Tuesday 8 December 2020

Set Hamil Shaklee

Pemakanan dan nutrisi harian seorang Ibu tersangat penting bagi memastikan perkembangan dan pembesaran bayi yang dikandungkan itu sihat .

Nutrient Ibu hamil penting untuk:

1. Memastikan kandungan yang dikandung mendapat nutrisi yang cukup
2. Untuk kesihatan Ibu sepanjang kehamilan dan juga persediaan kelahiran
3. Kelahiran tanpa komplikasi
4. Persediaan awal untuk percepatkan proses pemulihan selepas bersalin

Set Hamil Shaklee


Set Hamil Shaklee ini membekal kan keperluan nutrisi lengkap buat Ibu Ibu yang merancang untuk hamil atau yang tengah hamil. Set ini terdiri daripada 6 item iaitu :

  • ESP - Energizing Soy Protein
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • SR Vitamin C
  • B Complex
  • Vitalea with Iron Formula

Esp- Enegizing Soy Protein


Sumber protein daripada tumbuhan



  • Sumber protein yang mengandungi asid amino lengkap termasuk 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh.
  • Protein soya yang tidak diubah suai genetik(NON GMO),
  • Membantu menghasilkan susu Ibu.
  • Tinggi dengan kalsium dan membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
  • Blok blok pembinaan asas Ibu dan Bayi.
  • Mempunyai Glisemik Index yang rendah





Omega Guard

Minyak ikan Omega 3


  • Tinggi DHA & EPA untuk perkembangan otak bayi.
  • Mengandungi 546mg EPA dan 360mg DHA.
  • Mencegah kelahiran pramatang.
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi selepas bersalin.
  • Mengurangkan risiko kemurungan dan meroyan selepas bersalin.



SR Vitamin C Plus

Tinggi antioksida, kaya dengan Vitamin c



  • Merangsang penyerapan zat besi dan folic asid
  • Penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tisu dan tulang rawan
  • Meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan dan penyakit bagi Ibu hamil, berpantang dan menyusu.
  • Menggelakkan kelahiran Bayi Pramatang.



Ostematrix

Kaya dengan sumber kalsium


  • Mengandungi sumber kalsium dan magnesium & vitamin D.
  • Menguatkan tulang,gigi dan otot bagi menampung berat bayi.
  • Meransang penyerapan kalsium




B Complex

B Comple terdiri daripada 8 jenis Vitamin B
Terdiri daripada 8 jenis Vitamin B




  • Mengandungi 8 jenis vitamin B.
  • Penghasilan tenaga.
  • Sumber asid folic mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron.
  • Membantu pembentukan sel darah merah

Vita-Lea with Iron Formula

sumber multivitamin


  • Kaya dengan 28 vitamin dan mineral penting untuk tenaga dan kesihatan optimum.
  • Sumber Zat besi,kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pramatang.
  • Mengekalkan para Hemoglobin ibu pada tahap normal.

boleh dapat kan Set Hamil Shaklee disini
Lihat di sini juga kelebihan menjadi ahli shaklee


Boleh baca sini juga 6 cabaran ibu hamil


Page FB : Kedai Vitamin Paka Kerteh
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi / Paka / Kemaman
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Monday 7 December 2020

6 Cabaran Ibu Hamil

Assalamualaikum selamat petang

Alhamdulillah syukur atas nikmat KURNIAAN Allah. 

Tahniah buat ibu yang tengah hamil sekarang ni. Hamil pun salah satu anugerah terbesar yang diharapkan oleh setiap pasangan berkahwin. 

Ada yang berpeluang, dan ada yang Tak berpeluang untuk merasai kehamilan. Tapi Jangan mudah berputus asa yer, rezeki dan jaminan anak Allah dah tetap kan. 

Terus kan berusaha in Sha Allah pasti ada hasil nya.  Aamiin. 

Sebaik saja disahkan hamil, kita pasti teruja kan dan mesti Nakkan yang terbaik untuk kehamilan kita.

Joms tengok bawah sini Fizah nak share 6 Cabaran Ibu Ketika Hamil


Cabaran 1 : Kekejangan Kaki

Biasanya berlaku pada waktu malam dan pada lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh berat berlebihan yang anda tampung, kekurangan nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.

Tips nak kurangkan kekejangan kaki:
-Alaskan kaki dengan bantal
-Buat regangan, gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki anda
-Kekal hidrasi
-Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi


Cabaran 2 : Berat Badan Berlebihan

Berat badan berlebihan boleh menyumbang kan ibu hamil kepada masalah kesihatan seperti kencing manis. 

Setiap minggu ikut carta berat ibu hamil mesti meningkat 500gm setiap minggu. 
Kalau dah berlebihan 1kg ke 2 kg setiap minggu pasti nurse akan marah sebab berat badan naik mendadak.

Tips untuk kurangkan rasa "craving" atau mengunyah :
  • Makan hidangan kecil dan kerap
  • Pilih makanan ringan yang sihat seperti protein dan buah
  • Anda hanya perlukan tambahan 300 kalori sehari sahaja.

Cabaran 3 : Keguguran Rambut

Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut akibat perubahan hormon atau nutrisi yang tidak seimbang

Tips nak kurangkan rambut gugur :
-Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
-Urutkan kulit kepala anda untuk merangsang peredaran darah.
-Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal anda seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan Vitamin C

Nutrisi pranatal boleh memberikan perlindungan untuk folikel rambut anda dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Cabaran 4 : Perubahan Emosi

Perubahan emosi boleh disebabkan oleh peningkatan hormin, tekanan dan keletihan. Ingat, kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal anda semasa hamil.

Tips :
-Dapatkan tidur yang mencukupi.
-Luangkan masa dengan pasangan anda.
-Cuba senaman yoga untuk ibu hamil.
-Ambil makanan berkhasiat dengan GI rendah.
-Ambil vitamin pranatal anda seperti vitamin B, zat besi dan asid lemak.

Cabaran 5 : Jisim Tulang Berkurangan


Semasa hamil, bayi dalam kandungan anda perlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yang terakhir. Jika anda tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, bayi anda akan menyerap apa yang diperlukannya dari tulang anda.

Tips nak elakkan Osteoporosis :
-Amalkan gaya hidup yang sihat - Jangan merokok atau minum
-Lakukan senaman ringan.
-Dapatkan kalsium dan mineral pembina tulang

Cabaran 6 : Mabuk Hamil


Cabaran yang dialami terutamanya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan berlalu pada akhir trimester pertama. Ia disebabkan oleh perubahan hormon dan boleh menjejaskan pemakanan anda.

Tips nak kurangkan mabuk hamil :
-Makan sedikit dan kerap.
-Jika muntah, ambil air yang mencukupi.
-Cuba teh pudina halia.
-Ambil vitamin pranatal anda terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil anda.


Untuk sebarang pertanyaan boleh whtsap Fizah yer. 
Klik je kat sini

Continue Reading

Wednesday 2 December 2020

Promosi Shaklee December 2020

Assalamualaikum wbt semua. 


Berita baik untuk anda, jika anda ternanti-nantikan promosi skincare youth. Fizah yakin dan percaya, insyaAllah inilah masa yang tepat untuk anda grab.🥰

Dibawah ini adalah Promosi December 2020:

Promosi kali ini adalah Duo Youth Cleanser + mana-mana youth produk:


1. *Luminous Gel Oil Cleanser + Perfect Skin Toner - RM393*
1x Cleanser
1x Toner
💎Free Postage
💎Membership - RM35
💎Harga Ahli - RM315


2. *Luminous Gel Oil Cleanser + Age Defense Moisturizer spf50 - RM400*
1x Cleanser
1x Moisturizer
💎Free Postage
💎Membership - RM35
💎Harga Ahli - RM320


3.*Luminous Gel Oil Cleanser + Advanced Renewal Night Cream Light/Rich- RM443*
1x Cleanser
1x Night Cream
💎Free Postage
💎Membership - RM35
💎Harga Ahli - RM355

4. *Luminous Gel Oil Cleanser + Moisture Lock Day Cream - RM441*
1x Cleanser
1x Day Cream
💎Free Postage
💎Membership - RM35
💎Harga Ahli - RM353


5. *Luminous Gel Oil Cleanser + Restoring Eye Treatment - RM437*
1x Cleanser
1x Eye Treatment
💎Free Postage
💎Membership - RM35
💎Harga Ahli - RM350


6. *Luminous Gel Oil Cleanser + Activating Serum - RM485*
1x Cleanser
1x Serum
💎Free Postage
💎Free Membership - RM35
💎Harga Ahli - RM315


7. *Luminous Gel Oil Cleanser + Radiance C+E - RM485*
1x Cleanser
1x Radiance C+E
💎Free Postage
💎Free Membership - RM35
💎Harga Ahli - RM315

Sebarang info lebih lanjut boleh roger Fizah naa. 


Your Shaklee Distributor,
Fizah

Continue Reading

Saturday 14 November 2020

Hari Diabetes Sedunia


Kira-kira 3.9 juta (18.3%) penduduk berumur 18 tahun dan ke atas adalah penghidap Diabetes pada 2019, meningkat 13.4% berbanding 2015. 

Tanda-tanda dan gejala Diabetes
1. Dahaga keterlaluan
2. Kerap membuang air kecil
3. Perubahan berat (berlebihan atau berkurangan) 
4. Keletihan melampau atau kekurangan tenaga
5. Penglihatan kabur
6. Jangkitan yang kerap atau berulang
7. Luka dan lebam yang lambat sembuh
8. Kebas ditangan atau kaki
9. Bermasalah untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi. 

Ramai penghidap Diabetes tidak menunjukkan tanda.

Langkah penting dalam mencegah ialah: 
1. Menyedari faktor risiko, tanda dan gejala
2. Menjalankan ujian saringan 
3. Mendapatkan rawatan segera apabila dikesan menghidap Diabetes. 

Pencegahan
1. Makan secara sihat - #sukusukuseparuh
2. Kekal aktif 
3. Kawal berat badan
4. Berhenti merokok dan jangan ambil alkohol
5. Jalani ujian saringan kesihatan secara berkala
6. Ketahui risiko Diabetes anda. 


Selamat Hari Diabetes Sedunia. 

#WorldDiabetesDay2020

Continue Reading

Friday 6 November 2020

Kelebihan berselawat

Assalamualaikum Salam jumaat yang penuh berkah. Semoga kita semua dalam RAHMAT Allah swt. 

Fizah nak share sikit mengenai selawat. 




 Setiap kita dirutin kan untuk berselawat kan? 


Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.


Daripada SABDA Rasulullah saw

"Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali dan digugurkan 10 dosanya serta ditinggikan 

baginya 10 darjat (disyurga kelak)"


MasyaAllah, begitu besar ganjaran nya. Allah nak kita berselawat untuk diri kita sendiri juga, dan kita juga yang beruntung.



Nak tak jadi sebahgian orang yang sangatttt beruntung?

Jom sama sama tingkatkan lagi amalan berselawat dijumaat yang berkah ni.

Semoga kita mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak,

Dimakamkan dekat dengan makan baginda,

Dipercepatkan hisab kita di akhirat,

Dihapuskan segala dosa dosa kita,

Selamat dari huru hara hari Kiamat,

Jaminan masuk syurga dan mendapat syafaat Nabi,

Menjadi asbab segala doa, hajat kita dimakbulkan, 

Selawat juga ialah menggantikan sedekah bagi yang tidak mampu BERSEDEKAH.

MasyaAllah, antara kelebihan berselawat yang mana ganjaran nya sangat la besar. Allahuakhbar. Setiap suruhan dan setiap apa yang Allah nak kita turutkan itu semua adalah tiada lain lagi untuk kebaikan diri kita sendiri juga.


Semoga kita semua menjadi HAMBA Allah yang ikut segala SURUHAN Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.


Aamiin Ya Mujib.


#fizahshare

#kelebihanberselawat

Continue Reading

Monday 2 November 2020

Promosi Shaklee November 2020

Assalamualaikum. Selamat pagi.
Alhamdulillah syukur YA Allah, atas nikmat Allah yang tak terhingga. 

Bulan lepas banyak peningkatan dari bulan sebelum nya dan Alhamdulillah dapat Bisness partner baru dalam TGE group. 

Semoga bulan ni lebih baik lagi. In Sha Allah. Aamiin. 

Bulan November ni promosi masih diteruskan cuma yang berbeza nya ialah free gift. Kalau bulan lepas free gucci beg inspired tapi kali ni setiap pembelian dapat free zinc dan juga vitamin c pula.

Moh tengok Apakah promosi tu?

Promosi November Shaklee 2020

Ada 2 pilihan promosi pada bulan November 2020 ini, iaitu:

1. Viva Vivix Set - RM760

Apa yang anda boleh dapat bengan belian 2 botol Vivix dalam set Viva Vivix ini. Antaranya adalah ,

*Viva Vivix Set - RM 760*

2 botol Vivix
💎FREE Vita C - RM98
💎FREE Membership - RM35
💎FREE Postage - RM10
💎 Cash Rebate - RM38

Total penjimatan: RM 371



2. Best Seller Set - RM412


Set ini mengandungi 5 item dimana menjadi best seller produk sejak sekian lama. Pembelian Best Seller Set ini, anda boleh dapat,

*Best Seller Set - RM 412*
B Complex
Omega Guard
ESP
Ostematrix
Vita C
💎FREE Zinc
💎FREE Membership 
💎FREE Postage 
Total penjimatan: RM 204

Jika anda berminat untuk dapatkan set promosi dan ingin menjadi ahli shaklee dengan percuma, boleh hubungi Fizah hari ini.

Nak join ahli Shaklee boleh daftar di sini 

Hubungi kami, 


Page FB : Kedai Vitamin Paka Kerteh
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi / Paka / Kemaman
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Wednesday 28 October 2020

Patah Tulang Selangka Bercantum dengan Set Shaklee Kanak kanak

Patah Tulang Selangka Bercantum dengan Set Shaklee Kanak kanak

Patah Tulang Selangka 😱😱


Dulu duk dengar orang lain je bab patah patah tulang ni.

Sekali kena kat anak sendiri, AllahuAkhbar. Tak terkata wehy. 😫

Ni la biasa dengar kan orang tua tua cakap, dan nak kena sekelip mata je. Allahu.

Ni alkisah anak lelaki Fizah, Aqeef 1 tahun 6 bulan time kena tu. Dia jatuh dari kereta time ciksu nya bukak pintu kereta secara Tak sengaja, Tak Perasan Adik duk tenggek kat pintu.

Buka je kereta terus jatuh, tapi time tu jatuh sebelah badan dan nampak la dia tahan tangan. Menangis la Adik time kena tu. Yela, sakit kan. Budak budak kan sakit Sekejap je pastu bila rasa lega Hilang sakit.

Esokkan tu main macam biasa, petang baru Perasan time bukak baju nak Mandikan Adik. Bahu dia bengkak, Ingat kan salah urat ke apa.

Sebabkan dah lewat, Esokkan hari nya plak bawak pi mengurut. Bila tukang urut rasa, dia cakap Bukan salah urat sendi ke apa tapi tulang patah ni. (Allahu dalam hati, Allah je tahu camne perasaan Ummi time tu😢)

Tukang urut rasa Slow2 je dekat part tu, buat air tawar sekali. Lepas pada tu nampak makin surut dah bengkaknya.

Keesokan hari pulak la Ummi bawak pi klinik, pergi xray memang tulang patah. Patah plak macam serong gitu.

Sebab kan budak2 memang Takde pape ubat, xde kena buat apa just biar dia sembuh sendiri.

Doc Mintak pakai kan anduh, pergi la kat kecemasan dia ajar camne pakai. Pakai nya xdan seminit dia punya meronta menangis macam sakit2. Kesnya xmo pakai anduh, takmo kena ikat dileher tu. 😂

Balik klinik, Ummi pi la farmasi cari anduh kartun2 lawa tu. Tapi xmo jugak pakai. Nampak je terus nangis. Alih2 kakak Humaira ambil buat letak mainan dia kat dalam. 🤣🤣

Hari kejadian kena tu petang 16/9/2019, xray 18/9/2019.

Kena follow up balik xray sebulan lepas tu 24/10/2019. 

Follow appointment dengan pakar tulang, pergi xray semua.
Dalam masa sama Ummi cuba bertenang, rilex, n orang pun nampak Ummi selamber je. Tp dalam hati risau tu memang ada. 

Dapat je result sebelum pass kat doctor, Ummi bukak dulu tengok. Alhamdulillah Syukur tak terkata bila tengok tulang dah cantum Comel. Hilang terus rasa risau tadi. Tunggu pulak turn jumpa doc.

Dapat turn jumpa doc, tak sampai 5 minit pun. Syukur, gembira tak terkata. Kata doc memang bercantum molek, Comel sangat dah ni dalam masa sebulan. Doc tengok puas hati sangat2, terus je kes ni dikira discaj. Dah takyah kena follow up lagi pasni. Syukur Alhamdulillah.

Adik pun sepanjang sebulan tu main macam biasa, aktif tetap aktif malah terlebih aktif. 😆

Walaupun budak kecik cepat sembuh, Takde la biar je camtu. Ikhtiar tetap ikhtiar.

Selain air tawar, Ummi bagi

Multivitamin Vitalea kids
Antara Kebaikan Vitalea Kids adalah :
1.Menyediakan 19 vitamin dan mineral lengkap yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
yang sempurna.
2.Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi yang kuat.
3.Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit.
4.Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B, untuk fungsi tubuh yang sihat.
5.Menyediakan 150% nilai harian vitamin D, bagi membantu penyerapan kalsium secara
optimum 
6.Mengandungi 100% nilai harian vitamin c yang diperlukan.
7.Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang sihat dan cantik.
8.Rasa anggur yang sedap dan sangat disukai kanak kanak. 
9.Sesuai untuk anak anak yang dah mula pandai kunyah dan telan.


Susu mealshake
Antara Kebaikan Mealshake adalah :
1.Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. 2. mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik.
3.Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.

Ostematrix (hak ni Ummi la yang telan, up lagi dos sepanjang tu) Ambil dalam 4-6 biji.

Antara Kebaikan OSTEMATRIX adalah :-

1. Membantu membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tulang.
2. Membantu menghalang osteoporosis. 
3. Membantu mempercepatkan proses pemulihan tulang yang patah dan retak.
4. Membantu melegakan masalah kebas dan sakit dibahagian bermasalah.
5. Membantu mengimbangi tekanan darah dan bertindak sebagai penenang saraf.
6. Membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifokasi berjalan dengan lancar.

Adik ni still susu badan, malam lagi kuat dia menyusu. Siang campur jugak susu botol. Time tula campur susu formula dengan mealshake. Kalau dia xmo susu botol, Ummi campur jugak mealshake tu dalam air minum ke, makanan dia ke. Macam2 la Janji hari2 memang kena pastikan bagi jugak. 😁

Dalam doa harian, setiap sujud terakhir Tak putus2 berdoa moga Allah kabulkan doa supaya tulang Adik cepat bercantum dan kembali bentuk asal.

Kita minta pada Tuhan yg Maha Membentuk, yang dapat kembali kan bentuk tulang pada asal dengan izin Dia jua.

Tiap kali pas solat, zikir sebut Allah Al Mushawwir (Allah Maha pembentuk).

Kuasa Allah, dengan izin Allah juga. Alhamdulillah, Allah bagi ujian mengikut kemampuan hambaNya.

Dalam ujian tu ada juga peringatan. Beringat selalu dalam apa jua keadaan.

Terima Kasih ya Allah. Syukur Alhamdulillah.

#SuplemenShaklee
#kedaivitaminpakakerteh
#myherostories

Continue Reading

Tuesday 27 October 2020

4 Langkah Berjaga jaga Kurang kan Risiko ketika Covid-19

Selain nemastikan badan cukup nutrisi untuk tingkatkan imuniti badan agar tidak mudah dijangkiti virus kita juga hendak lah menjaga kebersihan diri dan keluarga.

4 Langkah Berjaga jaga Kurang kan Risiko Jangkitan Covid-19 

Langkah Pertama :Tutup mulut dan hidung menggunakan Tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan kedalam tong sampah

Langkah kedua : Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau Bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

Langkah Ketiga : Pakai penutup mulut dan hidung jika bergejala

 Langkah keempat : Pastikan anda menjaga kebersihan diri dan keluarga sepanjang masa.


Elakkan juga dari 3S

Amalkan Norma baru dengan mengelakkan 3S

1. Elak dari berada di tempat yang sesak
2. Elak dari berada di tempat yang sempit
3. Elak dari sembang dekat, amalkan kurang kurang 1 meter jarak antara individu. 


Semoga dengan mengamalkan langkah berjaga jaga ketika Covid-19 dan Elakkan 3s mampu mengurangkan kita dari berisiko dijangkiti individu yang bergejala. 

Semoga bermanfaat Sama sama kita me jaya kan nya. 

Continue Reading

Monday 26 October 2020

Kajian Vitamin C ke atas Pesakit Covid-19

Penyakit Covid-19 yang tengah hangat sekarang masih belum ada apa apa vaksin dan juga ubat untuk menyembuhkan penyakit ini.

Sebagai langkah berjaga jaga dalam usaha menghindarkan diri dan keluarga dari wabak ini ialah dengan menjaga diri sendiri.


Semalam dalam group besar, ada yang share satu artikel dalam bentuk pdf dari pihak KKM. Artikel tersebut ialah mengenai kajian pengambilan Vitamin Cke atas Pesakit Covid-19 dalam usaha mengurangkan tempoh Pesakit berada di hospital sekaligus dengan bantuan Vitamin C Pesakit berpeluang sembuh dengan lebih cepat.

Berdasarkan kajian tersebut, dalam 14% pesakit ada mengalami masalah Acute Lung Injury dan Acute Respiratory Distress Syndrome. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh Cytokine Storm yang menyebabkan oxidative stress yang teruk dan akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu dibahagian paru-paru mereka. Ia antara kesan serangan wabak Covid-19.

Berdasarkan artikel tersebut, ujian telah dibuat ke atas dua kumpulan yang umur berbeza. Kedua pesakit juga ada dijangkiti Covid-19. Kedua-duanya telah diberikan ubat-ubatan yang biasa digunakan bari merawat pesakit Covid-19. 


Tapi yang menariknya, satu kumpulan diberikan rawatan tambahan menggunakan Vitamin C 100% dan satu lagi kumpulan hanya bergantung ubat-ubatan lain. 

Hasil daripada kajian tersebut, kumpulan yang mengambil Vitamin C itu tadi;
  • dapat keluar lebih awal 9 hari dari hospital sebanyak 57% keluar dengan kesihatan baik (tiada kekurangan). 
  • hanya 14 peratus kadar kematian, lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak mengambil Vitamin C (iaitu 5 peratus lebih rendah, maksudnya kadar kematian berkurang / sedikit).
  • 5.6 hari lebih cepat berjaya bebas Extubation 
  • 7.6 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan berbanding kumpulah satu lagi.
Dari kajian ni kita boleh lihat perbezaan antara kumpulan yang mengambil Vitamin C dengan yang tidak mengambil Vitamin C.

Kenapa dengan Vitamin C?

Pengambilan dos tinggi Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan mempunyai sifat yang berkesan bertindak kepada “Oxidative Stress” dalam ikhtiar untuk mengurangkan risiko kecederaan pada paru-paru dan dalam masa sama mengelakkan organ lain gagal berfungsi. 

Oleh itu, Fizah sangat menyarankan Uols semua mengambil Vitamin C dengan meningkatkan imuniti badan kita sebagai langkah awal berjaga jaga.

  • Vitamin C sifat dia tinggi antioksidan dan ini sangat membantu mengawal radikal bebas dalam badan. 
  • Vitamin C membantu menguatkan sistem imun badan agar berfungsi dengan baik. 
  • Vitamin C juga boleh menghalang pembiakan virus dan menghancurkan sel yang telah dijangkiti. Ibaratnya vitamin C ni macam "natural killer cell".

Fizah sendiri amalkan ambil suplemen Vitamin C sejak 2015 hingga sekarang. 
Selain suplemen kita boleh juga boleh ambil Vitamin C dari buah buahan dan juga sayu sayuran yang tinggi kandungan Vitamin C.

artikel penuh mengenai kajian yang dibuat.



Semoga bermanfaat buat semua. 


#kitajagakita
#kitapastimenang
Continue Reading

Sunday 25 October 2020

Angka Tertinggi Pesakit Covid-19 Malaysia Terkini

Assalamualaikum semalam pagi semua.
Semoga dalam rahmat Allah selalu 


Fizah nak share angka Covid-19 sehingga semalam dah mencecah 4 angka buat pertama kalinya.


Dan di Sabah terus mencatat kes tertinggi hingga sekarang dan 17 daerah berada di zon merah.

PKPB di Negeri Sabah diteruskan lagi sehingga 9 November 2020.

Orang awam dinasihatkan duduk dirumah jika tiada keperluan dan jika perlu keluar hendak lah terus patuh SOP yang di tetap kan oleh Kerajaan di mana jua kita berada dan tingkatkan imuniti badan dengan Pengambilan tambahan dengan set "immune booster". 

Keluar rumah bila perlu, Jangan lupa sentiasa basuh tangan, pakai pelitup muka dan juga memakai hand sanitizer. 

Untuk tingkatkan imuniti badan Fizah dan keluarga tingkatkan pengambilan dengan suplemen Shaklee Sustained Release Vitamin C, anak anak fizah bagi omega guard. 

Kita ikhtiar dan bertawakal pada Allah. Moga dalam rahmat dan lindungan Allah semua. Aamiin 
Continue Reading

Tuesday 20 October 2020

5 Cara Mudah Semak Produk Yang Telah Mendapat Kelulusan KKM.

Saban hari, Saban tahun makin banyak produk kecantikan dan kesihatan yang di keluar kan.

Bermacam nama dan juga Bermacam jenis produk dihasil kan. Tapi adakah produk tersebut telah mendapat Kelulusan KKM?

Sebagai Pengguna yang bijak, sebelum me beli sesuatu produk tu kita mesti tanya dulu adakah produk tersebut sudah mendapat Kelulusan KKM atau tidak. 

Atau pun nak mudah lagi kita sendiri pun boleh cek direct di website KKM. 
Macam mana nak cek?

Kat sini Fizah nak share 5 Cara Mudah Semak Produk Yang Telah Mendapat Kelulusan KKM.


#CARA PERTAMA
Boleh terus ke website NPRA WWW.NPRA.GOV.MY singkatan kepada National Pharmaceutical Regulatory Agency) 

#CARA KEDUA
Cari 'Products Search/Carian Produk"

#CARA KETIGA
Pilih Category. 
Untuk menyemak produk suplemen boleh pilih "pharmaceutical"
Mana kala untuk menyemak produk skincare boleh pilih "cosmetic"

#CARA KEEMPAT
Boleh pilih klikut kesesuaian dengan pilih butang "search by"


Kat sini boleh pilih melalui :

Product Name
Notification Number
Holder Name
Manufacturer Name
Importer
Active Ingredient

Macam Fizah sendiri lagi prefer pilih by nama produk tu sendiri. Senang kan sebab kita dah tahu nama satu satu produk yang kita nak beli tu. 

Macam carian kat sini. Fizah pilih produk suplemen daripada brand" Shaklee "

#LANGKAH KELIMA
Tekan "search", dan akan keluar list semua produk daripada brand 'Shaklee' yang kita cari tadi.

Inilah carian ke semua produk suplemen brand Shaklee yang telah didaftarkan.

senarai produk suplemen Shaklee yang telah didaftar kan


Jadi jika carian kita ada di ruang an atas bermakna produk tu telah pun mendapat Kelulusan KKM. Jika tiada, uols boleh tanya direct pada seller produk yang Uols nak beli tu atau pun beralih sahaja ke produk lain. 

Ingat yer uol, pilihan semua di tangan kita sebaiknya sebelum membeli apa apa produk kesihatan dan juga kecantikan kita mestilah menyemak dulu Kelulusan KKM produk tersebut untuk pastikan produk yang kita ambil tuu Selamat dan bebas dari Bahan kimia.

Jadi la pembeli yang bijak dan berilmu. Joms sharekan posting ni pada Kawan kawan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya. 

Continue Reading

Saturday 17 October 2020

4 Kandungan Bahan Utama Dalam Vivix Shaklee

Assalamualaikum semua.

Sape kat sini Suka dengan vivix? Or belum kenal? 


Campuran sempurna POLIFENOL
Campuran hebat polifenol ini membantu anda untuk hidup lebih aktif. Ia mengandungi 10X LEBIH BERKUASA DARIPADA RESVERATROL SAHAJA


Joms kenal dengan vivix melalui Bahan Utama nya. Apa yang istimewa sangat vivix ni yer? Sampai kan boleh dikatakan vivix ni salah satu produk paling top jugak la dan paling premium. 

4 Kandungan Bahan Utama Dalam Vivix Shaklee


4.RAMUAN VIVIX


1. LOBAK UNGU
MANFAAT :
~Mengalakkan penglihatan yang sihat
~Meningkat kan kean jalan salur darah
~Mengurangkan keradangan


2. ELDERBERRIES EROPAH
MANFAAT :
~Meningkat kan perlindungan imun
~Properti anti bakteria dan anti virus
~Mengalakkan perkembangan sel sel normal dan sihat


3. ANGGUR MUSCADINE
(Anggur luar biasa dengan satu cromosom tambahan) 
MANFAAT :
~Menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal 
~Memandangkan umur dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel
~Mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat


4.LOLYGONUM CUSPIDATUM
MANFAAT:
~Mengalakkan kadar keradangan yang sihat
~Meningkat kan peredaran darah 
~Merencatkan pergumpalan platelet darah


Semoga bermanfaat untuk semua. 
Promosi vivix masin onz yer Uols. 

Boleh Roger fizah kat sini untuk info lebih lanjut.


Hubungi kami


Fifi Fizah, 
Kedai Vitamin Paka Kerteh. 
Sihat dalaman, terserlah diluaran. 
Continue Reading