Sunday, 14 February 2016

9 Cara Bahagia Buat Pasangan Kahwin Jarak Jauh

Assalamuaalaikum..

 9 Cara Bahagia Buat Pasangan Kahwin Jarak Jauh



Berpisah setelah bernikah amatlah menyiksakan bagi pasangan terutama sekali yang perempuannya. Semua wanita yang telah bergelar isteri sentiasa ingin bersama suaminya. Jika boleh sepanjang masa setiap saat berkepit disebelah suaminya.

Bagi suami pula yang mindanya boleh fokus dan menyibukkan dengan tugasannya, hanya akan terasa sunyi rindu kepada isterinya apabila hendak tidur malam.

Namun demi tugas, mencari ilmu dan kerjaya, mereka terpaksa berpisah jua. Adakah di sana jalan penyelesaian? Berikut adalah tip untuk mengurangkan kebimbangan, kerisauan, keperitan perpisahan antara anda berdua.

1. Suami ada rancangan dan kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk tinggal bersama-sama nanti. Anda berdua tetapkan tarikh “keramat” penamat duduk berasingan itu. In sya Allah, yakinlah, isteri itu pasti akan menanda “the count-down” memangkah hari demi hari “looking forward” tarikh yang dinantikan. Jiwanya ada harapan sedikit dan dia bertambah tenang melihat “count-down” itu.


2. Sebaik-baiknya jangan berpisah lebih daripada 3 bulan. Naluri wanita terasa sangat gelisah jika ditinggal suami lebih 3 bulan. Semasa zaman pemerintahan Saidina Umar ra, beliau telah mengarahkan semua tentera di perbatasan pulang ke rumah selepas 3 bulan. Oleh itu, usahakan untuk bertemu melepaskan rindu dendam paling setiap 3 bulan.

3. Pertemuan ini hendaklah khas berjumpa memadu kasih berdua sahaja. Bukan pulang ke kampong bersama menziarah ibubapa mertua di kampong. Pertemuan ini tidak memberikan nilai tambah kepada pasangan. Malah dikhuatiri bertambah stres kerana terpaksa melayani ibubapa mertua yang juga merindui anaknya yang terpisah ini.

4. Contoh: Suami belajar di Australia, isteri kerja di Malaysia. Buat pertemuan 3 bulan sekali di Bali atau yang seumpama dengannya (ikut kemampuan baget) selama 3 hari 2 malam. Selepas itu pulang semula ke tempat masing-masing.

5. Jika kedua pasangan berada di Malaysia, tempah menginap di hotel-hotel kegemaran dahulu dalam 2-3 hari sebelum bertandang ke rumah mertua atau rumah yang diduduki isterinya sekarang. Suasana bilik hotel yang romantis boleh menambah nilai cinta berahi menampung keperitan kerinduan perpisahan itu.

6. Setiap kali pertemuan bersejarah itu, digalakkan memberi hadiah kepada isteri satu cenderamata istemewa secara ala-kadar sebagai ingatan pertemuan di tempat itu. Jika suami ini orang berada, dicadangkan hadiahkan kepada isteri gelang “Pandora” atau yang sewaktu dengannya. Setiap kali pertemuan cinta ini, isteri itu pula akan membeli “Charm” tersendiri untuk mengingati peristewa tersebut.


7. Semasa berpisah, buatkan S.O.P. (Standard Operating Procedures) komunikasi antara anda berdua. Contoh setiap malam atau setiap dua malam (terpulang mengikut persetujuan anda berdua) waktu tempatan antara jam 11-12 akan hubungi melalui Skype atau App yang sewaktu dengannya “without fail”. Jika ada hari-hari yang terlepas, maka diwujudkan denda yang boleh menambah nilai kasih sayang antara anda berdua seperti beli hadiah yang bernilai lebih RM50 kepada pasangan.

8. Waktu solat semasa sujud, jangan lupa mendoakan si dia agar Allah menetapkan iman dan menyatukan hati-hati anda berdua di atas jalan perkahwinanNya walaupun tinggal berjauhan.

9. Sekiranya isteri mendapat berita yang kurang enak daripada sumber ketiga, abaikan sahaja. Terimalah yang sah daripada suami anda sendiri walaupun hati terasa gundah akan jawapannya. Yakinlah, itu bisikan syaitan yang bijak merosakkan kasih sayang anda berdua. Tidak perlulah anda menjadi spy merungkai “password” suami anda. Serahkan kepada Allah kerana “password”nya Allah yang tahu.


Sumber: PAK UTIH
Continue Reading

Saturday, 13 February 2016

Petanda Ini Bantu Mama & Papa Boleh Tahu Jantina Bayi

Assalamualaikum.. selamat pagi.. ^_^

Petanda Ini Bantu Mama & Papa Boleh Tahu Jantina Bayi

Saiz perut ibu yang semakin membesar, sering kali menjadi persoalan mata yang memandang. Jadi tertanya-tanya bilakah tarikh jangkaan bersalin mahupun jantina bayi yang dikandung.

Bagi yang berkemampuan, pemeriksaan Ultrasonografi (USG) boleh dilakukan. Yang kurang mampu, bidan kampunglah jadi perantaraan.


Cara tradisional ini selalu digunakan oleh masyarakat dahulu yang belum terdedah pemeriksaan USG. Jantina bayi boleh diketahui berdasarkan tanda-tanda yang dilihat pada keadaan ibu hamil.

Ok, cuba tengok macam mana masyarakat dahulu menduga jantina bayi...


Mitos Tanda Hamil Bayi Lelaki

1. Posisi perut si ibu
Kandungan terlihat berada di bahagian bawah perut dan perut memboyot ke hadapan serta kelihatan tajam.


2. Timbulnya jerawat di wajah
Ia diakibatkan keluarnya hormon selama kehamilan. Sepanjang masa kehamilan ibu hamil sering berjerawat.


3. Warna urin terlihat lebih gelap
Urin berwarna lebih kuning sering kali dikaitkan dengan petanda hamil anak lelaki. Namun begitu, warna urin gelap turut dipengaruhi oleh tingkat hidrasi ibu mengandung. Jika ibu kurang minum air, urin akan menjadi lebih gelap. Begitu pula sebaliknya.


4. Ukuran payudara
Semakin hari membesar. Ibu dapat melihat ukuran payudara sebelah kanan lebih besar berbanding sebelah kiri.


5. Suhu tapak kaki lebih dingin/sejuk dari biasa
Tubuh badan wanita hamil berubah lebih hangat/panas ketika hamil. Tetapi suhu tapak kaki menjadi lebih dingin jika mengandung anak lelaki.


6. Kira denyutan  nadi per minit
Jika denyutan jantung anda kurang 140 berdegup per minit, maka kemungkinan bayi lelaki.


7. Periksa telapak tangan
Jika sering kering atau mengalami pecah-pecah


8. Mengidam masin
Ibu hamil mengidam makanan rasa masin seperti keju dan daging.


9. Posisi tidur
Tanpa disedari ibu hamil lebih cenderung menghadap ke kiri.


10. Sakit kepala
Ibu hamil lebih mudah diserang sakit kepala.


11. Seri wajah
Lebih berseri-seri ketika hamil.


Mitos Tanda Hamil Bayi Perempuan

Bagi orang dulu-dulu yang dikatakan mengandung anak perempuan, mereka akan berhadapan dengan situasi yang dinyatakan di bawah:

1. Mood ibu
Bakal ibu lebih mudah beremosi.

2. Rambut
Rambut ibu hamil semakin menipis dan berwarna agak keperangan serta tidak bermaya semasa hamil.

3. Bentuk perut
Perut ibu hamil bulat dan tinggi.

4. Mengidam
Ibu hamil mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.

5. Bentuk payudara
Payudara sebelah kiri terlihat lebih besar sebelah kiri.

6. Morning sickness
Ibu hamil mengandung anak perempuan akan mengalami mabuk hamil pada awal kehamilan.  


Ini gambaran orang dahulu menentukan jantina kehamilan. Tapi dengan adanya teknologi pemeriksaan USG ibu hamil boleh melakukan pemeriksaan pada usia kandungan 5 ke 7 minggu untuk menentukan tahap kesihatan bayi.


Ya, penentuan jantina bayi akan dilakukan pada usia kandungan antara 18 ke 22 minggu iaitu pembentukan alat kelamin bayi sudah matang. Macam mana Mama, boleh tak agak bayi yang dikandung sekarang?
Continue Reading

Sunday, 7 February 2016

Jalan Pintas Pikat Hati Mentua. Inilah Masanya...


Assalamualaikum.. ^_^

Jalan Pintas Pikat Hati Mentua. Inilah Masanya...






Payah sungguh nak 'sebulu' dengan mentua. Pantang silap sedikit pasti jadi isu. Mujur tak tinggal sebumbung.


Yang peliknya, dengan menantu lain tidak pula begitu. Kalau boleh hari-hari hendak dipuji walaupun bukanlah hebat mana. Jenuh kepala mencari, apalah agaknya ubat yang diberi hinggakan layanan yang diterima lebih daripada anak sendiri. Sebenarnya, situasi begini biasa berlaku di kalangan menantu bukan pilihan.


Perkahwinan di fasa pertama dan kedua boleh dikatakan masih di peringkat pembelajaran dan latihan. Serba-serbi perlu diperbaiki.


Perlukan pemerhatian yang tajam berkenaan pasangan dan kedua orang tuanya. Sebagai contoh, lihat apa yang mentua suka.


Kalau ibu mentua suka kumpul beg tangan maka sekali sekala hadiahkanlah dia. Jangan terlalu berkira. Ingat kembali misi kita adalah untuk tawan hatinya. Inilah yang dikatakan rasuah yang dibenarkan. Mungkin sekali dua, teknik belum menampakkan kesan tetapi jangan terus berputus asa. Cuba lagi dan lagi.


Boleh jadi mentua anda bukan materialistik. Baiklah, kita ambil contoh gaya hidup di kampung. Sesetengah daripada mereka masih terikat dengan resam budaya Melayu. Maksudnya, anak perempuan harus betah buat kerja rumah seperti mengemas, memasak, membasuh, menjahit dan sebagainya. Ditakdirkan jika anda menjadi menantu mereka maka semestinyalah anda perlu mahir dalam kerja-kerja tersebut.


Kalau mahu selamat, jadikan mentua sebagai guru. Walaupun di peringkat awal, telinga sedikit panas dengan bebelan tetapi itu tidak menjadi hal. Rasuah mentua dengan makanan yang digemari.


Lebih menarik lagi kalau makanan itu datangnya dari air tangan anda sendiri. Jangan risau, walau tak setaraf chef ternama tetapi percayalah, mentua pasti menghargai kerana itu adalah usaha anda untuk menambat hatinya. Insya-Allah, lama-kelamaan hatinya akan cair dengan ‘rasuah-rasuah’ itu.


Memang 'petik jarilah' kalau hubungan dua hala ini kembali baik maka tak mustahil semangat lebih kuat untuk mencari bahagia.


Buang rasa putus asa atau apa sahaja perasaan negatif terhadap mentua kerana mereka adalah ibu bapa pasangan kita. Beri ‘rasuah’ yang dibenarkan supaya mereka terkesan dengan pengorbanan dan usaha yang dilakukan. Rumah tangga yang bahagia datangnya dari sikap positif ahli-ahlinya.


Ingat, apa sahaja yang dilakukan mesti betul niat dan tujuan. Barulah di kategori sebagai menantu pilihan.
Continue Reading

Monday, 1 February 2016

7 Perkara Paling Luar Biasa Wanita Bergelar Isteri

Assalamualaikum..


 7 Perkara Paling Luar Biasa Wanita Bergelar Isteri
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Lihat isteri anda. Apa yang dia biasa dilakukan apabila pulang dari pejabat? Pukul berapakah dia akan masuk ke bilik tidur? Agak-agaknya, berapa banyak kerja yang dilakukan dalam tempoh sehari?


Sebagai suami, adakah anda mampu memberi jawapan kepada soalan-soalan ini? Isteri tidak pernah mengeluh atau minta MC untuk ‘lari’ daripada tugas hariannya. Kalau boleh, semua perkara hendak dilakukan supaya keluarga sentiasa bahagia dan selesa.


Menyentuh tentang kekuatan, biasanya lelakilah yang akan diangkat tetapi bila dikaji dengan terperinci, isteri lebih ‘cemerlang’ kekuatannya berbanding suami. Haaa... kita tengok beberapa bukti ini dulu ya!



1. Tahu semua kedudukan barang
 Ingat lagi dialog Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Madu Tiga? “Butang baju Melayu aku, mana Pah?” Nah, sekali cari sahaja sudah jumpa sedangkan tadi si suami mencari bagai nak gila.


2. Tahan sakit bersalin
Tak kiralah anak pertama, kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun isteri tetap kuat hadapinya. Mereka tidak merungut atau bertindak di luar kawalan sebaliknya tenang-tenang sahaja demi melahirkan zuriat yang menjadi bukti cinta.


3. Multi tasking
Ingat kembali bagaimana isteri anda mampu melipat baju sambil mengajar anak mengaji dan pada masa yang sama, dia sempat ke dapur untuk menyediakan minuman buat anda.


4. Deria keenam
Isteri mempunyai naluri yang biasanya betul. Jadi, berhati-hatilah para suami sekiranya anda mempunyai agenda tersembunyi.


5. Tahan sakit
Isteri mampu menjaga suami atau anak-anak yang sakit meskipun ketika itu dia juga mengalami kesakitan. Wajahnya tetap selamba meneruskan aktiviti harian.


6. Ada kuasa psikik
Hebatnya isteri sampaikan dia boleh tahu makanan apa yang terlintas di fikiran anda. Jadi, usah terkejut sekiranya dia mampu membaca fikiran anda sekeluarga.


7. Kuat daya ingatan
Isteri selalu ingat banyak perkara malah ada di antaranya sudah lama dilupakan. Mereka boleh ingat detik pertama berjumpa, baju apa yang dipakai ketika pertama kali bertandang ke rumah dan macam-macam lagi.
Continue Reading

Wednesday, 27 January 2016

Waktu Yang Tepat Untuk Minum Air Putih

Assalamualaikum..



Keuntungan Meminum air putih :
1. Air putih mencegah terjadinya batu ginjal. Kebanyakan orang yang terkena batu ginjal dikarenakan tidak cukup banyak meminum air. Minum 12 Gelas air sehari mampu mencegah terkena batu ginjal.
2. Air putih mampu mengeluarkan bakteri di tubuh melalui urine. Semakin banyak kita minum maka semakin banyak pula kita akan buang air kecil, pada saat pipis itu bakteri keluar dengan sendirinya.
3. Air putih mampu mengobati diare. Apabila kita terkena diare, penangangan pertama yang baik adalah dengan meminum campuran dari air, 2 sendok gula dan 1/4 sendok garam, minum sebanyak2nya, karena ini mirip penanganan racun yang biasa dilakukan di rumah sakit.
4. Air putih dapat menurunkan panas. Ketika sakit, disarankan untuk mmeminum air putih banyak-banyak.
Cara Minum Air Yang Tepat :
1. Minumlah ketika bangun tidur. Membantu mengeluarkan racun yang terakumulasi dalam tubuh pada malam sebelumnya.
2. Minumlah 8 - 12 gelas per hari. Orang dengan berat 60 kg biasanya disarankan 8 gelas sedangkan orang diatas 80kg sampai 12 gelas. Namun minum air maksimal adalah 16 gelas per hari.
3. Minumlah sedikit2 sepanjang hari, jangan langsung banyak sekali waktu. Karena dengan meminum sedikit2 akan mengurangi beban pada jantung dan juga memberikan tubuh waktu untuk menyerap air.
4. Jangan menunggu sampai kehausan.
5. Minumlah air putih, bukan soda, bir ataupun kopi. Karena minuman2 itu malah menyebabkan dehidrasi.
6. Latihlah anak anda untuk minum air putih secara teratur.
7. Minumlah lebih banyak ketika cuaca sedang panas, ketika berolahraga, ketika sedang sakit, dan ketika hamil.
Waktu2 yang disarankan untuk minum air putih, agar maksimal untuk tubuh kita :
2 Gelas ===> Setelah Bangun Tidur - Membantu mengaktifkan organ dalam
1 Gelas ===> 30 Menit sebelum makan - melancarkan pencernaan
1 Gelas ===> Sebelum Mandi - Menurunkan tekanan darah
1 Gelas ===> Sebelum tidur - Mencegah Stroke dan Serangan Jantung

Continue Reading