Saturday, 2 January 2016

Salah Cara Cakap, Laki Bini Perang Dingin

Salah Cara Cakap, Suami Isteri Boleh Perang Dingin



Asam garam perhubungan dan rumah tangga memang banyak yang perlu dilalui. Kalau orang-orang tua kata, mereka dah banyak makan garam, orang-orang muda pula kata, mereka dah banyak makan serbuk serba guna pula!
 

Adat rumah tangga atau dalam perhubungan cinta banyak dugaannya dan jika tidak dijaga akan berlaku perselisihan faham dan membawa kepada ‘peperangan’ dalam perhubungan. Antara perang rumah tangga yang paling disebut-sebut sentiasa adalah perang dingin di mana pasangan bertindak sejuk beku dan tidak berkata-kata dan berbicara seperti sewajarnya.


Ada suami meluah, “Saya ni paling marah kalau isteri melancarkan perang dingin. Apa taknya, ditanya sepatah jawab sepatah, dijawab berpatah-patah dia diam tanpa patah perkataan. Muka muncung, monyok, masam dan menjeling-jeling.Kalau tak ingatkan anak-anak, dah lama saya angkat kaki.”


Bukan pihak suami saja bengang dan bingung dengan perang dingin, isteri pun sama kerana perang dingin ini membuat hati si isteri makan hati, sakit hati, cemburu hati dan boleh bawa mati hati nanti
dalam rumah tangga.

Ada kes perang dingin yang kronik di mana si isteri duduk tingkat atas (rumah dua tingkat) dan si suami duduk tingkat bawah. Kereta bawa masingmasing, pergi balik kerja asing-asing, makan minum terasing dan tidur berasingan dan jadi pasangan seperti orang asing. Akhirnya jadi pendatang asing dalam rumah tangga! Siapa nak jawab tu? Sendiri mahu fikirlah!


Rumah Tangga Atau Perhubungan?
Kenapa perang dingin berlaku dalam rumah tangga atau perhubungan?

Haaa... sikap bersendirian masa bujang masih terbawa-bawa dalam alam rumah tangga, makan sendirian depan TV, tidak suka berbual mesra dengan pasangan kerana beranggapan pasangan tidak kisah kerana telah berkahwin, keluar rumah pun jarang-jarang beritahu pasangan atau cium mesra kerana tidak biasa. Hari-hari istimewa pasangan juga jika tidak diberitahu, tidak diberi perhatian atau tidak ambil kisah.


Sikap dan perlakuan seperti inilah yang menjadikan si isteri selalu menjadi pelancar perang dingin kerana sensitiviti dan emosi isteri yang cukup tertekan dengan sikap suami. Suami pula tidak peka dan buat pekak saja dengan perang dingin yang dilancarkan oleh si isteri kerana bersikap dingin dan selamba telah menjadi sebahagian hidupnya.


Bagaimana mengatasi perang dingin beku dalam perkahwinan atau perhubungan kerana jika tidak diatasi akan menjadi perpecahan dan perpisahan.

KOMUNIKASI antara suami dan isteri sangat penting dalam rumah tangga. Apa yang suami atau isteri tidak suka, cakap dengan jelas dan ikhlas. Beri sebabnya, jangan simpan dalam hati atau berdiam diri kerana pasangan anda tidak tahu apa yang bersarang di hati.



1. Berkomunikasilah dengan pelbagai cara, cakap berdepan mata bertentang mata, lidah terus berkata-kata, Whatsapp atau e-mel serta luahkan isi hati anda kepada pasangan dengan ikhlas, kenapa anda
tidak suka pada sikap dan kata-katanya.

2. Boleh telefon dan ‘dating’ dengan pasangan anda di restoran ke atau ‘check-in’ di hotel seperti mana masa bulan madu dulu untuk spesifik dalam berkomunikasi akan masalah dan ketegangan dalam hubungan.

3. Walaupun apa yang dikatakan itu akan menyakitkan hati, marah, kecewa dan tidak rela tetapi dengarlah.

4. Berkata-katalah dengan benar dan sebenar-benarnya kerana itu yang paling baik daripada perang dingin yang akhirnya mengeras seperti ice-berg!


Perpisahan yang berlaku antara suami isteri banyak disebabkan oleh masalah komunikasi dan interpretasi komunikasi yang disalah ertikan hingga akhirnya menimbulkan persepsi negatif pada suami isteri dan mencetuskan implikasi hingga membawa perpisahan dan perceraian. Hentikan perang dingin dan kembalikan semanis cinta dalam perkahwinan dan perhubungan anda!
Continue Reading

KURUS DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Assalamualaikum..


Testimoni Selepas Amalkan Vitamin Kurus
========

Dari pengguna terus jadi agen!

Berbaloi-baloi kan.


"Saya amalkan esp+ omega + alfalfa.. memula dulu saya memang tak yakin. Tapi bila tengok hasilnya, memang sangat memuaskan. Susu badan makin banyak, berat badan saya turun 7kg!! Memang tak sangka..n yang bestnya, ramai tegur kata muka nampak berrseri..hihi.. dari pengguna terus jadi agen.. terbaik laa shaklee! - Pn Qashlynn Sareh


Alfafa memang terbaik..! Alfafa berfungsi sebagai detoks, membuang segala toksin yang ada dalam badan kita. best kan??? ^_^



Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)





"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl
Continue Reading

Friday, 1 January 2016

Pukau Pasangan Dengan 15 Sikap Luar Biasa

Pukau Pasangan Dengan 15 Sikap Luar Biasa


Mahir dalam menguruskan keluarga tak semestinya mahir dalam kawal emosi saat diuji dalam hunbungan. Bagi menjaga hubungan yang dibina agar lebih manis dengan kasih sayang, eloklah suami isteri pegang beberapa perkara ini. Bak kata pepatah orang lama, ambil yang jernih buang yang keruh...

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi ketua keluarga yang sabar dengan ujian hidup.

 

2. Bersyukurlah mempunyai pasangan hidup. Rupa paras Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

 

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

 

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

 

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

 

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

 

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

 

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

 

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

 

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

 

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

 

12. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

 

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

 

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

 

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
Continue Reading

Side Effect Energizing Soy protein (ESP) Shaklee

Assalamualaikum wbt..

Ramai dah tahu keberkesanan vitamin shaklee. Semestinya vitamin yang bagus akan menjadi tarikan pada semua orang yang mementingkan kesihatan.

Seperti yang kita tahu, bahawa ESP merupakan protein soya yang mengandungi "non-GMO" iaitu non-genetically Modified Organism dan diproses pada kadar suhu yang rendah. ESP satu-satunya product yang berada dipasaran yang menjamin penyediaan 9 Asid Amino penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia.

Sesuai juga untuk pengidap kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah, iaitu 39.


























Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)





"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl
Continue Reading