Sunday 17 January 2016

Wanita Akan Jadi 'Superwoman' Bila 'Busy'. Setuju Tak?


 Wanita Akan Jadi 'Superwoman' Bila 'Busy'. Setuju Tak?

Wanita hari ini semakin terbuka hati untuk keluar mencari rezeki, ada yang keluar bekerja demi kepuasan sendiri dan setengahnya demi membantu suami tersayang. 
 
 
Ya, cabaran bagi ibu bekerja ialah mencari keseimbangan antara kerja dan keluarga. Perlu bijak membahagikan masa dan meluangkan masa berkualiti bersama suami dan anak. Macam mana untuk kaum wanita menumpukan perhatian dan tidak mengganggu waktu bersama keluarga, anda boleh rujuk sini...
 
 
1. Guna Gajet Dengan Betul 
Tonton televisyen pada masa tertentu sahaja. Jangan ada apa-apa skrin di meja makan kerana waktu makan adalah masa untuk keluarga. Penggunaan teknologi perlu bijak diimbangi. Misalnya digunakan untuk belajar bahasa menggunakan aplikasi tertentu. Gunakan dengan betul, maka teknologi akan membawa manfaat.
 
 
2. Atur Rutin Sebaiknya
Kalau rutin anda menjemput anak dari sekolah setiap hari, maka buat jadual dengan betul. Jika tidak dapat menjemput anak pada waktu yang telah ditetapkan, cari orang lain untuk ganti. Jika rutin setiap malam ialah membacakan buku cerita kepada anak, jangan sesekali gagal melakukannya. Haaa... ibu kena utamakan waktu seharian yang penting dan khusus untuk mereka.
 
 
 
 
 
3. Lakukan Aktiviti Hujung Minggu
Elakkan bekerja ketika anak bercuti sekolah. Bukan bermaksud perlu membawa anak beli-belah atau melawat tempat peranginan. Cukup sekadar pergi ke taman pada waktu pagi atau keluar bersarapan di tempat kegemaran anak. Asalkan ibu bapa ada bersama anak, pasti anak akan rasa gembira.
 
 
4. Jelas Perkara Sebenar
Bawa balik kerja ke rumah bukanlah perkara yang betul. Namun jika terpaksa melakukannya, jelaskan perkara sebenar kepada anak. Sebolehnya siapkan kerja selepas anak sudah masuk tidur. Jika terpaksa menyiapkan kala mereka belum tidur, ganti balik masa itu.
 
 
5. Elak Stres
Jangan terlalu memaksa diri sendiri. Jika terlalu stres, jangan sampai melepaskan stres itu pada suami atau anak. Jangan biar mereka jadi mangsa. Tenangkan diri pergi gimnasium atau urut di spa. Ada kala, waktu bersendirian akan meredakan stres.
 
 
6. Fahamkan Majikan
Ramai wanita meletak jawatan kerana majikan tidak cuba memahami tanggungjawab kakitangan yang bergelar ibu. Suarakan cadangan kepada majikan kerana majikan sepatutnya mendengar suara kakitangan.
Continue Reading