Wednesday, 12 August 2015

8 Surah Amalan Ibu Hamil


Assalamualaikum semua


alhamdulillah, 


syukur atas segala nikmat Allah kurniakan. ena kongsi surah2  amalan ibu sepanjang kehamilan ye


8 SURAH TERSEBUT ADALAH:


Surah Al Fatihah
Surah Yusof
Surah Yasin
Surah Luqman
Surah Maryam
Surah At Taubah
Surah Hujuarat 
Surah An NAhl ( Ayat 78)


TAHUKAH ANDA?

Bacaaan ayat-ayat Al Quran boelh meningkatkan tahap imuniti tubuh untuk melawan penyakit.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. Sumber


Jom mommies yang sedang hamil semua, jadikan amalan untuk MEMBACA AL QURAN serta TERJEMAHANnya pada setiap hari.

semoga anak syurga yang bakal dilahirkan menjadi pewaris nabi , soleh/solehah penyejuk mata kita semua...aameen.

Di ambil dari blogger aeinnamusa.
Continue Reading

Sunday, 9 August 2015

Resepi Donat



Bahan-Bahan :

1kg gandum
3 sdb planta
2 biji telur
suku tin susu pekat + air biasa
secubit gram
1/2 paket yeast mauripan (rendam dengan sedikit air suam, bagi yeast kembang)


Cara - cara :

1. masukkan tepung ke dalam bekas, gaul dengan secubit garam,
2. masukkan planta, gaul
3. pecahkan telur, gaul
4, masukkan yeast, gaul, masukkan air susu dan uli adunan sampai adunan tidak melekit kat tangan.
5. uli lagi sampai adunan lembut.
6. biar kan adunan didalam bekas selama 1/2 jam, bagi adunan naik dua kali ganda. (tutup permukaan adunan dengan tuala lembap)
7. bila adunan dah naik berganda, uli adunan sekejap sebelum dicanai.
8. bolehlah canai adunan n terap adunan bulat bulat.. (saya terap dengan gelas jew.. huhuu )
9. siap semua, bolehla panaskan kuali.. pastikan minyak betul betul panas, baru masukkan donat yer..
10. siap goreng boleh la gaul dengan gula ising.

**tengah tengah donut tu boleh buat dengan jari.. senang dan mudah je kan?? :)
Continue Reading

Thursday, 6 August 2015

Wednesday, 5 August 2015

Dzikir pagi & petang

Assalamualaikum wbt.. slmt pagi semua.. dalam kesibukan kita menjalankan tugasan harian, marilah kita sama - sama mengamalkan zikir pagi & petang..  sambil buat kerja sambil kita berzikir..
" Subhanallahi wa bihamdih " sebanyak 100x. Banyak manfaat nya.. ALLAH HU RABBI..




moga setiap amalan kita diberkati oleh Nya..
untuk keterangan lebih tentang keutamaan dzikir boleh klik di SINI yer.. :)

Semoga bermanfaat untuk kita semua.. 
Continue Reading

Tuesday, 4 August 2015

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut



Suka sangat makan kek nim.. senang pon senang, x lah cerewet sangat..kan??? huhuhu



Bahan Gula Hangus :

2 cwn gula
2 cwn air

Bahan Adunan Kek :

2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
2 sdk soda bikarbonat
2 sdb marjerin (dicairkan)
6 biji telur
1/2 cwn susu pekat

CARA-CARA :

1. Cairkan gula dalam periuk sampai perang, atau hangus sikit.. (jgn iarkan terlampau lama yer.. kalau terlebih hangus n gelap nanti kek akan jadi pahit), lepas tu masukkan air, kacau sampai sebati n tutup api.
2. Biar kan air gula hangus sejuk.
3. Dalam bekas lain, pukul telur sampai kembang, masukkan susu, maejerin n putar sampai sebati.
4. Masukkan gandum sedikit demi sedikit, putar dan last sekali msukkan gula hangus, putar lagi sampai adunan sebati.
5. Griskan loyang dengan marjerin.
6. Tapiskan adunan ke dalam loyang n perap adunan selama 3 jam (utk cantikkan lg sarang dia, DEPENDS nk perap or xnak pon xpe.. boleh je terus kukus).
7. Kukus selama 1 jam atau sampai kek masak.


Continue Reading