Tuesday, 29 December 2015

Tujuh kesilapan besar semasa temuduga

Tujuh kesilapan besar semasa temuduga

Duduk dengan tegak merupakan satu kemestian semasa ditemuduga. - Gambar hiasan


TIDAK semua syarikat di dunia mementingkan resume yang diberikan pemburu kerja semasa temuduga. Penemuduga selalunya mengambil masa kurang 10 minit untuk menyelak resume yang diberi, dan selebihnya bergantung kepada bahasa badan calon temu duga itu sendiri.

Bahasa badan atau 'body language' sering dipandang remeh atau langsung tidak dipedulikan oleh calon temuduga disebabkan mereka terlalu fokus kepada penyampaian resume atau penampilan diri.

Namun sebaliknya, pergerakan badan memainkan peranan penting dalam menyokong resume calon, sekali gus menampilkan calon sebagai individu yang berkeyakinan tinggi atau kreatif.

Berikut adalah tujuh kesilapan besar melibatkan bahasa badan yang dilakukan oleh calon semasa temuduga.

1. Postur duduk atau diri yang teruk.

Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang nampak tidak berkeyakinan atau malas. Majikan mahukan mereka yang berdiri tegap, duduk tegak dan kelihatan memberikan sepenuh perhatian kepada sebarang perbincangan.
Tambahan pula, berdiri tegap dan duduk tegak mampu memberikan rangsangan kimia yang positif di dalam otak individu.

2. Jabat tangan yang 'buruk'.

Berjabat tangan dengan yakin dan tunjukkan siapa yang sebenarnya bersifat dominasi! Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang 'lembik'. Mulakan jabat tangan dengan keras dan yakin.

3. Tangan berpeluh

Tak cukup dengan jabat tangan lemah, tangan berpeluh pula. Basuh tangan menggunakan air sejuk di bilik air mampu memberikan tangan kering selama 10 minit, secara kasarnya. Tangan yang kering mampu memberikan impak maksimum ketika berjabat tangan.

4. Kurang hubungan mata

Calon yang kurang hubungan mata (eye contact) menunjukkan diri mereka tidak serius, tambahan lagi untuk calon yang selalu bermain pen, kertas, rambut atau apa sahaja apabila sedang berhadapan dengan orang penting.
Hubungan mata yang baik mampu memberikan keyakinan kepada kedua-dua belah pihak atau pihak yang terlibat, dan ia boleh berlaku tanpa sebarang komunikasi!

5. Gelisah

Perlakuan gelisah terutamanya 'fidget' seperti menggoyang kaki, mengetuk jari mahupun bermain rambut langsung tidak membantu ketika temuduga. Calon sangat digalakkan untuk meletakkan tangan di paha dan memandang tepat kepada mata si penemuduga.

6. Nampak bosan

Penemuduga tidak mahu berjumpa dengan individu yang kelihatan tidak berminat atau calon yang asyik fikir tentang hal-hal lain semasa temuduga. Elakkan kelihatan seperti tidak berminat dan tumpu perhatian sepenuhnya kepada pertanyaan penemuduga dan jawab soalan mereka dengan baik.

7. Senyumlah!

Senyum memberikan tenaga yang positif kepada orang-orang di sekeliling. Jika calon mempunyai barisan gigi yang cantik, ia adalah satu bonus. Ceriakan mereka yang berada di sekeliling dan penemuduga yang mungkin mempunyai mood tidak elok pada hari temuduga.
Continue Reading

Monday, 28 December 2015

33 Manfaat Dalam 1 Canister ESP

Assalamualaikum..

33 Manfaat dalam 1 Canister ESP.. nak tau tak??? ^_^




33 manfaat yang boleh diperoleh dalam 1 canister ESP Shaklee :

1- Cerahkan kulit 
2- Hilangkan jeragat 
3- Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
4- Bantu mempercepatkan penyembuhan luka 
5- Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
6- Anjalkan payudara 
7- Anjalkan punggung 
8- Atasi gastrik dan pedih ulu hati
9- Mengatasi lesu 
10- Merendahkan bacaan diabetis dengan menstabilkan paras glukosa
11- Menyihatkan rambut dan mengatasi keguguran
12- Mencantikkan kuku 
13- Menghaluskan tumit pecah 
14- Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam contohnya ketika berpuasa.Sangat membantu bagi ibu yang sering merasa penat.
15- Meningkatkan kualiti susu ibu - lebih berkualiti makanan, lebih berkualiti susu
16- Meningkatkan pengeluaran susu - protein salah satu bahan mentah menghasilkan susu
17- Pengganti sarapan dan supper
18- Dilengkapi dengan mineral kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
19- Meransang regenerasi sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan
20- Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
21- Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
22- Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
23- Rendah lemak, tanpa kolestrol
24- Membantu mengurangkan risiko kanser, 
25- Bertindak sebagai antioksidan, 
26- Menguatkan sistem imun tubuh, 
27- Mempertingkatkan tahap kolestol baik, 
28- Memelihara kesihatan jantung  
29- Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
30- Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
31- Membantu merendahkan paras kolestrol, 
32- Mencegah osteoporosis 
33- Membantu pembentukan sel-sel baru.


macam mana? banyak kan? cuma 1 Canister tapi manfaat bukan hanya 10 TAPI 33 TAU..! ^_^





Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)





"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl
Continue Reading

5 Tip Elak Bayi Tersedak Susu!

Elak Bayi Tersedak Susu


Jangan pandang remeh soal anak minum susu. Anda kena ambil tahu info yang terbaik untuk menyusukan si comel. Jika silap teknik, bayi boleh jadi mangsa tersedak susu. 
 
Ibu muda cukup risau jika kes ini berlaku pada anak yang ditinggalkan kepada pengasuh. Kali ini MW kongsikan beberapa tip untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu. Jom, semak jika sayang anak...
 
 
1. Pilih puting susu
Selalunya ibu mesti pilih botol yang menarik, tapi sebenarnya anda kena tengok puting dulu ya. Pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam mulut bayi. Sebaiknya pilih puting sepadan mengikut usia bayi anda.
 
 
2. Pastikan bayi sendawa
Selepas bayi anda kenyang menyusu, sendawa kan bayi anda secepat mungkin untuk mengeluarkan angin. Ini nak elak bayi muntah ketika tidur.
 
 
3. Betulkan posisi bayi 
Pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya waktu menyusu. Botol susu, mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 sehingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak yang boleh menyebabkan bayi lemas.
 
 
4. Kalau malas, jangan bagi susu
Posisi yang terbaik bagi ibu yang menyusu badan adalah memangku bayi seperti mana yang disarankan. Elakkan daripada memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai atau tidur mengiring.
 
 
5. Susukan dengan betul
Ibu yang menyusu badan kena memastikan kawasan puting masuk sepenuhnya dalam mulut bayi bagi mengelakkan si manja anda tersedak susu.
Continue Reading