Sunday 8 November 2015

5 Cara Mudah Tarik Mood Lipat Kain

Assalamualaikum..


Cara Ini Akan Mengatasi Masalah Kain Berlonggok

Kat sini sapa suka lipat kain??hehe.. Rasanya kebanyakan perempuan part ni la yang malas sangat kan? Baru je lipat kain, esok dah menimbun balik. tak gitu?

Sebab tu la bila mai je mood malas, dibiarkan je kain tu menimbun.. Kalau time rajin, licin dilipatnya.. lagilah yang bekerja, tunggu hari cuti baru lipat kain.. yang tak bekerja pun, kadang tak sempat.. banyak lagi urusan rumah yang nak kena settle..TAK GITU??? ^_^

Ada yang tak suka sangat lipat kain ni, siap upah orang lagi khas untuk lipat kain..
Meh nak share cara mengatasi masalah ni..

1. Elakkan bertangguh
Anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan masa yang singkat jika fokus dan tahu susun kerja. Sementara menunggu kain siap dibasuh, anda boleh duduk dan melipat kain yang sudah kering.

Jangan pulak sambil tunggu, sambil berehat goyang kaki je.. kalau macam ini sampai bila-bila pun kerja tak sempat nk siap.

2. Asingkan Fabrik
Seeloknya selepas angkat kain yang kering, kita terus asing kan fabrik yang tebal, nipis.. asing kan satu bakul untuk baju, satu bakul untuk seluar, satu bakul untuk pakaian kecik-kecik dan selebihnya..

Asingkan macam ni senang untuk kita lipat.. kebiasaan nya kan kita mesti lipat pakai yang besar dulu, macam baju dan seluar.. sebab kain yang besar ni ambil masa yang singkat je.

3. Sambil tengok tv
Cara ni lagi cepat kan, sambil tengok tv, tangan pun laju sambil lipat kain.. sedar tak sedar, semua dah dilipat..

4. Bagi Tugasan
Jika ada waktu terluang dengan anak anak, suami ke, anda boleh habis kan masa bersama sama dengan mengajak lipat kain bersama. Yang dah ada anak, boleh bahagikan mereka lipat pakaian mereka sendiri. Dari awal dah kena didik lipat kain.. kalau tak jenuh jugak kalau dah besar pun masih harapkan mak lagi..

Lagi mudah suami pun turut membantu, bila kita dah mencuci, suami tolong jemurkan. lagipun boleh la erat kan lagi hubungan suami isteri kan.. ^_^

5. Kemas kan baju dengan segera ke dalam almari sesudah selesai dilipat.
Kaedah ni pun satu tak nak bagi kain terbiar je dalam bakul. ada orang lepas je lipat kain, masukkan balik baju yang dilipat ke dalam bakul, betul tak?? sebolehnya dah siap semua, ambil je baju terus je simpan dalam almari.. kalau di simpan dalam bakul, confirm lepas tu kain takkan tersimpan la.. hehee
bertangguh pulak masa nk simpan kan baju..

Cara yang mudah jekan.. semua pun pasti dah praktikkan.. ^_^

..Selamat tinggal mood malas..
info SINI
Continue Reading

##Health Tips

Assalamualaikum..wbt..

Badan kita mampu buat banyak perkara.. TETAPI.. 
TAHU KAH ANDA?? badan kita tidak boleh menyimpan vitamin C dan tidak dibuat oleh sel-sel badan kita..


Vitamin C ini adalah vitamin yang larut dengan air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan sangat penting untuk memastikan kandungan vitamin C di dalam badan tidak rendah.

Vitamin C sangat tidak stabil, ianya mudah rosak apabila terdedah kepada stress, pencemaran, merokok, terdedah kepada udara dan lain lain. 

Oleh itu, pengambilan suplmen vitamin C ini tersangat la penting untuk meningkatkan sistem imun kita..

Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan :

  • Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian badan.
  • Gusi tidak kuat dan berdarah
  • Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium. 
  • Penambahan kadar metabolisma berlaku
Antara Golongan yang Mempunyai kandungan vitamin C yang Rendah :

  1. Perokok : 1 batang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C. Kajian ke atas urine test perokok yang merokok lebih daripada 20 batang mendapati bahawa tiada kandungan vitamin C di dalam tubuh atau hanya sedikit sahaja.
  2. Pesakit kencing manis : Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap.Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C masih lagi mangalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara GULA & VITAMIN C. Pesakit juga mempunyai tahap kolagen yang kurang menyebabkan peroses penyembuhan luka yang terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan radikal bebas menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atheroslerosis, kerosakan saraf dan juga kerosakan buah pinggang. Dengan pengambilan vitamin C akan dapat membantu masalah di atas.
  3. Pesakit kanser
  4. Orang yang ketagih dengan alkohol
  5. Pesakit rheumatoid athritis.
  6. Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak : Mereka banyak kehilangan Vitamin B kompleks  dan vitamin C disebabkan aktiviti-aktiviti itu. Selain itu banyak terdedah pada cuaca panas.
  7. Pesakit kronik seperti batuk, selsema serta jangkitan kuman.
  8. Pemgambilan ubat-ubatan seperti pil perancang, aspirin dan pil antibiotik.
  9. Pesakit yang dirawat di hospital dan baru selesai pembedahan.
VITAMIN C sangat penting kerana : 

  • Berfungsi sebagai penguat sistem imun badan
  • sebagai anti-oksidan
  • Untuk penyembuhan luka yang cepat
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Mengurang alahan
  • Untuk kesihatan sistem jantung
  • Pengurangan stress

PENTINGKAN vitamin C ni??? pengambilan suplemen vitamin C ini adalah sangat penting untuk menyokong sistem imun badan kita dan dalam mengekal kan kelembapan kulit kita..



Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)

"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl
Continue Reading

Cara Mengatasi Morning Sickness

Assalamualaikum..selamat pagi semua..
Alhamdulillah...Alhamdulillah masih bertenaga, bersemangat di pagi ini..

Anda bagaimana?? Lagi-lagi mommy yang tengah preggy sekarang.. pasti ada yang tengah alahan atau dipanggil morning sickness kan?? 

Tak kira la alahan macam mana, tak bermaya ke, tak lalu nak makan ke. Alahan ni pun unik tau.. tak semua orang kena alahan yang sama.. ada je mommy yang preggy tapi langsung tak alahan kan??

Image result for morning sickness


Mommy yang mengalaminya sudah mesti tau kan morning sickness tu macam mana kan?? Beruntung kan sapa yang tak ada alahan.. hehe. meh kita share sikit pasal morning sickness & tips untuk mengurangkan alahan ni..

Morning sickness / Alahan
  • Rasa mual nak muntah yang dialami sepanjang tempoh kehamilan adalah merupakan perkara biasa bagi kebanyakan Ibu hamil.
  • Dianggar kan hampir 70% wanita hamil mengalami morning sickness pada waktu tertentu. Lazimnya is bermula pada minggu ke 4 hingga minggu ke 8 dan ada juga berterysan hingga minggu ke 16 kehamilan dan ada juga berlarutan sehingga bersalin.
  • Morning sickness ni tak kira waktau tau.. dia akan datang anytime je.. Walau macamana pun Ibu preggy tetap juga kena hadapi.. Ada je yang jenis lemah sampai terlantar kat hospital, kena masuk air bagai.. Besar kan pengorbanan Ibu ni?? Kalau la orang lelaki dapat merasa memang tak tertanggung la kan? ^_^
  • Morning sickness yang erterusan boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang dipanggil "hiperemesis gravidum". Ibu hamil yang mengalami akan kerap muntah-muntah lebih dari tiga kali sehari. Ibu yang ada masalah ini akan mengalami penurunan berat badan lebih dari 3kg dan mempunyai masalah ketidakseimbangan eloktrolit dalam tubuh. Jika keadaan berterusan segeralah berjumpa dengan doktor anda. Kebiasaanya doktor menyarankan agar si Ibu mendapatkan rehat yang cukup sehingga keadaan kembali pulih.

TIP ASAS MENGURANGKAN MORNING SICKNESS

  • Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap, elakkan makan dengan banyak kerana ia akan membuatkan anda mual dan muntah.
  • Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat bagi membantu menghilangkan rasa mual seperti roti dan kentang.
  • Hindari makanan berlemak, berminyak dan pedas,
  • Makan buah-buahan seperti epal untuk mengurangkan rasa mual atau minum jus buah yang ditambah dengan madu.
  • Minum air dengan kerap atau minum jus buah buahan untuk memastikan badan mendaoat air secukupnya.
  • Hindari minuman berkarbinat atau kafein
  • Amalkan minuman halia kerana menurut tradisi ia boleh mengatasi rasa mual.
  • Jangan terus bangun dengan tiba-tiba pada waktu pagi terutamanya. Anda perlu menstabilkan tubuh dahulu dan bangun secara perlahan-lahan.
  • Pakai pakaian longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual. Baju yang ketat juga akan menekan perut dan menimbulkan rasa mual yang biasa anda alami.
KORANG TAU TAK ?? 

Cara lain untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengambil Set Hamil Shaklee.
Vitamin B-COMPLEX & OSTEMATRIK dapat mencegah anda dari gejala morning sickness.


Morning Sickness yang teruk boleh menyebabkan boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak dan kehilangan zat galian memberikan kesan kepada bayi sekiranya berlaku dalam jangka masa yang lama.

Bayi mungkin akan kehilangan berat badan dan tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting untuk tumbesaran bayi.

Kalau ada reader di sini mengalami morning sickness boleh la mencubat set shaklee ini..

Alhamdulillah fizah sekarang pun tak mengalami morning sickness. Sebelum preggy lagi fizah consume ostemetrix ni n add on B complex time preggy. Set ni juga membuatkan kita rasa lebih bertenaga, kalu orang tengok pun macam tak preggy la.. hehee

lagi satu set ni juga bukan untuk atasi morning sickness tapi juga boleh mangatasi masalah MIGRAIN.. vitamin ni multifunction tau.. bukan terhad untuk satu satu masalah je.








Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)

"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl
Continue Reading