Thursday, 25 February 2016

Amaran Bagi Anda Yang 'Jatuh Cinta' Dengan Kad Kredit

Assalamualaikum..


Baik Buruk Guna Kad Kredit. Awas Kalau Anda 'Kaki Shopping'!


Seronok membeli belah guna kad kredit, tapi hati-hati ya! Salah cara guna jerat diri sendiri seumur hidup bayar hutang. Kena tahu dulu apa itu kad kredit dan bagaimana sekeping kad kredit itu berfungsi.
 
 
Ya, mungkin niat awalnya mahu 'top up' mana yang perlu tapi awas jika anda tergolong di kalangan 'kaki shopping'! Konon nak ikut trend, tapi kalau dah over bajet, boleh jerut leher sendiri.
 
 
Sebenarnya kad kredit ada banyak kelebihan tapi itu kalau anda seorang pengguna yang bijak. Ini antara kelebihan yang boleh anda nikmati...
 
 
1. Kaedah pembayaran yang lebih mudah dan cekap.
 
2. Membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian (online).
 
3. Dapat menggunakan penyata bulanan untuk menjejak perbelanjaan bagi tujuan merangka bajet.
 
4. Ada kad kredit yang menyediakan perlindungan insurans kemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan.
 
5. Menikmati skim menarik seperti skim bayaran ansuran tanpa faedah, skim bayaran fleksibel dan pemindahan baki pada kadar 0 peratus untuk memaksimumkan pembelian anda. 
 
6. Dapat mata ganjaran untuk menebus barangan dan perkhidmatan yang biasanya tidak dapat dinikmati jika bayaran dibuat secara tunai.
 
 
Tip Gunakan Kad Kredit
 
1. Sila buat perbandingan terlebih dahulu untuk mendapatkan kad kredit terbaik. Carilah kad yang memberi pengecualian yuran penyertaan dan yuran tahunan.
 
2. Beli secara online hanya di laman web yang dipercayai sahaja.
 
3.  Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan daripada dikenakan caj bayaran lewat atau penalti.
 
4. Bagi mengelakkan dikenakan faedah bayar baki belum jelas sepenuhnya apabila anda menerima penyata bulanan. Berwaspada tentang akibat hanya membayar jumlah minimum.
 
5. Kalau anda menghadapi masalah aliran tunai, bayar jumlah minimum terlebih dahulu dan berusaha untuk menjelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin.
 
6. Elakkan menggunakan kad kredit jika anda tidak mampu membayar bayaran minimum bulanan.
 
7. Kena rajin periksa penyata bulanan kad kredit untuk memastikan setiap urus niaga dan caj yang dikenakan adalah betul.
Continue Reading

Tuesday, 23 February 2016

CARA TEBUS CASH VOUCHER ZALORA

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, first rime dapat invitation dari ZALORA.. untuk publish article kat blog fizah..
settle publish terus je ZALORA bg CASH VOUCHER. seronok,,! Rezeki anak kot.. ^_^

yelaa boleh shopping kat ZALORA.. mujurla sebelum tu dah tangok sini cara cara tebus voucher.. tak la tertanya tanya nak buat camne kan? Alhamdulillah.. settle buat pilihan mana yang berkenan, terus jew proceed order, n ari ni dah selamat sampai pun barang nya..

memang terbaik la services ZALORA n services daripada GDEX. dalam masa satu hari je barang da sampai.. FAST DELIVERY!


meh fizah share jugak kat sini cara nak tebus Voucher daripada ZALORA.

Boleh juga baca dibawah ni ye. Rupa-rupanya, kita just boleh guna harga below pada voucher dan hanya brand yang terpilih sahaja. Barang yang ada discount tak boleh yer..

Disaat aku tak ada duit nak shopping, cuma mampu tengok dan scroll outfit dekat Lazada, Go Shop lepas tu Zalora dan alhamdulillah aku dapat satu task yang menarik untuk blog aku. Jadi aku terus terima offer tu. Orang kata rezeki blog jangan ditolak. Aku ambil masa 2 hari untuk siapkan entry tu. Bukan susah pun, cuma perlu draft dan tunjuk dekat pihak Zalora barulah boleh publish.

Lepas dah selesai publish semua, aku dapat lah sedikit reward berupa 1 voucher RM100 dari Zalora. Uishh, dah lah aku memang kepingin nak shopping sekarang. Cuma tak ada duit je nak pergi shopping. Alang-alang dah dapat voucher ni aku pun apa lagi, seronok lah shopping. Dengan RM100 tu aku beli 3 barang. Aku nak jugak cukupkan RM100 tu. Terbukti kata orang, women power in shopping. Aku boleh cukupkan RM 100 tak lebih tak kurang. Tepat RM 100. Haa, power tak aku?

Ok, kalau dah dapat voucher ni kadang-kadang orang pening jugak, mesti orang akan fikir kena guna duit kita sendiri jugak walaupun sikit. Orang akan fiki ni cuma trick Zalora nak bagi orang beli barang dia lepas tu kena tambah duit. Tak sebenarnya. Tak perlu pun keluarkan duit kalau dapat voucher percuma.


CARA-CARA TEBUS VOUCHER ZALORA. 

First sekali mestilah kena pilih apa yang korang nak. Dah settle puas hati, proceed pembelian tu. Tekan check out. lepas tu ..


Bila nak proceed dia ada keluar macam ni. Have a gift or code promo tu. Klik heretuu. 


Lepas tu masukkan code voucher dekat ruang enter coupon code tu. then klik applylah.


Lepas dah keluar macam ni maknanya dah settle lah shopping korang. Haaa tengok tu tepat-tepat RM100. Tak bazirkan sikit pon voucher yang diberi. Untuk pengetahuan semua, Zalora menawarkan penghantaran percuma dengan pembelian sebanyak RM75 dan keatas.


Alhamdulillah dah selesai shopping aku. Sekarang cuma perlu tunggu barang sampai ja. Tak sabar nya dapat barang barang tu. Terima kasih Zalora sebab bagi Voucher percuma. Lepas ni nyiru aku tadahkan untuk bekerjasama dengan Zalora lagi.
Continue Reading

Monday, 22 February 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Assalamualaikum.. selamat petang..



Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016


Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Continue Reading

Layanan Terbaik Buat Tetamu Bermula Dari Sini

Assalamualaikum..


Layanlah Tetamu Dengan Jaga 5 Perkara Utama Ini


Haruslah nak kena tetamu rasa selesa saat mereka datang ziarah kita. Mungkin kadang kita pun tak menang tangan tapi kena juga usahakan untuk buat tetamu gembira. Jangan risau, ada caranya untuk jadikan suasana lebih teratur, jom semak...


1. Jangan abaikan
Bila tetamu datang ke rumah ramai-ramai, tuan rumah tidak sempat melayan atau tak terlayan tetamu. Hingga ada membiarkan tetamu berbual sesama tetamu lain tanpa layanan tuan rumah yang hanya sempat bersalam dan berbual-bual dengan orang lain. Ada tuan rumah asyik sibuk keluar masuk dapur, ke ruang tamu, ke depan ke belakang, lalu lalang depan tetamu dengan selamba. Dan hanya senyum basi-basi pada tetamu yang duduk. Kita sebagai tetamu ni bukan datang nak makan sangat tapi datang untuk menghargai jemputan tuan rumah. Keadaan ini menyebabkan ada tetamu rasa kecil hati dan rasa tidak dihargai selepas datang ke rumah yang dijemput.


2. Biar rumah bersih & kemas
Pastikan semasa rumah bersih dan teratur dan kita telah bersedia dengan makanan, pinggan mangkuk, air, cawan dan pelbagai hal-hal lain berkaitan disempurnakan agar tetamu selesa mengambil dan meletakkan makanan sebelum dan sesudah makan. Jangan tidak bersedia atau membuat ala kadar persiapan dan akhirnya sibuk ke atas ke bawah cari tisulah, sudulah dan sebagainya. Keadaan ini memberi pengalaman untuk kita membuat perancangan lebih baik bagi rumah terbuka.


3. Ajar anak layan tetamu
Ajaklah anak-anak turut membantu melayan tetamu dengan ramah mesra. Bukan membiarkan anak-anak sibuk berborak ketawa saja dengan rakan-rakan mereka hingga tetamu lain datang mereka buat tak endah. Dahlah mak ayah sibuk dengan tetamu, anak-anak sibuk berjamu dengan rakan mereka tanpa pedulikan tetamu-tetamu mak ayah mereka.


4. Pastikan tandas bersih
Memastikan keadaan kebersihan rumah terjaga terutama bilik air yang kebiasaannya tetamu akan pergi untuk melepaskan hajat selepas kenyang makan dan sebagainya. Ada tu Cik Jah, tandas tuan rumah agak kotor dengan baldi, mop, sapu, botol syampu. Semua terkumpul kat bilik air, mangkuk tandasnya berdaki, naik geli nak masuk. Ini juga akan jadi perbualan tetamu dan dibawa balik kenangan pahit itu dalam memori.


5. Ikut kemampuan
Makanan yang dihidangkan itu memanglah mengikut kemampuan dan keupayaan tuan rumah. Namanya pun kenduri kendara, maknanya bukan ada paksaan kita nak buat kalau tak mampu ye tak? Ada rumah terbuka yang hanya hidangkan mihun sup saja dengan kuah sambal kicap. Bila tengok dalam mangkuk bufetnya, sikit sangat mihunnya, dan kuahnya pun tinggal baki-baki. Hingga kita yang lewat sampai ini pun tak sampai hati nak ambil. Takut orang belakang tak dapat.


semoga bermanfaat..
Continue Reading

Saturday, 20 February 2016

Resepi Tart Telur Mudah

Assalamualaikum..

Fizah nak share tart telur yang selalu fizah buat.. siap jual lagi.. ^_^





Bahan Doh

- 1 biji telur
- 1/2 cwn gula ising
- 1 3/4 cwn mentega
- 1/2 penutup esen vanila
- 2 1/2 cwn tepung gandum

Bahan Filling

- 3 biji telur
- 1/2 cwn gula castor
- 1 cwn susu cair
- 1 cwn air
- 1/2 penutup esen vanila
- 1 sdb tapung kastard
- sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan

(i) Kulit tart

1. Mix mentega dan gula ising sampai kembang
2. Masukkan telur dan esen, pukul lagi bagi sebati
3. Masukkan tepung hingga menjadi doh lembut (doh tak melekat kat tangan) kalau melekat lagi boleh tambah kan lagi tepung.
4. Bulatkan doh dan tekap kan ke dalam acuan tart.
5. Siap semua, cucuk dasar tart dengan garfu supaya tart tak kembang.
6. Bakar dulu kulit tart dalam 5-10 minit pada suhu 180 C (bergantung pada oven masing2)
7. Keluarkan dari oven dan letakkan filling, bakar lagi 15 minit atau hingga masak.

(ii) Filling Tart

1. Campur semua bahan dan kacau rata menggunakan garfu
2. Dah siap, boleh tapis dulu yer kalau tak filling akan jadi ketul ketul.

Dah siap.. senang je kan? buat tart ni kena banyak bersabar yer..

**Cara bakar tu fizah suka cara yang fizah bagitahu kat atas, sebab tart akan lebih ranggup daripada terus masukkan filling dalam acuan dan terus bakar.

Selamat mencuba yer..

Continue Reading