Monday 14 March 2016

7 tip tarik rezeki perniagaan

Assalamualaikum..


9/10 Rezeki datangnya dalam perniagaan. Tetapi tidak semua perniagaan berjaya.Tidak semua perniagaan juga diberkati. Mudahan dijauhkan dari kita sebagai usahawan.

7tiprezeki

Untuk sentiasa memastikan 9/10 Rezeki perniagaan itu sentiasa diberkati, pastikan cara kita menarik rezeki itu juga adalah mengikut landasan yang betul InsyaAllah.
  1. Dalam mengejar keuntungan, jangan lupa kerugian juga tetap menanti di depan mata. Rezeki Allah swt telah ditentukan. Tetapi kita masih perlu berusaha.
  2. Berniagalah dengan amanah dan jangan sekali-kali cuba menipu dalam sukatan dan timbangan, barulah perniagaan itu kekal dan berkat.
  3. Perniagaan mendidik diri kita agar menjadi insan yang sabar, redha, tabah, jujur dan cekal. Dari sini, kita akan lebih bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dilimpahkan.
  4. Rasuah merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia kerap berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam perniagaan. Jauhkan dari dosa besar ini.
  5. Sentiasa senyum pada pelanggan. Senyum umpama magnet rezeki untuk peniaga.
  6. Pastikan tempat berniaga sentiasa bersih. Sekiranya berniaga dari rumah pun sama juga, pastikan meja dan bilik sentiasa kemas dan teratur.
  7. Jangan sombong dalam mencari ilmu berniaga. Hormati ilmu tak kira tahap mana pun perniagaan kita.

semoga bermanfaat.. ^_^

info sini
Continue Reading