Assalamualaikum.
Salam ke 10 ramadhan. Berbuka puasa tanpa manisan terasa janggal. Tak gitu? Hehe
Kira nya macam dah wajib pulak ni, setiap kali berbuka puasa mesti kena ada makanan sampingan manisan atau yang ringan ringan sekali buat kudapan moreh lepas terawih.
Antara juadah yang terkumpul la ni. Nak save sini senang boleh jengguk2 balik. Musim pkp ni banyak me masak sendiri buat kuih sendiri.
Semua sendiri baru best kan? Boleh la pass kat jiran sebelah, jiran depan umah tu. Hehe
Antara juadah juadah lauk pauk, kuih muih sepanjang puasa ni. Mana tahu boleh bagi Uols idea nak masak apa kan.
Kuih muih, lauk pauk dan makanan sampingan.
Nasi Dagang Terangganu.
Resepi boleh baca Resepi Nasi Dagang Terangganu - Mudah dan Sedap
Nasi Arab Sup Daging Kambing
Boleh tengok Resepi Laksa Penang Terengganu Sedap dan Mudah
Kerabu Perut
Sayur Pakchoyyy Masak Sos Tiram
Ayam Masak Merah
Ikan Kerapu 3 Rasa
Mee Goreng + Nasi goreng (ni Ingat menu first puasa Hehe)
JUADAH SAMPINGAN
Popia Sayur
KUIH MUIH
Kuih Puteri Mandi
Puding Buih
Laksam Terengganu
Setakat ni jela dulu. Nanti lain masa Pijah boleh update resepi satu persatu.
Jenuh jugak duk fikir juadah lagi 20 hari puasa ni. Hihi
Selamat menjamu mata Uols. :)