Showing posts with label Resdung. Show all posts
Showing posts with label Resdung. Show all posts

Tuesday, 14 April 2020

Risiko dan Bahaya Resdung

Kesinambungan dari post sebelum ni berkaitan dengan Resdung, Apa itu Resdung? boleh baca disini Resdung - Apa yang dimaksudkan dengan Resdung?



Siapa yang lebih berisiko? Meh kita cekkk


Mereka Yang Berisiko

Berikut adalah individu atau mereka yang berisiko tinggi
untuk terkena Resdung.

  • Alah kepada habuk, debu dan asap
  • Elergi kepada makanan laut, pisang dll
  • Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Bahaya Resdung

Setelah uols ketahui dan kenali penyakit resdung ini berserta gejala-gejala yang dihadapi yang
memungkinkan uols adalah salah seorang pengidap penyakit resdung.

Kini kita ketahui pula akan kesan-kesan serta kemudaratan jika penyakit resdung ini dibiarkan dan menjadi bertambah kronik.

Antara kesan kemudaratan yang dialami oleh mereka
yang mengidap Resdung adalah :


  • Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Lelah yang kian teruk
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selsema biasa yang melarat

Komplikasi Resdung


Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa. 

1. Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

2. Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.



Tanda-tanda Awal

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.
Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan :
Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut
Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur
Rongga Hidung
- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung
Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran
Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka
Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit
Dada
- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan
Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak
Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Dari sumber

Cara Mengurangkan Gejala & Komplikasi Resdung
Gejala dan komplikasi resdung ini dapat dikurangkan dengan cara berikut namun sebaik-baiknya dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu agak ianya tidak mendatangkan implikasi sampingan atau menjadi bertambah teruk:

1. Rehat yang cukup.
2. Bernafas dalam wap panas daripada semangkuk air (boleh tambah sedikit minyak angin).
3. Makan ubat penahan sakit (panadol)
4. Ubat selesema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung.
5. Antibiotik sekiranya penyebab adalah bakteria.

Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:
1. Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang).
2. Penggunaan Antihistamin dalam jangka masa panjang.
3. Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.


Kita juga boleh mencegah resdung. Berusahalah hindarkan diri dari perkara perkara ini :

  1. Hindari haiwan peliharaan seperti kucing
  2. Pastikan kelembapan di rumah baik, sebaiknya guna penapis udara jika berkemampuan
  3. Berhenti merokok
  4. Ambil ubat selsema sebelum berenang/ menyelam (bagi yang suka aktiviti ini)
Jika dah ada penyakit ini, jangan bimbang dan berusahalah merawatnya dengan segera sebelum ianya menjadi kronik.

Tidak salah mencuba kerana semua rawatan itu akan berhasil dan serasi maka ikhtiarlah tanpa putus.

Pijah pun salah seorang yang ada masalah ini tau. Ikhtiar Pijah untuk merawat resdung ni ialah dengan pengambilan suplemen Shaklee.

Alhamdulillah berkesan dalam kurang kan gejala resdung dan buat kan kita rasa lebih sihat. Nanti Pijah akan share dnegan uols di next entry yer. In Sha Allah, sama sama kita berusaha seterusnya bertawakal kerana segala penyakit tu pasti ada ubatnya dan ingat lah yang Allah la satu satu nya yang berkuasa. Jadi jangan lupa banyakkan juga berdoa minta kesembuhan dari Ilahi.



Continue Reading

Monday, 13 April 2020

Resdung - Apa yang dimaksudkan dengan Resdung?

Resdung...


Apa itu Resdung???


Apa yang dimaksudkan dengan resdung?

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis atau disebut keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala/tanda.


Antara gejala-gejala resdung (sinusitis) :

  • Hidung selalu tersumbat
  • Sakit atau rasa berat muka
  • diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Gejala alahan hidung seperti bersin serta gatal gatal hidung



Ada 2 jenis kategori Resdung (Sinusitis)


1. Sinusitis Akut
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung.

Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan.

Sehubungan itu jangkitan akan berlaku secara berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :
  • Hidung berair dan tersumbat
  • Berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Akan rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

2. Sinusitis Kronik


Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Penghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individ tidak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Ada kalanya hidung tersumbat macam kena selsema tanpa demam tetapi hingus bertambah.
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk adakalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

Uols ada masalah camni tak? Pijah punya resdung masuk dalam kategori sinusitis akut.
Resdung yang Pijah alami lebih pada masalah jerawat di muka, kadang kadang di belakang badan pun ada. Ini dulu la pada zaman muda mudi waktu zaman sekolah. hehe

Gejala lain hak Pijah merasa ketara bila main dengan debu or habuk. Kemas kemas rumah ke, cuci habuk kipas ke.

Time tu cepat la terbersin. Bukan sekali tapi berkali kali sampai rasa pedih dada.
Secara tak langsung dapat sekali la pakej gatal muka, mata, hidung. Punya gatal, tenyeh la mata sampai merah biji mata. Huhu

Ada orang dia ada masalah resdung ni tapi tak perasan,sebab gejala dia tak sama. Ada kat luar fizikal kita nampak ok seolah olah takde masalah.

Tapi dalam diam orang kata makan dalam tau.Yang ni lagi parah dan bahaya. Macam Ma Pijah, muka licin takde masalah pape tapi ada masalah resdung dalaman. Gatal gatal telinga,cuci telinga dengan kerap last telinga bernanah. Dan ambil masa jugak tau nak pulih,ia boleh menjejaskan pendengaran kita.

Uols ada pengalaman camni tak? Boleh share tak ngan Pijah uols ada resdung jenis yang macam mana?



Continue Reading