Thursday 24 December 2015

Kongkong Suami Jangan Sampai Terlepas '4S'. Menyesal Nanti!

  


Ada wanita menyangka suaminya berjaya dikongkong. Apa taknya, disuruh itu dan ini, semua suaminya ikut. Si isteri ingat suaminya telah berjaya dikawalnya, tapi apa kata suami pada kawan-kawannya, “I bukan ikut kata isteri I, cuma malas tengok dia membebel. Jadi I buatlah apa yang patut agar dia ingat I ikut kata dia. Sebenarnya I bosan tengok perangainya. Itu sebab I ada girlfriend baru yang lebih memahami dan memberi I motivasi hidup!” 
 
 
Kenapa lelaki tidak suka dikongkong? Jawapan utama yang boleh dijadikan panduan adalah kerana lelaki itu adalah pemimpin yang perlu memimpin dirinya menjadi lelaki yang boleh dibanggakan dan dijadikan tempat bergantung kepada wanita yang menjadi isterinya atau teman lelakinya.
 
 
Lelaki yang perlu mengawal diri sendiri dengan mengawal nafsunya, nafsu amarahnya, nafsu batinnya dan pelbagai lagi nafsu yang menjadi fundamental kepada pelbagai masalah dirinya dan pasangannya jika tidak dikawal. 
 
 
Lelaki perlu memimpin dan membimbing wanita yang menjadi isterinya, bukan dipimpin oleh wanita. 
 
 
Sebagai isteri pula, wanita perlulah memberi kepercayaan, kerjasama dan kasih sayang yang ikhlas serta menyokong perjuangan dan penghidupan suaminya, dengan keikhlasan dan kasih sayang semanis cinta daripada isteri yang menjadi penghargaan kepada si suami. Macam mana pula si isteri boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada suami mereka? 
 
 
 
 
APA ITU 4 S?
Jawapannya terletak pada 4S, iaitu SAYANG dengan penuh ikhlas dan jujur pada suami masa susah senang, sakit sihat mereka. SENYUM  sentiasa pada suami walau dalam keadaan kita marah, merajuk atau mengeluh kerana penat dan sebagainya, percayalah suami akan menghargainya walaupun tanpa anda sedari.
 
 
SENTUH suami dengan sentuhan yang mesra secara fizikal dan sentuh hatinya dengan masakan dan jagaan anda yang ikhlas padanya. Akhir sekali SELESAIkan segera masalah-masalah kecil, sederhana dan besar dalam rumah tangga dan jangan biarkan suami anda terkulat-kulat menyelesaikannya sendirian. 
 
 
Insya-Allah dengan amal praktik 4S itu, suami akan sentiasa menghargai anda dan tidak perlu dikongkong atau dikawal. Selamat berbahagia.



Continue Reading