Thursday 2 November 2017

Monday 23 October 2017

8 Tips Hilangkan Ulser Mulut Dengan Berkesan


Ulser dimulut ataupun lidah. Sape pernah kena camni?

Image result for petua merawat ulser lidah

Rasanya rata2 kita semua pernah kan kena camni? camne uols buat?

Sekarang pun Pijah merasai nya, akibat tergigit lidah je. Pastu melarat jadi ulser sampai kan nak bercakap pun pedih. Ada kala rasa nak diam je, taknak bercakap terus. hihii

Kalau bercakap pun, cakap macam mulut penuh makanan. haha

Jom kita tengok apa dia tips2 nya.

8 Tips Hilangkan Ulser Mulut Dengan Berkesan

Berikut adalah beberapa cara menghilangkan ulser mulut dengan lebih pantas. Cubalah!

1. Madu

Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru.
Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Boleh juga mencampurkan secubit kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

2. Gel Aloe Vera

Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.
Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.

3. Baking Soda

Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser. Atau, anda boleh mencampurkannya dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih.
Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.

cara hilangkan gatal

4. Garam

Kumurkan mulut dengan air garam selama 30 saat. Ulangi 2-3 kali sehari.
Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis, lalu membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.

5. Tuamkan Dengan Uncang Teh

Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit.
Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.

6. Minyak Vitamin E

Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya.
Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.
Kepentingan Vitamin D

7. Kumur Larutan Antiseptik

Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser.
Baca arahan pada label dan gunakan setiap hari.

8. Sapukan Gel Oral

Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.

cara menghilangkan ulser


Setakat ni yang kebiasaan Pijah buat ialah dengan mengguna kan garam kasar.
Ambil garam yang berketul tu, terus lekat kan 2 3 saat dekat tempat ulser tu. Nak buat kena banyak bersabar la yer, kena tahan pedihh yang amat.

Tapi kalau buat dengan kerap, In Sha Allah cepat je surut ulser tu.

Lagi satu guna oral gel ada kat klinik jual. yang tu pun cepat je baik luka ulser tu. apply je kat ulser 2 kali sehari. Ubatnya macam gel, melekit gitu tapi best sangat guna. ^_^

 Uols biasanya guna tips yang mana satu yer? meh la share. :)







Kredit post sini

Continue Reading

Monday 19 June 2017

Assalamualaikum



 Assalamualaikum. Selamat pagi uols ^_^

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Dah bersyukur ke pagi ni? Jomm kita tulis sedikit sebanyak kesyukuran kita pada Allah swt.

Semoga hidup kita semua sentiasa diberkati, dimurahkan rezeki, mendapat rezeki yang berkat serta mencukupi. Aminn Aminn ya rabbal alamin.




Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Sebab apa? Sebab dengan bersyukurlah baru kota akan rasa lebih menghargai.

Setuju?

"SYUKUR itu BERKAH"


Salam 24 ramadhan. Lagi 5 hari bertemu Syawal.
Dah ready ke kita? ^_^







Continue Reading

Friday 2 June 2017

Kenapa Kita Memerlukan Suplemen?

Assalamualaikum uols. Uols sihat? Pijah Alhamdulillah sihat. ^_^


Pijah nak highlightkan kenapa kita perlu kan suplemen? Sedangkan hari hari kita makan sayur, makan buah kan?


So, meh tengok kat bawah antara sebab sebabnya :

1.      Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.
2 .      Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrient. Hakikatnya nutrient hanya boleh didapati dari pemakanan.
3.    Buah buahan dan sayur sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun seranggan dan bahan kimia lain.
4.    Mengamalkan gaya hidup kurang sihat seperti kurang bersenam, bersukan dan merokok.
5.   Rutin pemakanan kebanyakan kita yang tidak pedulikan makanan seimbang.
6.   Gangguan penyerapan nutrient dari makanan akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan.
7.   Kehilangan nutrien dalam makanan akibat dari cara penyediaan , masak terlalu lama dan sebagainya.

Antara 1-7 ni mana satu yang ada dalam hidupan harian kita?

Nak pastikan kita betul betul mendapat vitamin dan nutrient dari pemakanan kita sangat la susah. Lagi lagi zaman sekarang yang serba moden dan serba canggih ni.

Semua nak cepat dan segera.  Setuju dak? :D

Jadi suplemen ni tak salah dan amat digalakkan lagi. Sebab apa? Sebab kita nak dapatkan nutrient dan vitamin yang cukup disamping nak mencegah daripada penyakit.

Macam orang selalu kata “MENCEGAH lebih baik dari MENGUBATI”. Sementara kita ada peluang dan masa, kita kenalah manfaat kan setiap peluang yang ada dengan menambah baikkan tahap kesihatan kita. Paling penting, sebab kita boleh tingkatkan ibadat kita sebaik baiknya.

Tiada yang lebih penting dari peroleh tahap kesihatan yang makin hari makin membaik dan bukan saban hari makin merudum.

Jangan lupa, jaga pengambilan makanan kita yer. Semoga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik, bebas dari segala penyakit.
Amin ya rabbal alamin.


 “Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Uols akan ketahuinya apabila uols merasainya, apabila uols melihatnya. Kesihatan yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Alamilah kehebatan kesihatan dengan NUTRISI SHAKLEE yang telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta juta orang selama 50 tahun”

Dapat sesuatu? ^_^

Semoga bermanfaat


Pijah Share
Continue Reading

Friday 19 May 2017

Friday 7 April 2017