Wednesday 6 May 2020

Youth Shaklee - Shaklee Skincare

Assalamualaikum Uols.
 
Apa khabar? Youth skincare adalah produk dari Shaklee. Produk youth skincare diganti dari nutriwhite Shaklee yang dirumus khas untuk penjagaan kulit muka daripada  bahan semulajadi.


Apa Perbezaan YOUTH dengan Skincare Lain di Pasaran?

Keberkesanan Youth telah dibuktikan melalui Kajian Klinikal selama 8 tahun sebelum ianya dipasarkan. Ujian klinikal ini direka oleh World Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.

Salah satu kajian yang dibuat adalah keatas kedutan (wrinkles). Skin Age Index ini mengukur sehingga kedalaman dan berapa panjang kedutan itu. 

Apa yang menakjubkan adalah hasil kajian klinikal ini menunjukkan bahawa 100% daripada wanita yang menjalani ujian ini terbukti kulit wajah mereka menjadi lebih muda berbanding sebelumnya. Perubahan ketara tersebut dapat dilihat hanya dalam tempoh 7 hari sahaja, dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit wajah mereka 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.

Woww.! Really amazing kan? Hasil dari penat lelah buat kajian selama 8 tahun untuk menghasilkan youth skincare ni yang bebas kimia dan mesra alam.

Dengan penggunaan secara terus akan menampakkan hasil yang luar biasa serta akan menampakkan result se awal 7 hari.

Ya Allah syok sangat kan. Pijah pun dah try, lepas je apply kulit muka terasa bersih licin ringan je.

Antara tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti berikut:

  • Kedutan dan garis-garis halus
  • Saiz pori-pori
  • Tona kulit
  • Kelembutan kulit
  • Tekstur kulit
  • Pigmentasi
  • Seri Kulit
  • Kekenduran kulit

KELEBIHAN DAN FUNGSI YOUTH SKINCARE SHAKLEE

1. Luminous Gel Oil Cleanser (Siang & malam)

🍏 Pencuci wajah 3 dalam 1, tidak mengandungi sabun, PH seimbang.
🍏 Memperhaluskan kulit
🍏 Melembutkan kulit.
🍏 Menyucikan kulit.
🍏 Menyediakan kulit untuk langkah seterusnya (apply toner).
Harga Retail : RM193.75 (125ml)



2. Perfecting Skin Toner (Siang & malam)

🍏 Bebaskan kulit dari sel-sel kusam.
🍏 Bersihkan kulit dari ejen pencemar persekitaran.
🍏 Membersihkan sel kulit mati.
🍏Menghidratkan dan melembapkan kulit.
🍏 Membekalkan nutrisi pada kulit.
Harga Retail : RM200 (177ml)



3. Youth Activating Serum (malam) 

🍏 Mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang keitikal.
🍏 Menggalakkan pengahasilan kolagen dari luar dan dalam.
🍏 Memperbaharui sel sehingga mendalam.
🍏 Menjadikan kulit anda lebih muda, remaja dan berseri.
Harga Retail : RM412.50 (30ml)



4. Age Defense Moisturizer - SPF 50 (Siang)

🍏 Melindungi kulit lebih dari sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA & UVB.
🍏 Melembapkan kulit.
🍏 Menambahbaik penampilan kulit secara menyeluruh.
Harga Retail : RM206.25 (50ml)



5. Advanced Renewal Night Cream - Light (Malam)

🍏 Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur.
🍏 Merangsang penghasilan kolagen dan elastin.
🍏 Menjadikan kulit lebih muda, licin dan cerah.
Harga Retail : RM250 (50ml)



6. Advanced Renewal Night Cream - Rich (Malam) 

🍏 Sesuai untuk anda yang sering tidur beraircond / berhawa dingin.
🍏 Menghidrat kulit dan melembapkan kulit secara mendalam.
🍏 Meningkatkan tenaga sel semasa tidur.
🍏 Membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah.
Harga Retail : RM250 (50ml)



7. Radiance C + E (Malam)

🍏 Radiance perlu digunakan bersama / selepas apply serum untuk dapatkan kesan yang menakjubkan.
🍏 Membantu menegangkan kulit.
🍏 Mencerahkan kulit.
🍏 Mengurangkan kehadiran garis halus dan kedutan.
🍏 Mengurangkan kehadiran tompok usia.
🍏 Melicinkan tekstur kulit.
🍏 Memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
Harga Retail : RM412.50 (60 capsules)


Continue Reading

Resepi Kuih Bunga Durian aka Kuih Goyang

Kuih Bunga Durian aka Kuih Goyang




Bahan Bahan :

300gm Tepung Beras
150gm Gula
150gm Santan kotak
150gm Air
2 biji Telur
1/4 sdk garam
1/2 sdk Air kapur
1/2 sdk esen rose/vanilla (optional)


Cara caranya :

Gaul semua bahan bagi sebati dan tapis.
Panaskan kuali dan minyak, dah panas rendam dulu acuan kuih hingga panas. Baru celup acuan ke dalam adunan hampir paras rata acuan dan celupkan kembali ke dalam minyak panas dalam 10 saat dan goyangkan sedikit acuan supaya adunan tertanggal dari acuan.

Setelah kuih tertanggal biarkan acuan dalam rendaman minyak panas dalam beberapa saat dan boleh la terus ulang lagi proses mencelup dan mengoyang kuih.

Bila dah nampak keperangan angkat serta toskan,dah sejuk baru boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Ulang ulang je step tadi sehingga habis adunan kuih.

Selamat mencuba uols :) 
Continue Reading