Monday 31 August 2015

Ayam paprik

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah dipanjang kan lagi usia kita..
Pejam celik dh 58thun kita merdeka.. Hrp kemerdekaan yg kita kecapi ari ini akan berkekalan selama nya.. Amin..

Okehh..ari nim fizah nk share menu tenghari fizah sekaligus menu mkn malam..hihii almaklum la duk berdua jekan. Nk masak byk byk membazir plak.. So ala kadar jela lg baik kn..

Menu nim special request dr hubby sempena merdeka nim..haahaha
Ayam paprik.. Kalu adik fizah yg 3thun tu xpandai nk sebut paprik.. Di sebut nya "paparik" kihkihh celoteh bdk tgh mmbesar kn.

Dengar je hubby request nk mkn, fizah apa lagi cri la bahan bahan yg ada lm peti tu.. Hubby pon bkn main semangat dia nk mkn.. Ringan tgn tolong fizah.. Masak sama sama. Syokk gtu.. Ehehe

Nim dia resepi nya

Bahan bahan :

- isi ayam - potong dadu
- 2 ulas bawang putih - potong dadu
- 1 biji bawang merah - belah dua dan potong kasar
- 1 batang serai - diketuk
- 3 biji lada jarum - diketuk
- daun limau purut - di carik carik kan
- carrot
- bunga kobis
- kacang panjang
- putik jagung
- 2 sdb lada boh
- 2 sdb sos cili
- 2 sdb sos tomato
- 2 sdb sos tiram
- sedikit kicap
- garam / serbuk perasa
- 1 cwn air


Cara cara :

1. Panas kan minyak, masukkan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, goreng hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili + sos tomato + sos tiram + air + sedikit kicap. Kacau..
4. Masukkan isi ayam + serai + cili padi. Kacau dan biar kan mengelegak. (blh tambah gram atau ejas mana mana rasa)
5. Lepas tu blh la masukkan semua sayur, bawang besar, daun limau purut,, kacau seketika. Agak napak syur dh separa masak blh la ttup api.. Dan siap.. Boleh la diangkat n dihidang..

Senang kan?? Huhuu
Selamat menjamu selera.. :)

Continue Reading

Sunday 30 August 2015

Ayam Masak Halia


Assalamualaikum.. Wbt..
Hari minggu je mesti pening kepala nk pikir masak apa yer hari ini?? Nak buat menu apa?? Fizah apa lagi.. Google jugak la.. Tgk apa yg patut.. Tgk kt dapur barang apa yang ada.. Pastu apa lg, pilih la menu nim.. Ayam masak halia..
Meh fizah kongsi kan resepi nya..mudah n simple jgk.. nim yang minggu lps punya..bru upload.hehee

Bahan bahan :

- isi ayam
- serbuk kunyit
- 2 ulas bawang putih - dihiris
- 1 biji bawang merah - dihiris
- 1 biji bawang besar - dihiris bulat
- Halia - dihiris memanjang
- cili besar - potong memanjang
- daun bawang - potong
- 1sdk lada hitam - tumbuk kasar
- 1sdb sos tiram
- 1sdk tepung jagung (dibancuh sedikit air)
- minyak
- sedikit garam n gula

Cara - cara :
1. Potong dadu isi ayam, gaul dgn garam n kunyit.
2. Panas kan minyak, goreng dulu ayam separa masak dan ketepikan.
3. Dengan minyak yg sama, tumis bawang putih, bawang merah n halia sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam td, masukkan soa tiram, lada hitam n sedikit air. Kacau rata n Biar kan seketika.
5. Masukkan cili besar, bawang besar, kacau. Masukkan garam n gula, tepung jagung. Kacau.
6. Last skli masukkan daun bawang..kcau seketika dan siap..! Boleh lah tutup api,angkat n dihidang kan.

**blh la ejas rse masin ke twar..jgn terlampau banyak garam sebab sos tiram sendiri pon dh masin kn.hehe
Selamat menjamu selera. Hihii
Continue Reading

Ayam Goreng Kunyit Simple



Bahan-bahan :

- isi ayam
- kacang panjang - potong dlm 2 inci
- carrot - potonh halus memanjang
- 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
- 1 biji bawang merah - dihiris nipis
- 1 biji bawang besar - dihiris nipis
- 1 biji cili merah - potong nipis
- sdkit minyak masak
- sedikit garam
- sedikit gula (untuk ditabur)
- 1 sdk serbuk kunyit

Cara - cara :

1. Potong aym dadu, lepas tu gaul dgn garam n kunyit
2. Panas kn minyak, masukkan ayam td n goreng dgn api sederhana besar. Kacau2 supaya ayam tidak hangus n keras.
3. Masukkan bawang putih + bawang besar, terus kacau.
4. Nampak ayam hampir masak, masukkan kacang panjang + carrot + cili besar + bawang besar. Tabur sedikit gula n kacau lbh kurang 1 or 2 minit.
5. Dah siap..! Boleh la angkat n hidang..

Simple n sedap..! Hehe
Selamat menjamu selera.. :)

Continue Reading

Saturday 29 August 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Asslamualaikum wbt..


Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.
pada yang nak join blh klik banner di atas yer.. 
moga ada rezeki saya..mdh mdhn..aminn )


Continue Reading

Tuesday 25 August 2015

Wednesday 12 August 2015

Tutorial Popular post

31 JULY 2015


Tutorial : Popular Post Yang Lebih Style

.Assalamualaikum 




Hari ni hakak Lyssa nak kasi cara untuk korang mencantikkan popular post korang bagi sesiapa yang letakkan popular post di blog .

Apa benda Popular Post ni ? Popular Post ni sebenarnya entry-entry di blog korang yang menjadi perhatian orang ramai . Maknanya , ramai yang masuk entry tu untuk baca apa yang korang tulis dalam 30 hari , 7 hari atau atau sepanjang hari sejak korang mula berblog.

Macam ni lah contoh nya :



Comel tak popular post Lyssa ni ? Baik korang cakap comel cepat ! haha . Nak Lyssa ajar tak ? 
Boleh boleh . Ikut steps kat bawah ni :


1. Dashboard > Layout > Add a Gadget > Pilih Popular Post ..

2. Nanti akan keluar macam ni : (ikut korang lah nak setting macam mana ok ?)



3. Lepas dah SAVE , ikut step ini pula :

4. Template > Edit Html 

5. Klik mana-mana dalam bahagian coding , then  Tekan Ctrl F serentak dan cari kod ini :

]]></b:skin>

6. Ada jumpa ? Bagus ! Copy kod ini pula :


 #PopularPosts1 h2{
width:100%;
font-size:1.3em;
text-indent:-12px;
font-size:14px;
text-align:center;
color: #000000; /* Ini color untuk tajuk widget korang */
}
#PopularPosts1 ul{
list-style:none;
counter-reset:li;
padding:8px 0px 1px;
left:-7px;
width:290px;
}
#PopularPosts1 li{
position:relative;
margin:0 0 10px 0;
padding: 3px 2px 0 17px;
left:-5px;
width:285px;
}
#PopularPosts1 ul li{
background: #ffffff;
position: relative;
display: block;
padding: .4em .2em .4em 2em;
*padding: .2em;
margin: .5em 0;
background: #FFFFFF;
border: solid #FF99CC;
width: 170px; 
/* Ini saiz kelebaran popular post itu */
text-decoration: none;
border-radius: .3em;
transition: all .3s ease-out;
}
#PopularPosts1 ul li:before{
content: counter(li);
counter-increment: li;
position: absolute;
top: 50%;
margin: -1.3em;
height: 2em;
width: 2em;
line-height: 2em;
font-size: 15px;
color: #fff; /* text color of numbers */
background: #FF99CC; /
* Ini color untuk background number */
border: .2em solid #fff; /
* Ini color untuk color border */
-webkit-box-shadow: 0 8px 5px -7px #888;
-moz-box-shadow: 0 8px 5px -7px #888;
box-shadow: 0 8px 5px -7px #888;
text-align: center;
font-weight: bold;
border-radius: 2em;
position: absolute;
left: 0;
transition: all .3s ease-out;
}
#PopularPosts1 ul li:hover{
background: #CCFFFF;
* Ini color untuk hover . Macam Lyssa punya warna biru */
}
#PopularPosts1 ul li:hover:before{
transform: rotate(360deg);
}
#PopularPosts1 ul li a{
font: 12px Calibri, serif; 
/* Ini font size dan jenis font */
text-shadow: 0 -1px 2px #fff;
color: #444;
display:block;
min-height:25px;
text-decoration:none;
text-transform: uppercase;
}
#PopularPosts1 ul li a:hover{
color: #444;
}


7. Paste di bahagian ATAS kod yang korang jumpa tadi .

8. Lepas tu boleh lah korang setting WARNA , WIDTH , FONT SIZE dan jenis FONT yang korang suka .. Tahu kann macam mana nak tukar ? Semua Lyssa dah tulis kan kat warna hijau tu ....

*Untuk tukar WARNA , korang tengok ada # Hashtag tu , korang boleh tukar dan ambil kod > DI SINI

Contoh coding kat atas ni kan , memang sebijik macam kat blog Lyssa ni punya tau.
Kalau tak tahu , boleh terus comment kat bawah ni , dan nanti Lyssa akan reply ok ?

Siapa dah cuba and menjadi pun boleh bagitau =]


- SELAMAT MENCUBA- 
ALHAMDULILLAH.. menjadi jgk try buat utk popular post.. sekali ikut je dah menjadi.. senang n clear je.
Fizah share TUTOTIAL POPULAR POST YANG STYLE dari blogger Lyssa Faizureen.
Continue Reading

8 Surah Amalan Ibu Hamil


Assalamualaikum semua


alhamdulillah, 


syukur atas segala nikmat Allah kurniakan. ena kongsi surah2  amalan ibu sepanjang kehamilan ye


8 SURAH TERSEBUT ADALAH:


Surah Al Fatihah
Surah Yusof
Surah Yasin
Surah Luqman
Surah Maryam
Surah At Taubah
Surah Hujuarat 
Surah An NAhl ( Ayat 78)


TAHUKAH ANDA?

Bacaaan ayat-ayat Al Quran boelh meningkatkan tahap imuniti tubuh untuk melawan penyakit.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. Sumber


Jom mommies yang sedang hamil semua, jadikan amalan untuk MEMBACA AL QURAN serta TERJEMAHANnya pada setiap hari.

semoga anak syurga yang bakal dilahirkan menjadi pewaris nabi , soleh/solehah penyejuk mata kita semua...aameen.

Di ambil dari blogger aeinnamusa.
Continue Reading

Sunday 9 August 2015

Resepi Donat



Bahan-Bahan :

1kg gandum
3 sdb planta
2 biji telur
suku tin susu pekat + air biasa
secubit gram
1/2 paket yeast mauripan (rendam dengan sedikit air suam, bagi yeast kembang)


Cara - cara :

1. masukkan tepung ke dalam bekas, gaul dengan secubit garam,
2. masukkan planta, gaul
3. pecahkan telur, gaul
4, masukkan yeast, gaul, masukkan air susu dan uli adunan sampai adunan tidak melekit kat tangan.
5. uli lagi sampai adunan lembut.
6. biar kan adunan didalam bekas selama 1/2 jam, bagi adunan naik dua kali ganda. (tutup permukaan adunan dengan tuala lembap)
7. bila adunan dah naik berganda, uli adunan sekejap sebelum dicanai.
8. bolehlah canai adunan n terap adunan bulat bulat.. (saya terap dengan gelas jew.. huhuu )
9. siap semua, bolehla panaskan kuali.. pastikan minyak betul betul panas, baru masukkan donat yer..
10. siap goreng boleh la gaul dengan gula ising.

**tengah tengah donut tu boleh buat dengan jari.. senang dan mudah je kan?? :)
Continue Reading

Thursday 6 August 2015

Wednesday 5 August 2015

Dzikir pagi & petang

Assalamualaikum wbt.. slmt pagi semua.. dalam kesibukan kita menjalankan tugasan harian, marilah kita sama - sama mengamalkan zikir pagi & petang..  sambil buat kerja sambil kita berzikir..
" Subhanallahi wa bihamdih " sebanyak 100x. Banyak manfaat nya.. ALLAH HU RABBI..




moga setiap amalan kita diberkati oleh Nya..
untuk keterangan lebih tentang keutamaan dzikir boleh klik di SINI yer.. :)

Semoga bermanfaat untuk kita semua.. 
Continue Reading

Tuesday 4 August 2015

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut



Suka sangat makan kek nim.. senang pon senang, x lah cerewet sangat..kan??? huhuhu



Bahan Gula Hangus :

2 cwn gula
2 cwn air

Bahan Adunan Kek :

2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
2 sdk soda bikarbonat
2 sdb marjerin (dicairkan)
6 biji telur
1/2 cwn susu pekat

CARA-CARA :

1. Cairkan gula dalam periuk sampai perang, atau hangus sikit.. (jgn iarkan terlampau lama yer.. kalau terlebih hangus n gelap nanti kek akan jadi pahit), lepas tu masukkan air, kacau sampai sebati n tutup api.
2. Biar kan air gula hangus sejuk.
3. Dalam bekas lain, pukul telur sampai kembang, masukkan susu, maejerin n putar sampai sebati.
4. Masukkan gandum sedikit demi sedikit, putar dan last sekali msukkan gula hangus, putar lagi sampai adunan sebati.
5. Griskan loyang dengan marjerin.
6. Tapiskan adunan ke dalam loyang n perap adunan selama 3 jam (utk cantikkan lg sarang dia, DEPENDS nk perap or xnak pon xpe.. boleh je terus kukus).
7. Kukus selama 1 jam atau sampai kek masak.


Continue Reading

Monday 3 August 2015

Apam Karamel



Bahan A:

1 cwn gula
1 cwn air panas
- masak gula sampai perang
- masukkan air panas perlahan-lahan, kacau sampai gula cair & biar kan sejuk

Bahan B 

2 biji telur
2 sdb susu pekat
2 sdb marjerin
1/2 cwn minyak
1 1/2 cwn tepung gandum (ayak)
1 sdk soda bikarbonat (ayak)

CARA - CARA 

Mix telur, susu, marjerin, minyak sampai sebati.
~ masukkan bahan A
~ dah sebati masukkan pula tepung yg telah diayak bersama soda bikarbonat.
~ mix sampai adunan sebati
~ sapukan acuan kuih lompang dgn sdkit minyak,
~ tuang adunan penuh cup.
~ dah siap boleh la kukus lebih kurang 15 minit,
~ dah masak, biarkan adunan dalam 5 minit baru buka dan boleh dihidangkan.

**PANASKAN air kukusan dulu yerr SEBELUM buat adunan.
**PASTIKAN balut tudung kukusan dengan kain supaya wap x jatuh atas apam.
Continue Reading