan Saintifik dan mempunyai Landmark Study pada tahun 2007 yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Baca selanjutnya di sini.

3. Shaklee bukan sahaja selamat untuk manusia, tetapi juga untuk alam sekitar. Bukankah itu sangat wow? Boleh baca selanjutnya di sini.

Boleh juga baca di sini.

4. Sudah ramai yang merasai perbezaan Set Resdung Shaklee. Boleh baca Testimoni Set Resdung Shaklee di sini.


KESIMPULANNYA?

Jika anda mencari supplement untuk anda dan keluarga, Shaklee ialah satu jenama yang sangat boleh dipercayai!

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi Pijah jika uols sudah membuat keputusan :)



Your Trusted Shaklee Consultant,
0147937312 (Pijah),
Kedai Vitamin Paka Kerteh
Continue Reading

Resepi Kek Gula Hangus Mudah - Kek Sarang Semut

Assalamualaikum. Hai Uols.

Selamat berPKP fasa 3. Semoga semuanya berakhir dengan baik baik saja.

Jaga diri, kesihatan, keluarga. Dan yang Utama kebersihan diri. Kerap kan mencuci tangan, mandi at least 3 kali sehari yer untuk jaga kebersihan diri.

#KitaJagaKita. Keluar bila perlu je tau. Selebihnya kalau takde keperluan baik stay at home je.

Mana mana yang bosan tak tahu nak buat apa or dah Takde idea nak buat apa.
Apa kata Uols try buat kuih ni plak. Orang tua tua biasa nya panggil kek span.

Kita hak muda mudi ni biasa dengar panggil kek sarang semut aka kek gula hangus.

Uols panggil apa yerr? Pijah paling biasa suka panggil kek sarang semut. Sebab tengok texture dalam dia bila dipotong tu ada lubang lubang gitu. Hehe

Ada se setengah orang dia takleh tengok kek texture berlubang ni, geli kata nya. Hahaha

Tapi makan serius sedap tau. Nak nak pengemar tegar tu. Juadah ni time raya pun laku. Antara kek yang simple dan mudah sangat buat nya.

Nak kukus boleh, nak bakar lagi la boleh. Dua option, boleh pilih je kaedah mana Uols nak.

Dah jommm. Kita chekidott dia punya resepi.




Resepi Kek Sarang Semut versi Pijah :

1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sdb rata marjerin/butter

3 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
Sedikit Esen vanilla

1 cwn tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat 

1st step : cair kan dulu gula guna api slow tau kan xpasal hangitt plak gula tu nanti. Bila dah nampak gula mancair, hancur dan bertukar color perang boleh masukkan air panas tadi. Part ni kena hati hati yer masukkan sikit demi sikit hingga ilang bunyi letup tu.

Bila dah gula tadi sebati dalam air tu, hancur semua, tutup api dan masukkan butter. Biar kan suam2.

Part dua : whisk kan telur + susu + esen bagi telur kuning hancur dan adunan sebati.

Part 3 : ayak kan tepung + soda, masukkan dalam adunan telur tadi. Whisk sebati semua hingga hilang ketul ketul tepung.

Last step : Curah kan air karamel yang panas suam tadi ke dalam adunan tepung sambil whisk bagi sebati.

Dah siap boleh tapis dan tuang dalam loyang yang digris marjerin + tabur tepung sikit taknak bagi kek melekat. Dan kek pun mudah nak dikeluarkan nanti.

Nak mudah lagi boleh jugak guna baking paper.

Boleh la bakar guna suhu 150 atas bawah dalam 30-40 minit or hingga masak.

Nak kukus pun boleh, boleh kukus dalam 40-45 minit atau hingga masak.

Nak tahu masak ke tak, boleh cucuk dengan lidi kat tengah tengah kek. Kalau lidi yang dikeluarkan tu licin, maknanya kek dah masak la tu.

Sejuk kan dulu yer sebelum buat keluar kan kek. Nak potong terus pun boleh



Cara potong nak bagi nampak berlubang tu, kena potong dulu me manjang pastu potong pulak melintang tengah tengah.

Siap! Amacam? Senang ke idok buatnya? Hehe

Resepi ni takyah peram peram. Siap aje adunan terus bakar or kukus.

Selamat mencuba Uols.  




Continue Reading