Wednesday 9 December 2015

Hapuskan Alergi Anak Kecil Dengan 6 Cara

Bimbang Anak Terkena Alergi? Ikut Petua Inivv

Risau si ibu kalau tengok si kecil mula cirit-birit, muntah atau mengalami bengkak di bahagian anggota tubuh. Sebenarnya banyak sebab dan antaranya alahan pada pemakanan. 
Sebaiknya ibu bapa kena cuba mengenali dahulu serba sedikit mengenai alergi yang dilalui oleh si kecil. Jangan main sapu ubat dan terus bagi makanan pada si kecil.
Mangsa terdekat dengan dunia alergik adalah bayi berusia bawah dua tahun, terutama di bawah tiga bulan. Sebab usia lahir sehingga tiga tahun, organ tubuh yang paling sensitif ialah kulit dan pencernaan, tidak hairanlah ramai kanak-kanak yang menderita alergi terhadap jenis makanan yang diambil.
Ada cara dan beberapa jenis alergi yang kerap serang bayi dan kanak-kanak, antaranya:

1. Debu

Alergi hama adalah reaksi terhadap partikel kecil yang berkembang biak dalam suhu yang hangat dan lembap seperti selimut, kain dan karpet. Boleh menyebabkan demam, bersin, kesejukan, mata merah atau berair, batuk, hidung tersumbat dan hingus berair. Kalau tahap lebih serius, membuatkan penderita mengalami asma, sakit di bahagian dada hingga sesak nafas.

2. Susu lembu

Bagi bayi, susu lembu termasuk protein yang asing. Sebaiknya kalau nak bagi pada si comel tunggu bayi berusia satu tahun. Protein susu lembu boleh menyebabkan alergi yang berterusan sehingga memasuki usia remaja. Ini termasuklah mengambil produk olahan susu seperti ais krim, keju dan yogurt.

3. Telur

Alergi telur berlaku kerana terdapat tiga protein dalam telur, iaitu ovomucoid, ovalbumin dan conalbumin. Penderita alergi telur juga menghadapi alergi terhadap ayam dan ayam Belanda. Hanya 80 hingga 90 peratus alergi telur pada kanak-kanak akan hilang dengan sendirinya ketika mereka berusia tiga tahun.

4. Ikan dan makanan laut

Salah satu jenis alergik yang kuat, khususnya ikan laut, udang dan ketam. Bentuk reaksi alergi yang sering muncul adalah asma. Dengan hanya mencium bau yang sedang dimasak, anak yang sangat sensitif boleh mengalami sesak nafas dan bersin. Biasanya bengkak di kawasan bibir atau muntah adalah reaksi yang sering berlaku.

5. Kekacang

Gejala yang biasa dihadapi ialah gatal di tekak. Memandangkan sifat alerginya yang rendah, ini menjadi pengganti susu lembu pada anak yang alergi susu lembu.

6. Sayur dan buah-buahan

Alergi terhadap sayur dan buah-buahan sering dialami mereka yang juga alergi terhadap serbuk bunga. Sifat alerginya akan hilang jika sayur dan buah-buahan dimasak selama dua minit.



Boleh jugak guna losyen ajaib Herbal Bland Shaklee


boleh sapu kat tempat alergik bayi.. 

- losyen yang selamat dan mudah digunakan
- boleh dijadikan sebagai losyen harian
- sesuai untuk seisi keluarga tanpa mengira usia




Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)



"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl

Continue Reading

6 Kata-Kata Yang Selalu Menantu Pendam Di Hati

Menantu Mahu Sangat Katakan 6 Perkara Ini Pada Mentua

Mahu rapat dengan mentua tetapi kebanyakan menantu 'tidak ngam'. Agaknya walau di wajah tersenyum manis, dalam hati masih ada duri yang tersusuk, siapa tahu?
 
Menantu perempuan selalunya sangat susah untuk ungkapkan pandangan walau hati tidak setuju tentang sesuatu yang dilakukan mentua. Takut dan rasa hormat seringkali dijadikan alasan yang akhirnya akan mempengaruhi suasana di dalam keluarga tersebut. 
 
Kalau mampu meluah, pasti kata-kata ini selalu akan muncul dalam kepala seorang menantu...
 
 

1. "Saya juga tahu cara didik anak..."

Cara menjaga anak selalu berbeza. Ya, ibu marah anak kerana mahu mendisiplinkan si kecil, tetapi mentua pula akan muncul sebagai 'hakim' dengan menegur perbuatan yang dilakukan menantu pada si anak salah depan anak-anak. Alahai... mesti wujud sedikit rasa kekok dalam diri, bukan? Timbul pula isu bandingkan cara mentua jaga anak dulu bukan seperti menantu buat. 
 
 

2. "Janganlah tiba-tiba datang mengejut ke rumah..."

Menantu mungkin rasa terganggu dengan kehadiran mertua secara tiba-tiba ke rumah kerana belum sempat kemas dan masak. Takut juga tiba-tiba rumah berselerak, mentua fikir menantunya pemalas. Dalam kes ini si suami boleh jernihkan keadaan dengan meminta si ibu agar menghubungi sebelum datang atas alasan risau tiada di rumah. Senang, bukan? 
 
 

3. "Jangan tegur cara kemas rumah..."

Kadang mak mentua datang rumah, perabot yang ada dialihkan. Baju yang belum sidai, mak mentua dah selesaikan. Anda mesti rasa terkilan. Sebenarnya ibu mertua berniat mahu membantu, tetapi anda sendiri fikir negatif merasakan gagal menguruskan rumah. Tetapi sesekali kalau mentua tolong buat, apa salahnya.
 
 

4. "Jangan bandingkan saya dengan perempuan lain..."

Ada juga mentua yang bersikap dingin dengan menantu hanya disebabkan layanan menantu tidak begitu sempurna pada suami anda. Wajarlah jika anda tak suka dibanding dengan perempuan yang pernah hadir dalam hidup suami. Nak-nak pula bekas tunang atau isteri, konon pandai masak menu kegemarannya atau apa sahaja yang berkait. Tetapi jika anda yakin dengan cinta suami, abaikan apa yang didengar. 
 
 

5. "Jangan timbulkan isu ibu bekerja tiada masa untuk anak dan suami..." 

Sesetengah mentua lebih suka jika menantunya jadi suri rumah uruskan hal anak dan cucu dengan sempurna. Tetapi mungkin kewangan kurang mencukupi, jadi anda terpaksa bekerja. Jangan melawan apa yang mentua buat, cuba kongsikan rasa dengan suami untuk jelaskan keadaan. 
 
 

6. "Jangan buat suamiku macam anak kecil..."

Anda mungkin cemburu melihat ibu mertua anda selalu masak makanan kegemaran untuk suami. Baru niat nak buatkan air, tengok-tengok semua sudah terhidang di atas meja. Hmmm... Kadang rasa seolah-olah mentua ambil alih tugas di rumah hanya kerana anda bekerja. Sebenarnya anda boleh fikir positif, ibu mestilah sayangkan anak. Bukan mahu 'merampas' tugas anda sebagai isteri, mungkin nak membantu apa yang mampu. 
 
 
Wanita-wanita, adakah betul anda ingin sangat meluah dan berkata seperti itu kepada mentua? Nampaknya suami juga perlu tahu apa yang terbuku di hati seorang wanita sebagai menantu. Untuk elak keadaan jadi lebih keruh, seeloknya suami kena pandai ambil peranan jaga dua hati insan tersayang. Kena pandai tutup kekurangan dan kena bijak cari alasan demi damaikan suasana dalam rumah tangga. 

semoga bermanfaat..
Continue Reading