Wednesday, 23 December 2015

5 Nikmat Luar Biasa Wanita Hamil Akan Lalui

Assalamualaikum..



Ramai isteri semakin keliru untuk mengandung lagi apabila terkenangkan ngerinya kisah kelahiran sebelum ini. Mungkin masih terasa sakitnya kontraksi, potongan episotomi, jahitan, tempoh berpantang, memerah susu dan macam-macam lagi. 
 
 
Ada yang cuba menidakkan realiti apabila ujian kehamilan menunjukkan keputusan positif. 
 
 
Lagi parah tetiba timbul persoalan, di manalah hendak dapat pengasuh, bagaimana dengan kehidupan selepas ini, hilangnya kasih sayang pasangan dan macam-macam lagi. Ketahulah wanita, anda sebenarnya apabila anda diberi kelebihan mendapat cahaya mata yang ramai maka anda ialah insan terpilih. Cuba lihat 5 nikmat Allah bagi yang orang lain belum tentu dapat merasa...
 
 
 
1. Apabila seseorang wanita itu hamil maka para malaikat akan beristighfar untuknya. 
 
 
2. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapus darinya seribu kejahatan.
 
 
3. Dua rakaat solat wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil kerana janin yang berada di dalam perutnya turut solat, mendengar bacaan-bacaan solat serta sujud bersama ibunya.
 
 
4. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah SWT akan mencatat baginya pahala seperti orang yang berjihad ke jalan Allah SWT.
 
 
5. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.  
 
 
 
Doa Dikurniakan Anak Soleh
 
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh.” –Surah as-Safaat : 100

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.