Tuesday, 14 April 2020

Risiko dan Bahaya Resdung

Kesinambungan dari post sebelum ni berkaitan dengan Resdung, Apa itu Resdung? boleh baca disini Resdung - Apa yang dimaksudkan dengan Resdung?



Siapa yang lebih berisiko? Meh kita cekkk


Mereka Yang Berisiko

Berikut adalah individu atau mereka yang berisiko tinggi
untuk terkena Resdung.

  • Alah kepada habuk, debu dan asap
  • Elergi kepada makanan laut, pisang dll
  • Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Bahaya Resdung

Setelah uols ketahui dan kenali penyakit resdung ini berserta gejala-gejala yang dihadapi yang
memungkinkan uols adalah salah seorang pengidap penyakit resdung.

Kini kita ketahui pula akan kesan-kesan serta kemudaratan jika penyakit resdung ini dibiarkan dan menjadi bertambah kronik.

Antara kesan kemudaratan yang dialami oleh mereka
yang mengidap Resdung adalah :


  • Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Lelah yang kian teruk
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selsema biasa yang melarat

Komplikasi Resdung


Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa. 

1. Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

2. Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.



Tanda-tanda Awal

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.
Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan :
Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut
Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur
Rongga Hidung
- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung
Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran
Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka
Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit
Dada
- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan
Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak
Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Dari sumber

Cara Mengurangkan Gejala & Komplikasi Resdung
Gejala dan komplikasi resdung ini dapat dikurangkan dengan cara berikut namun sebaik-baiknya dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu agak ianya tidak mendatangkan implikasi sampingan atau menjadi bertambah teruk:

1. Rehat yang cukup.
2. Bernafas dalam wap panas daripada semangkuk air (boleh tambah sedikit minyak angin).
3. Makan ubat penahan sakit (panadol)
4. Ubat selesema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung.
5. Antibiotik sekiranya penyebab adalah bakteria.

Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:
1. Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang).
2. Penggunaan Antihistamin dalam jangka masa panjang.
3. Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.


Kita juga boleh mencegah resdung. Berusahalah hindarkan diri dari perkara perkara ini :

  1. Hindari haiwan peliharaan seperti kucing
  2. Pastikan kelembapan di rumah baik, sebaiknya guna penapis udara jika berkemampuan
  3. Berhenti merokok
  4. Ambil ubat selsema sebelum berenang/ menyelam (bagi yang suka aktiviti ini)
Jika dah ada penyakit ini, jangan bimbang dan berusahalah merawatnya dengan segera sebelum ianya menjadi kronik.

Tidak salah mencuba kerana semua rawatan itu akan berhasil dan serasi maka ikhtiarlah tanpa putus.

Pijah pun salah seorang yang ada masalah ini tau. Ikhtiar Pijah untuk merawat resdung ni ialah dengan pengambilan suplemen Shaklee.

Alhamdulillah berkesan dalam kurang kan gejala resdung dan buat kan kita rasa lebih sihat. Nanti Pijah akan share dnegan uols di next entry yer. In Sha Allah, sama sama kita berusaha seterusnya bertawakal kerana segala penyakit tu pasti ada ubatnya dan ingat lah yang Allah la satu satu nya yang berkuasa. Jadi jangan lupa banyakkan juga berdoa minta kesembuhan dari Ilahi.



Continue Reading

Resepi Laksa Penang Sedap dan Mudah

Hai Uols.
Ada tak laksa penang ni menjadi igauan or favourite Uols??




Makan panas panas, kuah pulak lagi kawwww bila banyak ikan. Memang besttt!

Boleh menambah nambah kan?
Hari ni buat laksa penang pulak. Test air tangan sendiri. Hehe

Sebelum ni duk jadi pemerhati je lebih, tolong tolong je mana patut.
Jadi, kali ni turun padang sendiri la bikin.

Alhamdulillah menjadi, puas hati sangat buat ni maklumla makan reramai. Bersyukur sangat time PKP ni terkurung pun dapat berkurung sekali dengan Mak Ayah, Adik beradik, suami dan anak anak sekali.

Banyak tak banyak 3 bungkus laksa jugak habis lebih kurang dalam 1.2kg. Sebungkus 400gm laksa.


Okkk dah. Jomsss follow resepi ni. Mana nak try tu boleh la try yer.





Resepi Laksa penang





Laksa direndam bagi lembut, dan direbus hingga lembut.



Bahan2 :


  • Sebungkus laksa(direndam terlebih dahulu sebelum rebus)
  • 1kg ikan selayang
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Asam keping
  • Lada kisar
  • Lada jarum
  • belacan (bakar dulu sikit)
  • 4 ulas bawang besar

Cara buat

1. Rebus ikan tadi dengan asam keping, letak sedikit garam kasar.
2. Siap rebus, asing kan isi dan juga tulang.
3. Blend bawang, lada jarum, belacan dan juga isi ikan. Masukkan dalam periuk dan panas kan atas dapur.
4. Blend tulang ikan tadi sekali air rebusan ikan, tapis masukkan dalam periuk tadi.
5. Masukkan air boleh ejas nak kuah sedikit pekat or cair. Awal awal ni terlebih cair sikit takpe. Sebab nanti kita nak biar kan lama sikit kuah atas dapur. Bagi air ikan turun.
6. Masukkan cili boh, asam keping. Cili boh anggaran je nak bagi kuah warna oren oren gitu
7. Dah mendidih masukkan bunga katam, daun kesum. Biar kan seketika.
8. Dah mendidih last sekali perasakan dengan garam, aji secukup rasa.




Ulaman

  • Timun batang
  • Lada jarum/lada besar (Nak kawww peda guna lada jarum)
  • Limau kasturi/limau nipis
  • Bawang besar
  • Salad
  • Telur

Hiris je semua sayur halus halus. Telur belah dua or 4 terpulang ikut selera masing masing. Hehe




Siap!! 

Boleh hidang dan nikmati panas panas. Sedap amattt. slurrppp






Continue Reading

Resepi Nasi Dagang Terangganu - Mudah dan Sedap



Assalamualaikum.

Hai Uols. Ada ke kat sini peminat nasi dagang?

Ada ke kat sini anak kelahiran Terengganu? Or bukan kelahiran Terengganu tapi tuka makan nasi dagang? Hehe

Nasi dagang ni menu utama jugak la lagi lagi time raya.
Menu ni dijadikan menu sarapan pagi, pagi pagi dah makan sarapan berat berat. Hihi

Kalau raya tanpa nasi minyak, nasi impit, nasi dagang memang tak lengkap la rasanya.

Sesebuah rumah pasti akan ada menu salah satu ni tau. :)

Dahh.. Jomss kita layan resepi Nasi Dagang Terangganu mudah dan sedap ni.

Yang penting Uols boleh cuba yer, yakin boleh buat. Pasti akan dapat buat mungkin lagi sedap dari Pijah buat tau. In Sha Allah.


Bahan bahan kuah Nasi Dagang

  • 1 ekor Ikan tokol/ikan aye (direbus dulu dengan asam keping + Sedikit garam)
  • Santan rm3
  • Lada jarum

  • 3 ulas sederhana besar bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Suku inci halia
  • Setengan inci lengkuas
  • Sedikit belacan
(Blend bahan bahan di atas)

Rempah :
  • 1 sudu besar rempah gulai cap rose
  • 1 1/2 sudu besar rempah masak cap rose
(satu kan bahan blend ke dalam rempah bagi sebati)

Bahan tumis :
  • 2 senduk cili boh
  • Minyak Masak.
Cara cara :
1. Panas periuk, masukkan minyak. Tumis cili boh sampai garing dan terbit minyak.
2. Masukkan santan pekat + air untuk dijadikan kuah. Kuah tak pekat dan tak cair sangat. Biar kan seketika hingga mendidih.
3. Masukkan bahan rempah tadi, biar kan lagi menggelegak.
4. Dah mendidih masukkan ikan tokol, lada jarum, gula, ajinomoto.
5. Biar kan lagi sampai mendidih dan terbit minyak. Tak perlu kacau, biar kan mendidih sendiri baru akan terbit minyak.
6. Last sekali baru perasakan dengan garam. Ni step last baru masuk garam takut terlebih garam sebab ikan rebus tadi dah sedia rebus dengan garam.

Nasi

  • 1kg beras siam wangi (direndam terlebih dahulu dalam 3 4 jam)
  • Santan pekat rm3 + sikit air(letak garam anggaran nasi tak tawar bila dah siap kukus)
  • 2 inci halia dihiris halus
  • 2 sudu besar halba
  • 2 biji bawang merah dimayang halus

Cara :
1. Panas kan kukusan, kukus beras yang ditos tadi separuh masak.
2. Angkat dan letak air biasa sambil kacau bagi sebati, pastu kukuskan balik. 
3. Dalam 10 15 minit tengok dah hampir nak masak, keluaran balik nasi tadi dan sebati dengan Santan pekat tadi. Bagi sekata + masukkan sekali halia, halba, bawang merah.
4. Kukus balik hingga masak.

Siap kukus boleh la dihidangkan..


Cara buat acar timun :

  • Lobak merah
  • Timun batang
  • Bawang merah
  • Garam
  • Gula
  • Cuka


Caranya hiris je nipis nipis sayur ni, sebelum tu boleh satukan garam,gula dan cuka. Rasa la nak masam ke manis sikit ke. Dah puas hati, campurkan bahan yang dihiris tadi bagi sebati.
Dah siap, boleh hidangkan sekali dengan nasi dan kuah tadi,


Ini la rupanya, siap terhidang dan ready untuk dingapppp! hihii
terliur tak?? Kalau terliur boleh la try buat yer. Baru puas hati. 


Dah try tu, share la yer hasil uols dengan Pijah. 
Continue Reading

Monday, 13 April 2020

Resdung - Apa yang dimaksudkan dengan Resdung?

Resdung...


Apa itu Resdung???


Apa yang dimaksudkan dengan resdung?

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis atau disebut keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala/tanda.


Antara gejala-gejala resdung (sinusitis) :

  • Hidung selalu tersumbat
  • Sakit atau rasa berat muka
  • diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Gejala alahan hidung seperti bersin serta gatal gatal hidung



Ada 2 jenis kategori Resdung (Sinusitis)


1. Sinusitis Akut
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung.

Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan.

Sehubungan itu jangkitan akan berlaku secara berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :
  • Hidung berair dan tersumbat
  • Berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Akan rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

2. Sinusitis Kronik


Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Penghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individ tidak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Ada kalanya hidung tersumbat macam kena selsema tanpa demam tetapi hingus bertambah.
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk adakalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

Uols ada masalah camni tak? Pijah punya resdung masuk dalam kategori sinusitis akut.
Resdung yang Pijah alami lebih pada masalah jerawat di muka, kadang kadang di belakang badan pun ada. Ini dulu la pada zaman muda mudi waktu zaman sekolah. hehe

Gejala lain hak Pijah merasa ketara bila main dengan debu or habuk. Kemas kemas rumah ke, cuci habuk kipas ke.

Time tu cepat la terbersin. Bukan sekali tapi berkali kali sampai rasa pedih dada.
Secara tak langsung dapat sekali la pakej gatal muka, mata, hidung. Punya gatal, tenyeh la mata sampai merah biji mata. Huhu

Ada orang dia ada masalah resdung ni tapi tak perasan,sebab gejala dia tak sama. Ada kat luar fizikal kita nampak ok seolah olah takde masalah.

Tapi dalam diam orang kata makan dalam tau.Yang ni lagi parah dan bahaya. Macam Ma Pijah, muka licin takde masalah pape tapi ada masalah resdung dalaman. Gatal gatal telinga,cuci telinga dengan kerap last telinga bernanah. Dan ambil masa jugak tau nak pulih,ia boleh menjejaskan pendengaran kita.

Uols ada pengalaman camni tak? Boleh share tak ngan Pijah uols ada resdung jenis yang macam mana?



Continue Reading

Sunday, 12 April 2020

Promosi Shaklee April 2020

Assalamualaikum.


Dah nak masuk tengah bulan. Tapi belum terlambat lagi kan, Pijah nak share promo Shaklee yang every month memang top n mantap gitu. :)

Promosi bulan juga sekaligus buat persediaan kita untuk menyambut bulan Ramadhan.
Bulan yang penuh berkat serta penuh rahmat Allah swt. Ikhtiar dan usaha kita agar dapat menjalani ibadah puasa dengan sehabis baik.

Joms sesama kita ready kan diri untuk kekal sihat, ceria dan bertenaga sepanjang hari Di bulan puasa. In Sha Allah, moga dipermudahkan oleh Allah segala usaha serta tawakal kita. Aamiin.


OK jomsss tengok apa promo yang best sangat tu?


Promosi Shaklee April 2020

1. Promosi Vivix Shaklee
Pembelian Twinpack Vivix (2 botol) akan dapat diskaun sebanyak 5%, kalian mendapat penjimatan sebanyak RM38 setiap set. Harga promo bagi promosi Twinpack adalah RM722, anda akan dapat Free Membership, Free Postage dan Cash Rebate RM 36.

Pembelian 1 botol Vivix juga akan dapat Free Membership dan Free Postage juga! Anda cuma perlu bayar RM 380 sahaja untuk 1 botol.


Promosi April Shaklee.
Promosi Shaklee April 2020 - Vivix Twinpack


Promosi Vivix shaklee kali ini adalah untuk anda yang inginkan kesihatan dari luaran sehingga dalaman ke tahap sel. Vivix mempunyai pelbagai manfaat hebat yang mana mengandungi 4 bahan utama iaitu Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderbery Eropah dan Lobak Ungu. Vivix bantu berikan fungsi yang baik pada:

⚫Kulit sihat
⚫Peredaran darah yang sihat
⚫Tahap gula dalam darah yang sihat
⚫Menyokong detoks yang berkesan
⚫Fungsi otak yang sihat
⚫Meningkatkan tenaga dan kekuatan otot
⚫Perkembangan sel yang sihat
⚫Sendi yang sihat

Anda boleh juga dapat manfaat daripada Vivix shaklee ini tau.



Manfaat Vivix Shaklee



2. Promosi Ramadhan Shaklee (Cinch Shake Mix)


Chinch Shake Mix

Shaklee jarang buat promosi untuk cinch shake ini, bila menjelang bulan Ramadhan shaklee menyokong anda semua untuk berpuasa dengan lebih bertenaga.

Promosi Cinch Shake Mix Shaklee, belian 2 tong Cinch shake mix Shaklee 3 perisa (Vanila, Chocolate dan Coffe Latte) cuma dengan harga RM 326.25 (jimat RM 36.25).

Cinch Shake merupakan protein soya yang berkualiti tinggi (Non GMO). Ia mengandungi 'leucine' iaitu asid amino penting untuk pertumbuhan dan pembentukan otot yang kuat. Selain itu, ada beberapa manfaat lain Cinch Shake yang perlu anda tahu, antaranya:





Manfaat Cinch Shake Mix Shaklee:
⚫Membantu mengekalkan tenaga lebih lama
⚫Mengurangkan rasa lapar dan kenyang lebih lama
⚫Protein soya berkualiti tinggi Non GMO dan mempunyai glisemiks indeks yang rendah
⚫Mempunyai glisemiks indeks yang rendah
⚫Berfungsi sebagai 'meal replacement'
⚫Membantu mengurangkan keletihan otot selepas bersenam
⚫Membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat



3. Promosi Ramadhan Shaklee (Cinch Tea Mix dan Mealshakes)

Cinch Tea Mix dan Mealshakes


Set Ramadan ini pula adalah Cinch Tea Mix. Promosi diskaun 10% dengan belian 2 Kotak Cinch Tea Mix dengan harga RM 236.25, anda akan jimat jimat RM 26.25 berbanding dengan harga biasa.

Cinch Tea Mix ini mengandungi taurina yang dikaji secara meluas untuk meningkatkan kepekaan dan tenaga. Pek yang mudah dibawa untuk satu hidangan minuman, anda boleh mencubanya walau dimana saja anda berada. Pek yang bersaiz kecil mudah diletakkan didalam handbag atau poket.

Campuran eksklusif dari bahan teh hijau, putih dan merah, serta taurina mampu meningkatkan tenaga seharian agar badan kita sentiasa segar dan cergas. Ianya bebas gluten, tanpa tambahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan.



Manfaat lain pada Cinch Tea Mix adalah:

⚫Membantu proses penurunan berat badan
⚫Membantu membakar lemak berlebihan
⚫Mengandungi polifenol yang menghalang sel-sel badan rosak daripada radikal bebas
⚫Membantu proses detox
⚫Membantu membakar kalori dengan lebih cepat ketika bersenam
⚫Membantu memberi tenaga dan kecergasan badan yang berpanjangan
⚫Mengandungi antioksidan yang tinggi
⚫Membantu Meningkatkan metabolisme badan


4. Promosi Ramadan Shaklee (Cinch Tea Mix & Mealshakes)

Cinch Tea Mix dan Mealshakes


Set Ramadan ini pula adalah Mealshakes Shaklee. Ia sesuai untuk anak-anak dan orang dewasa yang kurang selera makan. Mealshakes juga membantu dalam set combo untuk tambah berat badan terutamanya golongan dewasa yang mempunyai BMI dibawah paras berat.

Beli 2 Canister Meal Shakes, RM 216 (jimat RM 24)

Meal Shakes ini adalah minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja.




10 Manfaat Utama Mealshakes Shaklee:

⚫Meningkatkan imun kanak-kanak
⚫Membekalkan tenaga
⚫Multivitamin melengkapkan nutrisi anak picky-eater
⚫Meningkatkan fokus dalam pembelajaran
⚫Sarapan yang sedap dan mudah disediakan
⚫Memberikan kulit yang sihat
⚫Menyokong tumbesaran kanak-kanak
⚫Membina tulang dan gigi yang kuat
⚫Serta membantu kanak-kanak yang sembelit
⚫Membantu masalah kurang berat badan


5. Promosi Ramadan Shaklee (Performance Drink Lemon dan Orange)



Set Ramadan Shaklee ini pula adalah Performance Drink perisa Lemon dan Orange. Anda boleh memilih mana-mana flavor mengikut kesukaan anda. Performance drink adalah minuman yang mempunyai elektrolite yang mana mencegah tubuh dari terhidrasi dan mengekalkan kelembapan.

Beli 2 canister Performance Drink Orange RM 155.25 (save RM 17.25)
Beli 2 canister Performance Drink Lemon Lime RM 267.75 (jimat RM 29.75)
PD Orange + Lemon = RM 211.50

Performance Drink atau PD ni untuk atlet, atau mereka yang selalu berpanas. Ia bantu elak badan dehydrate, dan beri tenaga instant. Ketika bulan puasa, performance drink boleh bantu elak rasa dahaga. 



8 Manfaat Performance Drink:

⚫Membekalkan tenaga segera dan berterusan
⚫Menggantikan air yang hilang semasa melakukan aktiviti fizikal
⚫Mengelakkan kaki cramp
⚫Melembapkan kulit
⚫Mencegah dehidrasi
⚫Mengelakkan keletihan walaupun bekerja dibawah terik matahari
⚫Menghilangkan rasa haus selepas seharian berpuasa
⚫Mengantikan minuman isotonik bergula

Kalau Uols berhajat nak pinang mana mana set promo ni jangan segan silu hubungi Pijah yer.

Continue Reading