Monday, 14 September 2015

DOA KETIKA JEREBU!

DOA SELAMAT DARIPADA SEGALA JENIS PENYAKIT KHASNYA BENCANA JEREBU YANG MELANDA NEGARA.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya), sesungguhnya kami adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. 

Kami berlindung dengan (kebesaran) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang ada. 

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namanya apa yang ada di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 

Dengan nama Allah dan segala puji hanya bagi Allah, muhammad pesuruh Allah, (kami) tiada daya upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah.

Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ke atas agama kami dan diri kami. Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ahli-ahli dan harta benda kami. Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ke atas setiap sesuatu yang Allah berikan kepada kami. Dengan nama Allah sebaik-baik nama, dengan nama Allah Tuhan (bagi sekalian makhluk) di bumi dan di langit, dengan nama Allah yang tidak memberi bahaya sebarang penyakit bersama namanya.

Dengan nama Allah kami memulakan (segala sesuatu) dan dengan (nama) Allah kami mengakhiri (segala sesuatu) dan pada Allah kami berserah. Kami memelihara diri kami dengan (Allah) Yang Mempunyai kekuatan dan kusasaan. Dan kami berpegang dengan Tuhan Yang Memiliki kekuasaan, dan kami berserah pada (Allah) Yang Sentiasa Hidup, Yang Tidak Mati.

Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami, pemerintah kami, dan negara kami serta seluruh orang-orang Islam di pelusuk tempat daripada segala jenis penyakit khasnya Bencana Jerebu ini, dan lindungilah kami daripada kebinasaan dan selamatkanlah kami daripada terbunuh dan daripada penyakit ta'un dan daripada bencana dengan belas kasihan-Mu wahai Yang Maha Meliputi segala yang tersembunyi, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Ya Allah, cucurilah dengan sepenuh rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas ahli-ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat baginda. Dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam.


Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM

Continue Reading

Simple Giveaway 2.0 by Izzati Amira

Assalamualaikum..

Tarikh tutup : 25 15 SEPT 2015
KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK JOIN SIMPLE GIVEAWAY INI

Jom semak rules dulu :

2. Copy code dalam box kat bawah ni dan paste kan dalam entry *select HTML bukan Compose tau*
3. Tajuk entry " Simple Giveaway 2.0 by Izzati Amira "
4. Tinggalkan url entry anda dekat kotak komen entry saya ini.
5. Warga Malaysia sahaja.


Jawapan  : Notebook 
Continue Reading

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah saw yang perlu kita sebagai umat Islam contohi? Mencontohi Baginda bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi saw terhindar daripada penyakit, tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.
Rasulullah saw sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit (maaf). Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:-
1. Selalu bangun sebelum Subuh.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.”(Hadis riwayat Muslim)
3. Tidak pernah makan berlebihan.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.
4. Gemar berjalan kaki.
Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. Tidak pernah iri hati.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa: “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
6. Tidak pemarah.
Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.
7. Pemaaf.
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada masa-masa yang mendatang.
share dari : UNIT EHWAL ISLAM, HOSPITAL SUNGAI BULOH.
Continue Reading

Sunday, 13 September 2015

DOA UNTUK KUATKAN RAHIM DAN ELAKKAN KEGUGURAN

Keguguran berlaku sebelum usia janin berusia 20 minggu. In berlaku mungkin kerana rahim lemah atau pembentukan janin yang tidak sempurna. Tanda-tanda anda keguguran ialah:
  • Pendarahan di vagina
  • Sakit dan kejang di pelvik
  • Tidak lagi rasa tanda-tanda kehamilan seperti mabuk, loya, muntah-muntah kerana tiada lagi hormon kehamilan yang mengekalkan kehamilan.
  • Tiada denyutan jantung bayi melalui ujian ultrasound
  • Tiada pergerakkan bayi melebihi 4 jam
  • Ujian kehamilan bertukar kepada negative
  • Lelehan faraj seperti darah berketul-ketul keluar
Disini saya ingin kongsikan doa-doa atau amalan yang boleh ibu amalkan untuk menyelamatkan kehamilan ini.


Zikir Harian boleh amalkan:


Selamat mencuba!

Jika inginkan suplement untuk menguatkan rahim anda boleh klik disini:

share dr sweetmom83
Continue Reading

Amalan Mendapatkan Zuriat

1) Si-isteri hendaklah mengira tarikh yang dia akan subur. Perlu dia dan suami meminum air zikir bermula hari 10 sebelum masa subur.

2) Zikir berikut hendaklah dilengkapkan dalam masa 1 minggu, dan mula di minum air hembusannya dalam masa 1 minggu.

SubhanALLAH walhamduLILLAH wala ilaa ha ILLAH hu waLLAH hu Akbar 5,000x

3) Menantikan waktu tersebut, suami hendaklah minum setiap malam sebelum tidur, untuk menyuburkan diri-nya:

Satu gelas susu, dicampur 2-3 biji badam ditumbuk halus, dicampur 1 sudu besar madu asli.

4) Menantikan waktu tersebut, isteri hendaklah minum samada setiap malam, atau pada awal pagi sebelum sarapan untuk menyuburkan diri-nya:

Satu gelas susu, dicampur 2-3 biji badam ditumbuk halus, dicampur 1 sudu besar madu asli, dicampur 1 sudu kecil serbuk cinnamon (kayu manis).

5) Masuk hari 10 dari waktu subur, suami dan isteri

5a) minum air zikir segelas sehari

5b) hendaklah melakukan urutan di perut mereka menggunakan tangan kanan. Arah urut dari pusat ke ari-ari sambil menyebut YA RAZAK 33x. (jangan lakukan terbalik atau pusing-balik)

6) Semasa waktu subur, jangan lupa berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh, atau soleha.

Dipetik dari : Amalan Mendapatkan Zuriat
Lagi amalan untuk mendapatkan zuriat

Ini antara amalan2 yang boleh dibuat dalam usaha mendapatkan zuriat:

1) Amalkan zikir "Ya Musawwir!". Sekiranya seorg isteri yg sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari dari Ahad
hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut
utk berbuka puasa.Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu
hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insyaallah akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah swt.

--Khasiat As'maul Husna

2) Zikir Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir"

3) Amalkan banyak bersedekah.

4) Amalkan membaca surah Ar-Rahman supaya terbuka pintu rezeki.

5) Solat hajat & berusaha mencari waktu yang makbul berdoa. Panduan berdoa di sini. Adab berdoa di sini

6) Amalkan banyak berselawat ke atas Nabi. Selawat yang biasa kita dengar seperti ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD. Anda boleh juga cuba selawat yang lebih panjang seperti selawat tafrijiyah atau selawat tunjina , mudah2an dimakbulkan hajat.

Selawat Tafrijiyyah


Maksudnya:
Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu. 

diambil dari : darussyifa' online 

7) Pada hari Jumaat, mulai Asar hingga Maghrib, duduklah berzikir
"Ya Rahman, Ya Rahim Ya Allah" dan apabila menghampiri azan Maghrib, berdoalah
"Ya Rahman, Ya Rahim Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat yang soleh" (atau apa2 hajat lain).
Amalkan 3 Jumaat berturut2 mudah2an hajat dimakbulkan.
Nota : tips dipetik dari ceramah ustazah Fatimah Az-Zahra di Astro.
Hari Jumaat , biasanya saya sampai ke rumah lewat, untuk duduk berzikir agak
sukar, jadi dalam perjalan balik dalam kenderaan, saya bacakan saja.

8) Amalkan doa Nabi Zakaria:


Terjemahan:
Wahai Tuhanku!Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan
Engkau adalah waris yang paling baik - Al Anbiyaa' ayat 89

dipetik dari : blog doa

Continue Reading