Friday 25 September 2020

Siapa Perlu Lebih Protein?

Siapakah yang Perlu Lebih Protein dalam Diet Seharian? | Vitamin Fizah



Protein adalah komponen yang sangat penting dalam sistem tubuh kita. Protein merupakan komponen struktur utama semua sel : kulit, rambut, kuku dan tulang. 

Seperti mana kita tahu tubuh kita tidak menghasilkan protein, justeru itu kita mesti mengambil protein setiap hari bagi menggantikan protein yang hilang.

Orang yang lebih memerlukan protein ialah :

1. Ibu Hamil dan Menyusu
Pengambilan protein untuk ibu hamil adalah bagi menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat serta membantu bakal ibu meningkat kan otot tanpa meningkat kan lemak.

Ibu menyusu pula memerlukan dua kali ganti protein berbanding ibu ibu yang tidak menyusu kan bayi bagi mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu yang banyak serta untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah komponen yang penting didalam susu ibu.

2. Ahli Senaman

Membantu membina dan memperbaiki semula otot selepas melakukan latihan dan bagi tujuan membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, sihat dan cergas.

3. Jaga Berat Badan

Dalam proses menjaga dan menurunkan berat badan, se seorang akan mengalami kadar metabolisma yang tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding yang mempunyai metabolisma yang rendah. 

Pengambilan protein penting untuk meningkat kan rasa kenyang yang lama, membantu mengawal dari mengambil kalori kalori dalam pengambilan makanan dan mengekalkan Jisim otot kerana lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisma badan untuk membakar kalori dalam badan. 

Ibu hamil dan Menyusu, ahli senaman dan juga bagi se seorang yang menjaga berat badan sangat memerlukan lebih protein dalam diet seharian mereka untuk kekal sihat dan cergas.


Fizah Mohamad, 
Sihat dalaman terserlah diluaran. 
Continue Reading