Sunday 22 November 2015

Cara Nak Berdepan Suami Kedekut Tak Bertempat


 Inilah Cara Nak Berdepan Suami Kedekut Tak Bertempat


Sebelum kahwin sifat kedekut suami tak ketara sangat. Sekali sekala berjumpa, mana nak tahunya. Bila dah kahwin, tak lama nak ambil masa untuk tahu betapa kedekutnya suami itu. Nak minta belanja bulanan untuk makanan yang sepatutnya tidak perlu diberitahu pun, kena minta setiap bulan. Isteri minta RM1000 belanja dapur dan pelbagai belanja, dia akan bagi RM500 saja. Lepas tu jangan haraplah nak beri belanja tambahan. 
 
 
Kalau nak minta juga macam-macam kena isteri buat untuk ambil hati. Kena masak sedap-sedap, bau badan wangi-wangi, senyum lirikan “signal manja kasih” juga diberi tanda sayang suami, barulah berani nak minta belanja untuk barangan kesihatan dan kecantikan, duit PIBG atau pelbagai belanja tambahan diri dan keluarga. 
 
 
Jika tidak diminta, jangan haraplah. Itulah RM500 sebulan saja yang diberi sedangkan suami mampu memberi lebih. Kisah Labu Labi dan Hj Bakhilnya memang berlaku dalam realiti kehidupan hari ini. “Budak-budak kecik tak boleh pegang duit besar!” Hah! begitulah falsafah orang kedekut! 
 
 
Ramai isteri merana terutama yang tidak bekerja dek bahana suami kedekut. Dulu masa isteri kerja, disuruh berhenti. Nak jadi isteri mithali, duit jangan risau di hati. “Abang akan kerja keras menanggung anak isteri,” itu janji masa baru enam bulan kahwin. Sudahnya enam tahun selepas itu bila isteri minta duit belanja, apa jawabnya? “Dah tak kerja tu pandai-pandailah cari duit tambahan, berniaga nasi lemak ke, buat kuih ke, jangan harap duit saya aja.
 
 
Jangan malas-malas kat rumah, tolong suami ni sikit!” Itulah jawapannya! Kerana duit juga habis semanis cinta bertukar semasam cuka. Ada isteri mengadu suami nak makan sedap-sedap di rumah. Jika masak ikan kembung, kembang kucup muka masam mencuka. Nak makan ikan tenggiri, ikan merah, tapi belanja diberi tahap ikan selayang, ikan kembung. Bila kata duit diberi tak cukup, hah! muncung masam muka, capai kunci kereta, pergi makan kedai. Ada pula duit dia makan kedai sedap-sedap siap belanja kawan lagi. Dengan anak isteri kedekut. Dengan kawan-kawan yang tak membantu tu, murah hati pula dia! Macam manalah nak hidup bahagia!
 
 
Elok yang sedang bercinta tu, siasat siapa bakal suami anda tu. Salah satu usaha,  buat kaji selidik dan suruh dia jawapan soalan-soalan yang boleh membongkar sifat-sifat dia kedekut ke tidak. Antara soalannya “berapakah duit belanja dapur yang mampu anda beri pada isteri? 
 
 
Beri beberapa jawapan sampai jawapan serendah RM300 sebulan dan tertinggi RM 1500 – RM3000 sebulan. Jika dia jawab RM1500 hingga RM3000, boleh letak ranking tinggi teman lelaki itu sebagai calon suami. Menyiasat sikap dan perlakuan bakal suami itu penting bagi menjana kejayaan rumah tangga. 
 
 
Macam mana nak 'ubat' masalah suami kedekut? Tiada jawapan tepat kerana sikap manusia tak sama. Pastikan berbincang dengan suami berapa kemampuan dia sebenarnya untuk bagi kita. Bincang dan susun elok-elok sistem ekonomi rumah tangga masa hanya berdua, bertiga dan akhirnya berlima kerana pertambahan ahli keluarga, apa si dia nak buat untuk tambah perbelanjaan keluarga. 
 
 
Janganlah bersikap kedekut tidak bertempat untuk menyara keluarga. Apa yang jadi keutamaan diberi perhatian dan tindakan agar rumah tangga atau perhubungan mesra menjadi kekal bahagia!

Buat suami suami,jangan kedekut yer..ingat isteri juga penyumbang rezeki buat si suami.. ^_^






Info SINI
Continue Reading

6 Tip Ini Buat Rambut Lebih Sihat Walau Bertudung


Assalamualaikum..
pagi nim fizah nak share tip agar rambut lebih sihat walaupun bertudung.. ^_^

6 Tip Ini Buat Rambut Lebih Sihat Walau Bertudung


Rambut yang sihat dan bersinar menjadi idaman wanita. Mereka sanggup membelanjakan wang ke salon untuk melakukan perawatan rambut. Sebenarnya, ramai yang terlepas pandang. Selain ke salon, wanita juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan tertentu untuk merealisasikan impian ini. Jom ikuti tip berikut.
1. Lebihkan Makan Ikan & Kekacang

Kandungan protein dalam ikan dan kekacang dikatakan dapat membuat kulit kepala sihat. Ia juga membantu menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala. Protein membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Rambut akan beransur sihat dan menawan.
2. Jangan Basuh Dengan Air Panas

Elakkan mencuci rambut dengan air panas, ia menyebabkan rambut hilang kelembapan. Minyak semula jadi pada rambut yang bertindak sebagai perapi akan hilang apabila terkena air panas. Akibatnya rambut menjadi kering dan mudah bercabang. Sebaik-baiknya gunakan air sejuk, ia memberi kesegaran pada rambut dan kulit kepala.
3. Urut Kulit Kepala

Ketika mandi, biasakan mengurut kulit kepala. Urutan yang lembut dan dilakukan secara konsisten akan membantu melancarkan perjalanan darah. Kulit kepala sihat dan rambut juga semakin menawan.
4. Elakkan Pengering Rambut

Sebaik-baiknya elakkan penggunaan pengering rambut kerana dalam jangka masa panjang ia menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Selepas mandi, keringkan rambut dengan tuala. Lap secara lembut kerana rambut sangat lemah ketika basah. Biarkan rambut kering secara semula jadi.
5. Gunakan Sikat Yang Sesuai

Pilih sikat yang sesuai, tidak mengapa jika anda membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sikat mahal. Penggunaan sikat yang betul membantu melindungi rambut daripada rosak. Sikat yang tajam di permukaan akan mencederakan kulit kepala. Gunakan sikat dengan bahagian hujung berbentuk bulat. Jika kurang pastikan dapatkan pandangan pakar rambut.
6. Usah Ikat Rambut Terlalu Ketat

Ramai yang mempunyai tabiat buruk ini. Mereka mengikat rambut terlalu ketat dengan alasan mahu kelihatan kemas. Mereka tidak sedar perbuatan ini menyebabkan rambut mudah putus dan boleh merosakkan akar rambut. Elakkan juga mengikat rambut dalam masa yang lama kerana ia boleh meningkatkan kadar keguguran. Lepaskan rambut agar ia dapat bernafas dan bebas.

Selain itu, boleh amalkan suplemen shaklee dengan set penjagaan rambut.


Kebaikan Set penjagaa rambut & vitamin

Energizing Soy Protein : 


  • ESP merupakan sumber protein terbaik dan selamat untuk kita. Mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita, ESP insyaALLAH boleh membantu membekalkan protein yang berkualiti dan selamat untuk pertumbuhan rambut yang sihat.


  • Zinc complex :
    • Merupakan mineral terpenting yang terdapat dalam setiap sel badan kita. Zinc shaklee yang dicampur dengan barli dan alfalfa ini sangat bagus untuk menguatkan rambut dan mencegah keguguran rambut akibat perubahan hormn selepas melahirkan anak.
    Vitalea ( Multivitamin)
    • Elemen penting pada sel tubuh menyediakan asas nutrisi ,memastikan sel hidup , pertumbuhan sel baru , membantu proses pembesaran , pertumbuhan rambut , otot , kulit , kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
    Pro Sante
    • Shaklee Prosante adalah rangkaian set penjagaan rambut dan kulit kepala dari Shaklee yang dilengkapi dengan vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Hasilnya rambut menawan dan kulit kepala kekal segar dan sihat sentiasa.
     Namun , bagi mereka yang menghadapi kekangan kewangan digalakkan untuk mengambil ESP dan Zinc complex sahaja.



    Image result for shaklee independent distributor


    Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)



    "KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
    NORHAFIZAH MOHAMAD
    Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
    H/P : 014-7937312
    Email : fififizah66@gmail.com
    Ig       : @fififizah_pearl
    Continue Reading