Tuesday 26 January 2016

Amal 5 Cara Macam Ini, Anak Mesti Makin Rapat

Assalamualaikum..



Mama Amal 5 Cara Macam Ini, Anak Mesti Tak Cemburu!

Kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun lebih suka tarik perhatian dan cepat cemburu kalau tak diberi perhatian. Faktor besar penyebab cemburu timbul sebab si kecil sudah terbiasa rasa hanya dia milik ibu ayahnya. Tapi jangan risau, fasa anak cemburu ini sebenarnya bukan sesuatu yang buruk. Anda boleh atasi masalah anak ini dengan beberapa cara untuk elak dirinya rasa kurang dihargai...
 
 
1. Ibu Bapa
Kalau anak cemburu bapa atau ibunya bermesra, itu normal. Dia cemburu kerana tidak turut serta ketika ibu dan bapanya sedang berdua.
 
Cara atasi: 
Ketika ibu bapa sedang melakukan aktiviti bersama, ajaknya bersama. Kalau bapa memeluk ibu, ajak anak masuk dalam pelukan. Ini sebagai tanda bahawa dia juga disayangi. Jika ibu bapa mahu waktu berdua untuk sementara, pastikan anak faham dan kena pandai curi masa bagi elak si kecil rasa dipinggirkan.
 
 
 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/13112015/z3.jpg
 
2. Adik Baru 
Kehadiran bayi di rumah menjadi perkara  baru untuk dirinya. Seakan-akan ada yang menyainginya di rumah. Apatah lagi dia akan melihat anda seakan-akan lebih memberi perhatian kepada adik baru. Dia belum memahami bahawa adiknya masih memerlukan banyak bantuan. 
 
Cara atasi: 
Maklumkan kepada anak bahawa dia sudah menjadi abang atau kakak. Elok, kenalkan adik baru kepada anak pertama yang dia sudah punya adik sejak anda hamil. Ajar dan libatkan anak saat anda mengasuh bayi. Ajak dia bermain bersama adiknya. Jangan lupa selalu mengucapkan terima kasih dan memberinya pujian sebagai kakak atau abang yang baik. 
 
Cara menghadapi rasa cemburu anak adalah dengan mendekatkan mereka. Usahakan untuk luangkan waktu khas setiap anak-anak secara bergilir. Anda kena tahu, anak masih belum memahami dan masih belajar berkongsi. 
 
 
 
3. Haiwan Peliharaan 
Memelihara haiwan peliharaan mampu mengurangkan tekanan.  Anda juga boleh menyayangi haiwan selagi tak menjadi punca alergi terhadap bulu haiwan.
 
Cara atasi: 
Didik anak menyayangi binatang peliharaan di rumah menjadi salah satu cara agar dia tidak terus cemburu pada binatang peliharaan. Ajaknya turut serta ketika anda bermain dengan haiwan kesayangan. 
 
 
 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/13112015/z2.jpg
 
4. Datuk dan Nenek
Datuk dan nenek terutamanya yang kurang berkeupayaan tentu memerlukan banyak bantuan. Begitu juga jika datuk dan nenek sedang sakit. Anak akan melihat datuk dan neneknya seakan-akan merebut perhatian anda. Bagaimana cara mengatasinya? 
 
Cara atasi:
Perkara ini sangat bergantung pada bagaimana datuk dan nenek berinteraksi dengan anak. Lebih menyenangkan jika anak boleh bermain dengan datuk dan nenek. Menceritakan pelbagai kisah boleh menjadi salah satu pilihan. 
 
 
 
5. Gajet
Jangan terlalu fokus gajet depan anak-anak, nanti si kecil akan rasa anda abaikan dirinya. Tolonglah, ibu ayah kena ubah cara hidup ini. Silap sendiri juga kalau tengok anak mula memberontak, sebab anak akan rasa objek itu lebih penting dari dia.
 
Cara atasi: Jika anda menggunakan gajet untuk urusan pekerjaan, terangkan kepada anak keperluan tugas anda. Beri jangka waktu untuk anda menyelesaikan tugas dan tepati janji anda. Ini merupakan proses pembelajaran dan pemahaman bagi anak bahawa anda tidak boleh diganggu pada waktu itu.
 
 
 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/13112015/z1.jpg
 
Ya, kekalkan manja walau punya anak itu cukup mudah. Macam mana mama, boleh amalkan tak? Ini antara cara terbaik yang ibu ayah perlu amalkan bagi elak anak memberontak. Moga hubungan anda dengan si comel dan pasangan tetap terjaga walau sibuk mencari rezeki di luar.
Continue Reading