Perkongsian Azie, selepas
alami masalah kulit wajah disebabkan silap pilih produk kecantikan. Kegilaan
perempuan dengan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Namun, kita perlu
berhati-hati dalam memilih produk yang selamat, semulajadi, halal dan berkesan
supaya tidak mendatangkan kemudaratan di masa akan datang.
Walaupun sudah beribu kali
diberi amaran oleh kementerian kesihatan, di beri kesedaran oleh NGO dan orang
persendirian, ramai perempuan lebih gemar memilih produk yang murah dan
berbahaya. Mungkin di awal penggunaan sangat bagus, namun siapa tahu akhirnya
mengundang padah. Itulah yang dialami oleh Azie, bekas pengguna produk
kecantikan yang berbahaya dan kini beralih kepada produk kesihatan semulajadi.
Jom, ikuti kisah jatuh hati
Azie dengan Vitamin C Sustained Release Shaklee.
Azie
nak kongsi tentang vitamin pertama yang buat Azie jatuh cinta dengan Shaklee.
Azie dulu dari sekolah menengah sampailah dah sambung belajar memang gila
produk kecantikan. Bila tak nampak kesan best je, tukar pulak yang lain.
Sampailah
satu masa tu Azie guna produk yang tak sesuai dengan kulit Azie. kesannya??
Kulit Azie jadi sangat teruk dalam masa singkat je. JERAWAT tumbuh dengan
hebatnya. PARUT penuh satu muka, kulit MUKA BERMINYAK sangat2. Ha! masa tu
memang rasa menyesal tak sudah wooo..huhu.
Give up tersangat2 sampai tahap dekat tangan sentiasa ada 1 cermin kecil.
Selalu tengok dekat cermin dan cakap kat diri sendiri yang masalah ni sikit je
sebab nak sedapkan hati. T_T. Sampai tahap macam tu sekali!
Tapi
segalanya berubah selepas consume Sr Vit c Shaklee. Azie consume Sr vit c 1
biji je sehari. Dalam 2 minggu amalkan, Azie dapat rasa PERUBAHAN KETARA! Muka
sudah TIDAK BERMINYAK, PARUT pun makin PUDAR dan JERAWAT dah tiada!
Happy
tak terkata!! Keyakinan diri dah kembali sebab tak de rasa malu dah nak
berhadapan dengan orang ramai. Memang kagum dengan Sr Vit c Shaklee. Dah lah
harganya MURAH, KESAN HEBAT, TAHAN LAMA pulak tu.
Memang
ini lah tindakan azie yang paling bijak selepas berpuluh2 jenama produk Azie
guna.^^V. Kepada anda semua, jika nak BETULKAN LUARAN, kita mulakan dari
DALAMAN. Bila dalaman sihat, dapat nutrien yang diperlukan, InsyaAllah akan
terserlah kesannya di luaran juga. Ingat, pilihlah supplement yang bagus yer..
Supplement yang terbaik tentulah yang 100% SEMULAJADI, macam SHAKLEE!! Terbaik!
Fizah nak share Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
.
.
Kandungan Surah Al Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
.
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
.
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
.
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
.
.
.
.
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
.
.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
.
.
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan:“Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata :“Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
.
.
3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
.
.
4. Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadihebat pada pandangan makhluk.”
.
.
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
– Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
.
.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.
.
.
Wallahua’lam bish showab
semoga bermanfaat buat kita semua.. dan jadikan nya amalan harian kita..
Tanpa mengira usia, gajet dijadikan teman paling setia hinggakan dalam rumah tangga, gajet boleh dikategorikan sebagai ‘orang ketiga’.
Kalau dahulu, sebelum tidur pasti ada komunikasi, bincang itu, cerita ini tetapi sekarang susah sangat hendak dipraktikkan. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri kerana seronok ‘membelai’ telefon bimbit, komputer riba atau tablet dari melayan pasangan.
Sepatah ditanya, sepatah dijawab malah ada masanya langsung tidak berbalas. Sekejap senyum, sekejap masam, seolah-olah gajet itu lebih memahami daripada pasangan yang berada di sebelah. Teruk bukan?
Inilah penangan gajet kalau dipraktikkan dalam sisi negatif sedangkan jika diguna dengan baik banyak manfaatnya. Kalau macam ini, eloklah betulkan cara ini sebelum keadaan rumah tangga jadi lebih keruh...
1. Jangan biar gajet menguasai rumah tangga anda. Letakkan had waktu untuk menggunakan gajet di rumah.
2. Wujudkan kawasan larangan gajet di rumah seperti di bilik tidur atau ketika makan.
3. Jadilah pengguna gajet yang bijak. Jangan terlalu obses hingga mengetepikan pasangan dan anak-anak.
4. Tanamkan dalam hati bahawa pasangan dan anak-anak adalah keutamaan. Yang lain-lain letakkan di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.
5. Cuba elakkan dari membawa kerja-kerja pejabat di rumah seperti mengemas kini e-mel, melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Nikmatilah sepenuhnya saat-saat manis apabila berada di rumah.
Wanita hari ini semakin terbuka hati untuk keluar mencari rezeki, ada yang keluar bekerja demi kepuasan sendiri dan setengahnya demi membantu suami tersayang.
Ya, cabaran bagi ibu bekerja ialah mencari keseimbangan antara kerja dan keluarga. Perlu bijak membahagikan masa dan meluangkan masa berkualiti bersama suami dan anak. Macam mana untuk kaum wanita menumpukan perhatian dan tidak mengganggu waktu bersama keluarga, anda boleh rujuk sini...
1. Guna Gajet Dengan Betul
Tonton televisyen pada masa tertentu sahaja. Jangan ada apa-apa skrin di meja makan kerana waktu makan adalah masa untuk keluarga. Penggunaan teknologi perlu bijak diimbangi. Misalnya digunakan untuk belajar bahasa menggunakan aplikasi tertentu. Gunakan dengan betul, maka teknologi akan membawa manfaat.
2. Atur Rutin Sebaiknya
Kalau rutin anda menjemput anak dari sekolah setiap hari, maka buat jadual dengan betul. Jika tidak dapat menjemput anak pada waktu yang telah ditetapkan, cari orang lain untuk ganti. Jika rutin setiap malam ialah membacakan buku cerita kepada anak, jangan sesekali gagal melakukannya. Haaa... ibu kena utamakan waktu seharian yang penting dan khusus untuk mereka.
3. Lakukan Aktiviti Hujung Minggu
Elakkan bekerja ketika anak bercuti sekolah. Bukan bermaksud perlu membawa anak beli-belah atau melawat tempat peranginan. Cukup sekadar pergi ke taman pada waktu pagi atau keluar bersarapan di tempat kegemaran anak. Asalkan ibu bapa ada bersama anak, pasti anak akan rasa gembira.
4. Jelas Perkara Sebenar
Bawa balik kerja ke rumah bukanlah perkara yang betul. Namun jika terpaksa melakukannya, jelaskan perkara sebenar kepada anak. Sebolehnya siapkan kerja selepas anak sudah masuk tidur. Jika terpaksa menyiapkan kala mereka belum tidur, ganti balik masa itu.
5. Elak Stres
Jangan terlalu memaksa diri sendiri. Jika terlalu stres, jangan sampai melepaskan stres itu pada suami atau anak. Jangan biar mereka jadi mangsa. Tenangkan diri pergi gimnasium atau urut di spa. Ada kala, waktu bersendirian akan meredakan stres.
6. Fahamkan Majikan
Ramai wanita meletak jawatan kerana majikan tidak cuba memahami tanggungjawab kakitangan yang bergelar ibu. Suarakan cadangan kepada majikan kerana majikan sepatutnya mendengar suara kakitangan.
Masalah dalaman sesebuah keluarga diuji dengan giliran siapa nak menjaga orang tua uzur yang kadang meninggalkan parut dalam hubungan adik beradik disebabkan saling tunding jari sampai dendam itu pun diwarisi. Kalau bukan kerana takut kepada Allah ramai yang patah semangat mengambil tanggungjawab berat ini. Tapi sebab sentiasa teringat dengan ancaman keras terhadap anak yang derhaka membuat kita sentiasa bermuhasabah:
“Jika salah seorang di antara keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya (sebarang perkataan kasar) Uh.. dan janganlah kamu menengking dan menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra’ ayat: 23)
Cabaran-cabaran yang biasa dihadapi anak-anak yang menjaga ibu bapa dan mertua adalah:
GILIRAN JAGA Ada kalanya ibu bapa hanya mahu tinggal di rumah anak yang dirasakan lebih ‘kaya masa’ daripada kaya harta bukan kerana ibu bapa kita pilih kasih tapi normal bagi orang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian.
Tolonglah anak-anak... bukan bermakna yang kaya tak baik melayan ibu bapanya bahkan sesetengah keadaan orang tua suka memuji anak-anaknya yang berduit kerana mereka lebih bermurah hati menolong keluarga. Bukan pula menidakkan kasih anak yang tak berapa kaya harta, biasanya anak yang kaya hati paling disayangi. Hanya malang bagi anak yang sudahlah tak kaya harta hatinya pun miskin, tak beradab pula dengan orang tua!
Sudahlah tak mahu menjaga ibu bapa atau mentua dengan alasan kerja di pejabat membebankan semasa cuti pun tak rasa berdosa pergi melancong, lalu bila lagi mahu menjaga ibu? Padahal Allah lebih suka seorang hamba menangguhkan jihad semata-mata mahu menjaga ibu bapa, inikan mahu bercuti saja tanpa ingat tanggungjawabnya?
Rasulullah s.a.w bersabda: Abdullah bin Umar berkata: Saya telah bertanya kepada nabi s.a.w: “Apakah perbuatan yang dicintai Allah? Lalu baginda s.a.w bersabda: Solat pada waktunya. Kemudian apa? Tanya saya lagi. Baginda bersabda: berbakti kepada ibu bapa. Saya bertanya: Apalagi? Baginda s.a.w bersabda: Berjihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
MAMPU ATAU TIDAK Masalah pilihan dan pergiliran hendaklah mengikut kemampuan dan kata sepakat bersama, janganlah sampai lepas tangan tak pedulikan ibu bapa dan mentua yang uzur disebabkan berasa saudaranya lebih mampu daripada kita. Jika nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Allah Maha mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati.
LAYAN EMOSI Kalau tak mampu dari segi harta, cuba mampukan diri meluangkan masa atau menyumbangkan tenaga menjaga mereka, cara itu tak semestinya memerlukan perbelanjaan besar. Cuba isi kekosongan hati ibu dan ayah dengan gurauan dan pandai-pandailah mengambil hati saudara kita yang sudah bersusah payah menjaga mereka.
Jangan disalah tafsir kadang-kadang ibu bapa mengadu tentang layanan buruk yang diterima, jangan sesekali kita terbawa emosi tanpa usul periksa, bukan disebabkan tak percaya dengan aduan ibu bapa kita tapi mungkin mereka menyalah tafsir layanan anak menantu yang tinggal sebumbung itu.
Ya, hati memang mudah terluka, sedih dan terasa jika usia dan hormon semakin berubah. Kita perlu belajar psikologi orang tua yang tak sama dengan orang muda, oleh itu kesabaran amat bernilai dalam hubungan kekeluargaan sebegini.
IBU BAPA ATAU MENTUA? Perkara paling sulit dilalui seorang anak adalah apabila terpaksa menghadapi dilema, siapa yang sepatutnya ditaati dan diikut apakah ibu bapa atau mentua? Di sebalik isu ‘menyebelahi siapa’ eloklah disuburkan suasana rundingan yang saling menghormati antara ibu bapa dan mentua.
Tak mustahil jika semua sepakat duduk dalam meja rundingan yang tiada siapa dilebihkan dari yang lain lama kelamaan proses adaptasi antara ibu bapa dan mertua akan berjalan dengan mudah. Tak bermakna segala yang orang tua cakap adalah betul dan tak boleh disanggah sama sekali, bahkan agama kita mengajar untuk memberi setiap orang haknya, agama kita bukan otoritet! Hanya saja cara penyampaian yang mesti dielokkan sehalus mungkin dalam meluahkan bangkangan terhadap suatu isu yang melibatkan orang tua dan mentua.
Selagi mana orang tua dan mentua menjadi prioriti utama selayaknya anda mendapat penjagaan yang sempurna dari Allah SWT. Menjaga mereka adalah ibadat yang kedudukannya nombor dua terbaik selepas tauhid dan memelihara mereka diutamakan daripada jihad di jalan Allah. Adakah kita masih memberi alasan tak munasabah di hadapan Allah nanti?