Saturday 27 February 2016

Anak Payah Makan Ubat? Tip Ini Bantu Ibu, Cubalah!

 Anak Payah Makan Ubat? Tip Ini Bantu Ibu, Cubalah!



Bukan semua ibu berjaya bagi ubat pada anak, tambah pula kalau masih bayi. Nak pula kalau jenis bayi yang kuat menangis, tapi jangan pelik ada juga bayi yang boleh telan ubat tanpa banyak karenah.


Ok, ibu jangan susah hati, tip kali ini sangat membantu ibu untuk berdepan dengan situasi ini lebih mudah dan cepat...


1. Masa nak bagi ubat, letakkan sehelai lapik dada pada dadanya sebagai persediaan sekiranya ubat itu tertumpah dan sediakan beberapa helai tisu.

2. Pastikan sterilkan semua peralatan dalam air mendidih sebelum memberi ubat kepada bayi yang berusia kurang daripada enam bulan. Sekiranya bayi masih belum boleh duduk, pegang seperti kedudukan hendak menyusukannya.

3. Kalau anak dah boleh duduk, letakkan si comel di atas riba dan letakkan sebelah tangannya ke belakang ibu. Pegang tangannya yang sebelah lagi dengan kemas untuk mengelakkan daripada meronta.

4. Sukat dos yang tepat dan tuang separuh daripadanya ke dalam sudu kecil yang sudah disteril supaya ubat tidak akan mudah tertumpah.

5. Ini cara terakhir. Kalau bayi masih tak mahu makan ubat, biarkan dia menghisapnya dari jari anda. Sukat dos di dalam sudu ubat dan kemudian angkat bayi dengan meletakkan sudu itu berhampiran dengan anda.

6. Celupkan jari anda ke dalamnya dan biarkan dia menghisap ubat tersebut dari hujung jari. Teruskan sehingga dia menghabiskan semua dos ubat tersebut.


Mudah, bukan? Ingat ibu, jangan panik dan tinggi suara kalau anak melawan. Pujuklah dengan kata-kata manis agar si comel lebih tenang dan mampu terima ubat yang anda suap. Selamat mencuba!
Continue Reading

SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

Assalamualaikum..



Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 5 MARCH 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016
2. Copy & paste photo diatas dan linkkan ke entry ini.
3. Follow blog Vitaminwawa.
4. Follow Ig : @vitaminwawa2u
5. Like page : Vitaminwawa2u
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^



Continue Reading