Thursday 26 May 2016

Promosi Mei Shaklee 2016

Assalamualaikum..


Promosi Mei yang super duper jimat..!

 
 
1) ALFAFA COMPLEX (SMALL & LARGE)
 
BUY 3 FREE 1
 
2) COLLAGEN POWDER
 
BUY 6 FREE 1 / BUY 2 GET 5% DISCOUNT
 
3) VITA-LEA for CHILDREN
 
BUY 3 FREE 1
 
 
Jom dapatkan harga promosi sekarang.. Promosi tinggal 5 hari saja lagi.. ^_^

Berminat?? boleh selit order, call / whatsapp fizah yer..



 
 
"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312


Continue Reading

Hebatnya Kuasa Setitis Perahan Lemon

Assalamualaikum..


Hebatnya Kuasa Setitis Perahan Lemon
 
 

Banyak kebaikan yang boleh ditemui dalam buah lemon. Kebaikan yang boleh diberikan oleh buah lemon kepada kesihatan tubuh adalah berikutan dengan elemen-elemen menyihatkan seperti vitamin C, vitamin B6, vitamin A, vitamin E, folat, niasin, tiamina, riboflavin, asid pantothenic, tembaga, kalsium, besi, magnesium, kalium, zink, fosforus, dan protein. Khasiat lain?

1. Lemon adalah buah yang mengandungi flavonoid, iaitu komposit yang mengandungi antioksidan dan sifat melawan kanser.

2. Mampu membantu mencegah diabetes, sembelit, tekanan darah tinggi, demam, masalah pencernaan dan juga memperbaiki masalah kulit, rambut dan gigi.

3. Buah yang berwarna kuning ini mengandungi asid sitrik yang berkesan dalam merawat jerawat. Vitamin C yang terdapat dalam lemon amat penting untuk kulit sihat bersinar.

4. Manakala sifat kealkaliannya mampu membunuh beberapa jenis bakteria penyebab jerawat. Bagi yang mengalami masalah jerawat, anda boleh menyapu jus lemon pada jerawat dan biarkan semalaman. Lakukan sebelum anda tidur pada waktu malam.

5. Sifat antibakteria dan antivirus lemon boleh mempercepatkan proses penyembuhan dalam kes kanker atau pengulseran terutama pada bibir atau lapisan rongga mulut. Jika anda mengalami masalah ini, kumurlah dengan perahan air lemon yang telah dicampuri air selama tiga kali sehari.

6. Apabila anda mengalami demam selesema, pengambilan lemon amatlah digalakkan. Luaran dan dalaman tubuh boleh mendapat kesannya. Apabila diminum, jus lemon menyediakan vitamin C yang diperlukan untuk mempertahankan sel-sel dalaman.

7. Lemon juga melawan virus pada membran mukus dalam hidung dan tekak. Jika anda rasa diri akan mengalami demam selesema, bolehlah meminum sebiji perahan buah lemon yang telah dicampurkan air suam setiap dua jam.

8. Lemon mampu membantu menyegarkan nafas yang berbau selepas makan atau nafas berbau yang disebabkan oleh air liur yang tidak mencukupi.  Bagi memastikan nafas segar, kumurlah mulut anda beberapa kali sehari dengan perahan jus lemon yang telah dicampurkan dengan air suam. Mengunyah hirisan lemon selepas makan juga boleh membantu masalah nafas berbau.

9. Jika anda menderita masalah kolesterol tinggi, ketahuilah pengambilan buah lemon amat bagus sekali. Ini kerana kuasa pektin serta kuasa perangsang metabolisme dan pengedaran darah yang terdapat dalam buah lemon mampu membantu merendahkan kolesterol.

10. Minumlah air perahan sebiji lemon yang telah dicampurkan dengan air suam selepas makan kerana asid buah lemon dikatakan mampu merangsang penghasilan asid perut dan aktiviti otot perut.

11. Jus lemon memiliki kesan alkali berkuasa dalam tubuh. Ini adalah agen semula jadi menentang asid berlebihan yang juga bertanggungjawab untuk rheumatism. Minumlah perahan sebiji buah lemon yang telah dicampur dengan air suam sebanyak 3 kali sehari. Jika anda mengalami sakit yang agak teruk, tambahkan kepada dua biji buah lemon sebanyak tiga kali sehari.

12. Air perahan buah lemon dikatakan boleh digunakan dalam rawatan penjagaan rambut. Sapukan perahan air lemon kepada kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur, keguguran rambut dan masalah lain berkaitan rambut dan kulit kepala. Jika anda sapukan air perahan lemon terus pada rambut, ini boleh membuatkan rambut bersinar secara semula jadi.

13. Air perahan lemon boleh disapu pada parut terutamanya pada parut kulit terbakar. Ini kerana sebagai agen penyejuk, mampu mengurangkan rasa pedih pada kulit terutamanya jika kulit merengsa.

semoga bermanfaat..
Continue Reading

Gerakan Buang Lemak Paha & Betis Lebih Berkesan

Buang Lemak Paha & Betis Lebih Pantas
 
 
Paha dan betis yang besar sememangnya boleh menyebabkan wanita hilang keyakinan personaliti diri. Impaknya, gaya berpakaian juga menjadi terhad. Kedua-dua bahagian ini membesar akibat sisa lemak tubuh yang tidak diolah menjadi energi. Semakin tidak sihat diet anda, semakin banyaklah tubuh menimbunkan lemak.

Anda mahu bentuk kaki yang cantik persis super model?
Berikut langkah senaman untuk dicuba.



Langkah 1
Berdiri tegak. Bengkokkan kaki kiri ke belakang. Sentuh hujung jari kanan di belakang buku lali. Tahan seketika. Ulang langkah yang sama beberapa kali kemudian tukar dengan kaki sebelah kanan pula.



Langkah 2
Berdiri tegak. Tangan kanan dicekak ke bahagian pinggang sebelah kanan. Kaki kiri pula dibengkokkan ke paras perut dengan tangan kiri di atas lutut kiri. Tahan seketika. Ulang langkah yang sama kemudian tukar dengan kaki sebelah kanan.



Langkah 3
Senaman ini lebih dikenali sebagai squat. Bengkokkan kedua-dua kaki seperti posisi duduk di atas kerusi. Kedua-dua tangan dibengkokkan ke atas. Tahan selama mana yang anda mampu. Ulang langkah ini mengikut keupayaan diri anda.



Langkah 4
Berdiri tegak. Bengkokkan kaki kiri ke paras 90 darjah. Kedudukan tangan kiri dihayunkan ke belakang manakala tangan kanan dibengkokkan. Tahan seketika dan ulang langkah yang sama. Tukar dengan kaki kiri pula dengan kedudukan tangan kanan dihayunkan ke belakang manakala tangan kiri dibengkokkan.



Langkah 5
Bengkokkan tubuh. Lunjurkan kaki kanan ke sisi kanan manakala kaki kiri dibengkokkan sebagi pengampu tubuh. Tangan kiri dicekak ke pinggang sebelah kiri manakala tangan kanan diluruskan ke hadapan tubuh. Ulang langkah yang sama untuk kaki sebelah kiri pula.

Ekstra Tip:

Diet Agar Kaki Menawan:

1. Makan sedikit demi sedikit. Makan lebih kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit. Ia bagi memastikan metabolisme tubuh sentiasa maksimum. Apabila metabolisme tinggi, proses pembakaran lemak berjalan dengan lebih lancar.

2. Minum air putih dan elakkan minuman air manis. Sebolehnya cuba minum tiga liter air dalam sehari.

3. Lebihkan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan jumlah fiber yang cukup akan membantu mengurangkan penyimpanan lemak dalam tubuh.

4. Pilih lemak baik untuk dimakan. Ambil lemak yang mengandungi omega 3. Ingat! Kita perlukan lemak untuk membakar lemak.

5. Lebihkan pengambilan protein dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Ketika makan, lebihkan pengambilan ayam dan ikan sebagai sumber protein.


semoga bermanfaat..
Continue Reading

Saturday 21 May 2016

Tips Pengurusan Perniagaan Paling Mudah Dan Praktikal!

Assalamualaikum..

Fizah nak panjangkan juga perkongsian dari sahabat iaitu Syirah tentang pengurusan akaun syarikat paling simple dan mudah.

Baru Belajar Nak Buat Bisnes? Wanita Ini Kongsi Tips Pengurusan Perniagaan Paling Mudah Dan Praktikal!

buku2 org bisnes

Salah satu pekerjaan yang sangat digalakkan oleh Islam adalah berniaga. Rasulullah juga pernah bersabda dalam hadis riwayat Tirmizi yang bermaksud “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”

Tidak dinafikan bukan mudah untuk menguruskan perniagaan sendiri. Bisnes ada turun naiknya, dan jika tidak bernasib baik, berkemungkinan rugi sehingga duit balik modal pun tak lepas.

Pun begitu, masalah tersebut boleh diatasi dengan pengurusan kewangan yang bijak. Nak tahu bagaimana? Ikuti tips paling mudah yang dikongsikan oleh wanita ini.

Tips Paling Senang Dan Praktikal Urus Bisnes.

Seperti dijanjikan tadi, ni dia nak share sikit ye. Mohon jangan kecam saya ye otai-otai.

Ini ilmu yang syirah praktik kan dalam masa setahun syirah berjinak jinak dalam bisnes, ni cara paling senang and praktikal lah bagi syirah,biasa kalau dah lengkap yang ni, dah boleh dah nak buat Penyata Untungrugi Tahunan setiap kali tamat tempoh setahun tempoh perakaunan.

Sebenarnya syirah punya background memang dlam bidang account and auditing and plus pengalaman sikit-sikit dalam bidang tax, baru 5 tahun bermain dengan benda ni, berhingus lagi, tapi syirah kongsi lah sikit ye apa yang syirah buat utk manage #bisnesshaklee syirah ni.

Buku-Buku PENTING!

cover buku2 org bisnesScreenshot 2016-05-17 13.07.51

BUKU 1 & 2 – BUKU TUNAI & BUKU BANK

btbb

Buku Tunai – Untuk catat aliran keluar masuk duit tunai anda (duit yg ada dalam tangan anda je, tak include dalam bank ye)

Buku Bank – Untuk catat aliran keluar masuk duit dalam akaun bank anda (duit yg ada dalam bank anda je, tak include tunai dalam tangan ye.) Kalau ade 10 akaun bank, buat ler 10 buku..hehe

Apa maklumat yang perlu anda buat catat dalam buku tunai & buku bank ni?

1. TARIKH
2. MAKLUMAT PENERIMAAN/PEMBAYARAN
3. DUIT MASUK
4. DUIT KELUAR
5. BAKI AKHIR

Contoh Catatan Transaksi Keluar Masuk Wang

transaksi

Ni contoh syirah buat nak bagi nampak gambarannya sikit, mula-mula sebelum nak catat segala jenis belanja and duit jualan anda yang berkepuk kepuk tu, catat dulu berapa jumlah tunai dalam tangan anda. Macam contoh ni syirah ade duit tunai sebanyak RM1563.15 dalam tangan (banyak pegang cash tu) ?

Lepas tu dah boleh catat setiap transaksi duit masuk dan duit keluar dari tangan kita, pastikan baki akhir dalam buku sama dengan jumlah tunai yang kita pegang, kalau tak.sama, check balik, mesti kita ada terlupa nak catat mana-mana duit jualan atau belanja kita

Sila apply cara yang sama untuk catat dalam Buku Bank ye. Buku bank senang sangat nak buat, boleh follow statement bank je untuk details, pastikan baki akhir dalam buku bank kita buat ni, sama dengan baki dalam bank ye.

BUKU 3 – BUKU NOTA PENGHUTANG (DEBTOR), PEMIUTANG (CREDITORS), LEJER GAJI, PENDAHULUAN MODAL


Untuk yang baru berjinak jinak nak besarkan lagi bisnes, mesti ada mohon pinjaman dari mana-mana kan, pinjaman dari MARA, BANK, mahupun orang perseorangan.

Macam contoh syirah buat ni untuk yang buat bisnes kecil-kecilan, contoh kaum-kaum isteri yang baru berbisnes ni, dapat pinjaman dari hubby, boleh buat format macam ni, senang je. Hutang WAJIB BAYAR tau walaupun dengan laki sendiri ?

Untuk Catat Hutang Customer
debtor2Ada customer suka beli barang dengan bayar secara hutang? Catat macam ni, buat satu lejer khas untuk setiap penama ?

BUKU 4 – BUKU BILL /BUKU RESIT JUALAN


Catat setiap jualan anda, boleh selit sekali dalam parcel utk customer, nampak professional sikit kita berniaga kan siap ada resit dan bil. Beli lah satu buku bil ni, tak sampai RM2 pun.
Senang nak trace:
– Jualan harian, mingguan, bulanan,tahunan
– Senang nak semak harga
– Senang nak trace history jualan kita dengan customer

Cara Paling Simple Untuk Newbies!

a
Disclaimer : Hak ni cara paling simple syirah nak share dengan newbies, yang baru nak mula buat catatan akaun, awak yang dah pro, sale ribu ribu, p belajar pakai software UBS, SQL, AutoCount je takpe, hide je posting ni, I tak marah pun ?
Semalam ada yang bertanya macam mana nk catat pendahuluan dari owner ye?  Yang tergunapakai cash sendiri utk urusan bisnes, boleh guna cara ni, dengan syarat duit tu kita pinjam kan kpd bisnes, bukan kita laburkan sebagai modal, hak modal kita cite lain kali. Otai-otai sila sama-sama perbetulkan kalau ada silap. Ni teknik budak berhingus je ni ?
————————
Situasi :
Owner dahulukan duit sendiri sebanyak RM 1500 utk perbelanjaan bisnes
RM500 secara tunai, RM1000 owner transfer atau deposit kan ke akaun bank bisnes,
dan bayaran balik kpd owner sebanyak 2 kali – RM300
(Tunai) , RM800 (dr bank)
————————
Yang ada asas akaun, mesti tahu kan debit credit, ni syirah tunjukkan kat newbies , nak catat kat mana debit dan credit ni, syirah tanda pasangan debit credit masing2 ye.. barulah balance akaun kita nanti.

Kenapa lejer Pendahuluan dari Owner tu negatif ye?


Senang cerita macam ni lah, kalau mengikut sistem perakaunan, dalam balance sheet, pendahuluan dari owner ni kita letak sebagai Pemiutang (creditor) , dalam sistem akan keluar sign dia negatif, tandanya syarikat atau perniagaan kita masih berhutang dengan owner.
Harap membantu. Thank you sudi baca. 

Sumber: Nur Basyirah
Kredit : Ohbulan.com
Share dari blog Puan Wawa
Continue Reading

Sunday 8 May 2016

2 Tip Jimat Cuci Cawan Bekas Kopi & Teh. Barulah Putih!

Assalamualaikum..



2 Tip Jimat Untuk Cuci Cawan Bekas Kopi & Teh



Kalau anda jenis suka minum kopi atau teh, anda mungkin akan berdepan dengan masalah nak cuci gelas atau cawan yang bertukar jadi warna kekuningan. Selalunya yang asalnya warna putih, agak sukar untuk cuci dengan pencuci biasa.



Ya, jika dibiarkan lama-lama dasar gelas atau cawan akan nampak buruk, seolah-olah anda tak cuci.



Sebenarnya ada cara yang mudah, jadi anda tak perlu nak mengeluh dan niat nak ketepikan minum kopi atau teh secara terpaksa. Jom cuba antara salah satu ini...


1. Guna baking soda
Ambil 1 sdm dan gosok dengan sedikit air pada gelas yang kotor. Biarkan lebih kurang 5 minit dalam keadaan basah, kemudian bilas sambil menggosok gelas lagi. Anda juga boleh menggunakan garam yang dicampur perahan limau nipis dengan teknik yang sama seperti ketika kamu menggunakan baking soda.



2. Rendam dengan air panas
Atau anda boleh cuba hilangkan kesan teh dan kopi dengan cara merebus atau merendam gelas di dalam air panas. Campur air panas dengan serbuk soda, kemudian rendam gelas hingga air jadi sejuk. Gosok dan bersihkan seperti biasa.



Nah, sangat mudah bukan? Kini gelas yang kotor disebabkan  kesan minum teh dan kopi jadi lebih bersih. Tak payahlah sampai nak beli pinggang mangkuk baru. Jimat!
Continue Reading

Penggemar Tom Yam Patut Tahu 4 Cara Masak Ini

Assalamualaikum...



Penggemar Tom Yam Patut Tahu 4 Cara Masak Ini


1. TOM KHA SAL (Tom Yam Santan)

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/26042016/webtomyamputih.jpg

 
Bahan-bahan:
150 ml santan
2 ulas bawang merah
3 tangkai cili padi
3 hirisan lengkuas
1 batang serai
2 helai daun limau purut
½ sudu sos ikan
½ sudu gula
½ sudu stok ayam
2 sudu air limau nipis
100 gm ayam – dipotong kecil

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Masukkan santan ke dalam periuk besar dengan sedikit air.
2. Kemudian masukkan ayam dan bahan-bahan perasa.
3. Masak sehingga mendidih.


2. TOMYAM SEAFOOD



 
Bahan-bahan:
2 ekor udang
1 ekor sotong – dipotong kecil
10 gm ketam
2 keping fish fillet yang digoreng
150 ml air
 2 sudu pes cili Thai
2 sudu air limau nipis
1 sudu stok ayam
1 sudu gula
1 sudu serbuk perasa
1 sudu sos ikan
2 labu bawang besar
1 sm lengkuas
4 helai daun limau purut
2 batang serai

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rebus semua bahan di atas bersama-sama hingga mendidih dan masak.


3. TOMYAM HERBA THAI



 
Bahan-bahan:
5 ekor udang
3 tangkai cili padi – diketuk
1 tangkai cili kering – dipotong kecil
2 helai daun limau purut
3-4 hirisan lengkuas
1 batang serai
1 sudu sos ikan
1 sudu stok ayam
2 sudu air limau nipis
1 sudu gula

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.


4. TOM YAM PUTIH


 
Bahan-bahan:
1 batang serai
2 hirisan lengkuas
2 helai daun limau purut
1 ulas bawang merah
5 gm tomato
5 helai daun basil/selasih
2 sudu kecil air limau nipis
1 sudu sos ikan
1 sudu pati ayam
2 tangkai cili padi
1 ekor udang
10 gm sotong
10 gm isi ikan
10 gm isi kupang
20 gm ketam

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.


semoga bermanfaat.. ^_^
Continue Reading

Kurangkan Panas Badan Anak Dengan 8 Cara Kilat

Assalamualaikum..


Kurangkan Panas Badan Anak Dengan 8 Cara


Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan anak mudah mendapat demam. Secara amnya demam bermakna sistem imunisasi sedang melawan serangan jangkitan.

Antara penyebab berlakunya demam seperti serangan virus, bakteria, keracunan makanan dan strok haba. Demam melampau boleh menyebabkan sawan. Kebiasaannya jika sistem imun kuat, demam akan hilang dengan sendirinya.

Ibu bapa perlu peka dengan sebarang perubahan dan anak perlu perhatian yang lebih. Pastikan di rumah ada jangka suhu untuk pemeriksaan suhu sendiri. Antara penjagaan khas ialah pastikan anak mendapat cukup air untuk mengelakkan dehidrasi, kuatkan sistem imun, cukup rehat, pengaliran udara yang baik serta makanan yang lebih berzat dan mudah dihadam.

Cara berikut bukan untuk merawat punca demam. Ini panduan untuk mengurangkan suhu, memberi keselesaan dan membantu mempercepatkan proses pemulihan. Jangan berlengah untuk dapatkan rawatan secepat mungkin di hospital berdekatan jika suhu badan anak semakin panas.

1. Penawar Air Kelapa
Air kelapa boleh dijadikan penawar demam. Pastikan kelapa segar dan tidak ditambah ais mahupun gula. Minuman herba lain yang boleh diberi ialah air kembang semangkuk, air rebusan kundur, air bunga chamomile atau air rebusan kurma. Jus gabungan buah dengan sayur juga sangat digalakkan seperti gabungan buah oren, lobak merah dan timun.

2. Khasiat Sup Tulang
Sup tulang bone broth juga berkesan untuk makanan berzat dan berkhasiat. Tulang lembu atau ayam direbus bersama bawang merah, bawang putih, seleri, cuka epal, garam dan rempah sup. Boleh diminum begitu sahaja. Boleh juga dibubuh dalam bubur, nasi atau dicecah dengan roti. Bubur, smoothies, agar-agar dan puding antara makanan yang senang dihadam juga boleh diberikan.

3. Beri Probiotik
Beri anak makan probiotik yang kini mudah didapati di pasaran. Antara makanan yang mengandungi probiotik ialah tempe, dadih, kimchi dan keju.

4. Minyak Yang Sesuai
Minyak yang bagus untuk diambil ketika demam ialah minyak ikan kod , minyak zaitun, minyak kelapa dara dan habbatusauda. Beri mengikut kesesuian umur seperti yang disarankan.

5. Mandi & Mengelap Tubuh
Mandi dengan lebih kerap. Air mandian boleh ditambah garam magnesium flakes untuk melegakan ketegangan otot yang sering terjadi ketika demam. Demahan sejuk atau cold compress boleh dilakukan dengan mengelap badan yang panas dengan air sejuk. Air jaram juga boleh disapu di dahi dan kulit kepala. Antara bahan air jaram ialah bunga raya, beras dan asam jawa. Boleh juga menyapu air bawang merah ke kawasan dada , dahi dan punggung.

6. Rehat Secukupnya
Pastikan anak mendapat rehat dan tidur yang cukup. Ketika demam, tubuh menggunakan banyak tenaga untuk proses penyembuhan. Sebaiknya berehat di rumah dan elak lakukan aktiviti luar yang banyak menggunakan tenaga.

7. Aliran Udara Yang Baik
Perlu pastikan peredaran udara yang baik. Pasangkan kipas atau penyaman udara mengikut keselesaan anak. Pakai pakaian nipis dan selesa. Fabrik kapas dan linen sangat sesuai. Ada masanya dalam keadaan kebah, anak perlu diselimutkan supaya selesa.

8. Bantuan Aromaterapi
Penggunaan aromaterapi seperti peppermint, eucalyptus, chamomile dan serai wangi juga boleh membantu. Ada yang boleh ditambah dalam air mandian, diurut dan disebarkan di udara dengan teknik semburan atau pembakaran dengan diffuser.
Continue Reading

Inilah 5 Kesan Air Putih Selepas Bangun Tidur

Assalamualaikum..


Inilah 5 Kesan Air putih Selepas Bangun Tidur



 
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. 
 
 
Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur.  Jangan bagi alasan, anda perlu 'paksa diri' untuk minum air putih. Ini adalah sebab-sebabnya:
 
 
1. Seimbangkan sistem buah pinggang 
Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.
 
 
2. Kulit lebih berseri 
Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri.  Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah.
 
 
3. Langsingkan tubuh
Cuba minum dua gelas air setiap bangun tidur.  Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.
 
 
4. Tambah darah
Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi.  Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.
 
 
5. Membersihkan usus
Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.
Continue Reading