Tuesday 5 January 2016

'Top Secret' Untuk Wanita Jadi Menantu Pilihan

Assalamualaikum..


'Top Secret' Untuk Wanita Jadi Menantu Pilihan


Susahnya nak rapat dengan ibu mentua. Tak boleh salah sikit, habis kita dihamunnya. Mungkin betullah kata orang, wanita mana yang rapat dengan mentua dia memang cukup beruntung! Jangan main-main, untungnya sampai boleh mengalir pada cucu.


Jangan risau, sebenarnya ada RAHSIA yang anda perlu tekankan dalam hubungan menantu mentua. Cuba semak sini...


1. Jadikan ibu mentua sebagai guru masakan anda. Pasti dia gembira.
2. Rajinkan diri bertanya khabar dengan menghubungi ibu mentua. Paling tidak satu minggu sekali.
3. Berikan ibu mentua hadiah semasa hari lahirnya.
4. Apabila bercuti ke mana-mana, pastikan ada cenderahati untuk ibu mentua. Lebih bagus sekiranya cenderahati itu memang menjadi minatnya
5. Banyakkan merujuk masalah dengan ibu mentua walaupun hanya perkara kecil. Secara automatik membuktikan bahawa dia adalah orang penting.


Macam mana pula cara untuk lebih dekat di hati? Haaa... kenalah ambil ilmu ini.


Masuk Dunia Keluarga Mentua

1. Anggap keluarga pasangan seperti keluarga sendiri.
2. Terima pandangan daripada ipar-duai dengan hati terbuka.
3. Tanamkan rasa hormat antara satu sama lain.
4. Bersikap lebih terbuka dan menerima.
5. Jadilah seorang yang ringan tulang.
6. Belajar jaga hati masing-masing.
7. Bertolak ansur.
8. Amalkan sikap saling memaafkan.
Continue Reading