Tuesday 29 September 2020

Jenjalan dekat Muzium Negeri Terengganu

Jenjalan dekat Muzium Negeri Terengganu


Assalamualaikum selamat petang uols.

Semua sihat ke tu? Semoga semua sihat selalu dan terhindar dari wabak Covid 19 yang menukar sekarang ni. Aamiin

Nak share cerita jugak la, semalam alang alang sampai ke Kuala Terengganu atas ada urusan dan urusan pun selesai awal dan on the way nak balik tu terdetik la nak pergi melawat muzium Negeri Terengganu. 

Tak rancang pun sebenarnya, dah alang alang sampai pergi pulak semalam hari isnin waktu orang bekerja jadi confirm confirm la muzium bukak kan. Ehhe

Selalunya datang Kuala Terengganu time weekend biasa muzium tutup. 

Actually pernah ke sini pun zaman sekolah rendah Uols. Dah lebih kurang 18 tahun kot tak jejak sini. Hahaa

So semalam ambil peluang bawak Maa, Adik Adik dan anak anak sekali.
Seronok je diaorang. 

9. 30 pagi masuk Gate muzium, berhenti tanya guard, guard bagitau muzium buka jam 10pagi.
So apa lagi masuk dalam tunggu ajela dalam setengah jam lagi. 

Dekat jam 10 pagi terus je masuk dekat pintu Utama muzium. 
Sebelum sampai pintu Utama macam biasa la duk berselfie pun se hal dah. Haha

with ma n Adik no 4.

Maa, Adik bungsu dan anak anak fizah.

Ummi anak dua. Biasa la part bergambar dengan anak anak ni kan susah benar la dapat gambar yang elok kan.

sebelum exercise naik tangga. Selfie dulu. Hihi. Mujur time ni cuaca Redup je tak panas. 


tengok la tu budak budak ni dengan tangga berpisah tiada. Laju dia orang dari kita. Sekali tengok tup tup sampai atas dah. Haha

Sampai je atas terus scan dan terus ke kaunter tiket. 
Dewasa dan anak2 7tahun ke atas rm2 je kena bayar. Harga ni khas sejak musim Covid ni la. Sebelum ni harga biasa sekali masuk seorang rm5.

Nila tiket nya. Fizah pun lupa dah Rupa tiket zaman sekolah dulu macam mana. Hahaa

Yang umur bawah 7tahun tu free je masuk tak payah bayar. 
Masa pergi semalam pun takde ramai mana pengunjung, jadi takde la sesak. 


  Ni tangga untuk naik ke atas, atas ni ada sekali pameran petroleum. 

Kat atas ni ada sejarah pasal sultan Terengganu kita, pameran set makan, pakaian, duit syiling lama dan banyak lagi.

Kat sini banyak blok jugak. Ni kira blok A rasanya. Tapi kat tengah tengah ni ada part yang dalam proses renovate baiki lampu, mengecat semula muzium.


Kat atas sama a rasa tadi jugak la ada galeri petroleum. Kat dalam ni ada la dia cerita pertubuhan Petronas semua, galian Minyak dan banyak jugak la.

Nampak gelap suram budak budak ni takut jugak la. Hahaa. 
Tapi takyah takut, kat depan sebelum masuk galeri ada je Pekerja muzium jaga kat situ. 


rest dulu kat tengah tengah ni. Angin sepoi sepoi sesambil tunggu ma, nak jumpa Kawan sekolah ma salah seorang Pekerja kat muzium ni.

Kira diaorang throwback la zaman sekolah diaorang dulu. Hehe

ada ruang rehat la kat sini kalau dah penat duk pusing pusing. Ni gambar kakak Humaira ambil kan. 

Settle kat sini kitaorang turun bawah balik dan pergi ke blok B, kat sini ada pameran haiwan haiwan macam macam jenis. 

Haiwan haiwan ni dah Di awet la. 
Budak budak paling suka dan syok kat sini la boleh tengok haiwan itu haiwan ini. Puas pusing keluar la, kat sini la jumpa Kawan ma tadi. 

Lepas tu kita keluar pergi makan. Dekat depan muzium ni ada truck makanan jadi kalau penat malas nak keluar or Lapar ke boleh je singgah makan je kat situ. 

Ada nasi putih, laksa penang, masakan panas. Semalam makan laksa penang, memang sedap. 

Siap makan jalan lagi g bahagian perkampungan budaya. Kat sini free je masuk sebab baru je buat bukaan pada 3 September 2020 awal bulan haritu. 


Lepas ni kena bayar tapi tak sure seorang masuk kena bayar berapa antara rm10-rm15 macam tu.

si kecik lawat kawasan. 

Kat sini ada beberapa jenis rumah lama yang diperbuat daripada kayu cenggal. Boleh tengok setiap rumah ni memang besar sangat lepastu dia punya design berbeza dan memang menarik. 
Semalam sempat naik sebuah rumah je. Sejuk je bila naik rumah ni, design orang zaman dahulu tapi ada function nya tersendiri. 

Siap dekat atas pintu ada ukiran ukiran ayat quran.

nampak tak kat atas tu dari jauh nampak design ukiran biasa jekan. Tapi nya design tu ukiran ayat Al quran, ayat pendinding.

Kat bahagian dapur ada pameran alat alatan dapur yang diperbuat dari tembaga. Contoh macam pengisar, lesung batu. Ada perabut lama juga. 

Rumah ni tinggi, kat bawah tu boleh santai boleh buat tempat parking kereta lagi. 
Sempat melawat sebuah rumah ni jela. Yang lain in Sha Allah next time datang lagi hari weekend. 

Sebab hari weekend jumaat, sabtu dan ahad tu diaorang ada aktiviti budaya macam solat, tarian, ada masak masak jugak. 

In Sha Allah lepas ni Pekerja kat sini cakap hari hari akan ada aktiviti. Cuma buat masa sekarang aktiviti tu ada untuk weekend sahaja. 

Nila area bawah rumah yang kitaorang naik tadi bawah ni ada tempat santai boleh berteduh boleh lepak kalau dah rasa penat nak tawaf satu muzium ni. 

Cantik kan meja ni? Meja diperbuat daripada buluh. Kreatif je orang dulu dulu. 
Buat dari Bahan yang ada di sekeliling n semuanya buat sendiri. 

Ni tak tawaf semua ni, ada lagi part yang kitaorang tak pergi. Ni pun dah nak pukul 1 petang rasa dah tak larat nak jenjalan. Hehe
Tambahan pulak anak time ni dah ngantuk nak tidur settle sini terus je balik.

Kalau keluar dari kat sini belah Kiri ada lagi kandang burung, ada juga kapal kat situ tapi tak pergi.
Pergi mana yang sempat je. 

Uols kalau datang Terengganu, datang la kat Muzium Terengganu ni bawak anak anak. Nanti boleh Google je maps datang sini. In Sha Allah jumpa je.

Alhamdulillah seronok, anak anak pun enjoy. Kita pun enjoy refresh balik sejarah lama lama. Hihi

Semoga bermanfaat. ^^, 
Continue Reading