Tuesday, 1 March 2016

Saturday, 27 February 2016

Anak Payah Makan Ubat? Tip Ini Bantu Ibu, Cubalah!

 Anak Payah Makan Ubat? Tip Ini Bantu Ibu, Cubalah!



Bukan semua ibu berjaya bagi ubat pada anak, tambah pula kalau masih bayi. Nak pula kalau jenis bayi yang kuat menangis, tapi jangan pelik ada juga bayi yang boleh telan ubat tanpa banyak karenah.


Ok, ibu jangan susah hati, tip kali ini sangat membantu ibu untuk berdepan dengan situasi ini lebih mudah dan cepat...


1. Masa nak bagi ubat, letakkan sehelai lapik dada pada dadanya sebagai persediaan sekiranya ubat itu tertumpah dan sediakan beberapa helai tisu.

2. Pastikan sterilkan semua peralatan dalam air mendidih sebelum memberi ubat kepada bayi yang berusia kurang daripada enam bulan. Sekiranya bayi masih belum boleh duduk, pegang seperti kedudukan hendak menyusukannya.

3. Kalau anak dah boleh duduk, letakkan si comel di atas riba dan letakkan sebelah tangannya ke belakang ibu. Pegang tangannya yang sebelah lagi dengan kemas untuk mengelakkan daripada meronta.

4. Sukat dos yang tepat dan tuang separuh daripadanya ke dalam sudu kecil yang sudah disteril supaya ubat tidak akan mudah tertumpah.

5. Ini cara terakhir. Kalau bayi masih tak mahu makan ubat, biarkan dia menghisapnya dari jari anda. Sukat dos di dalam sudu ubat dan kemudian angkat bayi dengan meletakkan sudu itu berhampiran dengan anda.

6. Celupkan jari anda ke dalamnya dan biarkan dia menghisap ubat tersebut dari hujung jari. Teruskan sehingga dia menghabiskan semua dos ubat tersebut.


Mudah, bukan? Ingat ibu, jangan panik dan tinggi suara kalau anak melawan. Pujuklah dengan kata-kata manis agar si comel lebih tenang dan mampu terima ubat yang anda suap. Selamat mencuba!
Continue Reading

SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

Assalamualaikum..



Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 5 MARCH 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016
2. Copy & paste photo diatas dan linkkan ke entry ini.
3. Follow blog Vitaminwawa.
4. Follow Ig : @vitaminwawa2u
5. Like page : Vitaminwawa2u
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^



Continue Reading

Thursday, 25 February 2016

Amaran Bagi Anda Yang 'Jatuh Cinta' Dengan Kad Kredit

Assalamualaikum..


Baik Buruk Guna Kad Kredit. Awas Kalau Anda 'Kaki Shopping'!


Seronok membeli belah guna kad kredit, tapi hati-hati ya! Salah cara guna jerat diri sendiri seumur hidup bayar hutang. Kena tahu dulu apa itu kad kredit dan bagaimana sekeping kad kredit itu berfungsi.
 
 
Ya, mungkin niat awalnya mahu 'top up' mana yang perlu tapi awas jika anda tergolong di kalangan 'kaki shopping'! Konon nak ikut trend, tapi kalau dah over bajet, boleh jerut leher sendiri.
 
 
Sebenarnya kad kredit ada banyak kelebihan tapi itu kalau anda seorang pengguna yang bijak. Ini antara kelebihan yang boleh anda nikmati...
 
 
1. Kaedah pembayaran yang lebih mudah dan cekap.
 
2. Membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian (online).
 
3. Dapat menggunakan penyata bulanan untuk menjejak perbelanjaan bagi tujuan merangka bajet.
 
4. Ada kad kredit yang menyediakan perlindungan insurans kemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan.
 
5. Menikmati skim menarik seperti skim bayaran ansuran tanpa faedah, skim bayaran fleksibel dan pemindahan baki pada kadar 0 peratus untuk memaksimumkan pembelian anda. 
 
6. Dapat mata ganjaran untuk menebus barangan dan perkhidmatan yang biasanya tidak dapat dinikmati jika bayaran dibuat secara tunai.
 
 
Tip Gunakan Kad Kredit
 
1. Sila buat perbandingan terlebih dahulu untuk mendapatkan kad kredit terbaik. Carilah kad yang memberi pengecualian yuran penyertaan dan yuran tahunan.
 
2. Beli secara online hanya di laman web yang dipercayai sahaja.
 
3.  Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan daripada dikenakan caj bayaran lewat atau penalti.
 
4. Bagi mengelakkan dikenakan faedah bayar baki belum jelas sepenuhnya apabila anda menerima penyata bulanan. Berwaspada tentang akibat hanya membayar jumlah minimum.
 
5. Kalau anda menghadapi masalah aliran tunai, bayar jumlah minimum terlebih dahulu dan berusaha untuk menjelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin.
 
6. Elakkan menggunakan kad kredit jika anda tidak mampu membayar bayaran minimum bulanan.
 
7. Kena rajin periksa penyata bulanan kad kredit untuk memastikan setiap urus niaga dan caj yang dikenakan adalah betul.
Continue Reading