Wednesday, 2 December 2015
Halau Lipas Dengan 6 Petua Mak-Mak
Sibuk dengan urusan mencari rezeki, kadang sampai sampah dalam rumah pun tak sempat nak buang. Ya, itu yang boleh buat lipas membiak dalam rumah. Jangan risau, kali ini anda boleh hapuskan lipas dengan cara mudah, jom semak!
1. Potong sabun mandi jenis buku dan letakkan di tempat yang mempunyai lipas. Alah dengan bau wangi, lipas akan lari dari tempat tersebut.
2. Gunakan hirisan lemon di sarang lipas. Selepas beberapa hari, bila lemon sudah kering, gantikan dengan yang baru.
3. Ambil pangkal atau hujung timun dan letakkan di tempat yang ada lipas. Lipas akan mati.
4. Untuk menghalang lipas daripada membiak, letakkan beberapa biji buah pelaga di kawasan yang ada lipas.
5. Jika terdapat terlalu banyak lipas, rebus ubi kentang. Lenyekkan dan campirkan dengan sedikit serbuk penaik. Bentukkan seperti ubat gegat dan letakkan di tempat yang banyak lipas.
6. Untuk bau harum semula jadi *yang mana lipas tak suka*, campurkan hirisan daun pandan dengan serbuk teh. Letakkan di tempat yang ada lipas.
Haaa... satu yang paling penting anda kena tahu lipas ni sebenarnya tidak boleh dipijak atau dipukul sehingga badannya hancur. Terdapat cacing-cacing halus dalam perut lipas yang tetap akan hidup selepas lipas dibunuh.
Kalau lipas mati, cacing-cacing ini akan mencari tempat baru untuk membiak. Saiz kecil dan hanya boleh dilihat dengan mata kasar pada jarak 10-20sm. Boleh membiak apabila masuk ke pori-pori kecil pada kulit tubuh manusia, terutamanya jika ada bahagian yang mempunyai luka.
selamat mencuba..
Tuesday, 1 December 2015
10 Cara Senang Tarik Hati Mentua
Ramai menantu yang mungkin tidak sejiwa dengan mentua atas alasan kerana suami jenis anak mak atau disebabkan mentua terlalu cerewet. Sebenarnya ada banyak cara yang lebih manis untuk anda dekat dengan hati mentua, malah sekelip mata akan disenangi di kalangan ipar-duai.
Kenapa perlu pilih jalan negatif kalau cara positif dan hasilnya semua bahagia dalam hubungan kekeluargaan. Jom ikut cara ini...
1. Elak Tanggapan Buruk
Wanita selalu bersangka buruk dengan ibu mertua kerana perasaan takut tidak dapat menjadi isteri yang baik kepada anaknya. Sebab pemikiran inilah yang membawa kepada aura negatif. Cuba anda bersangka baik dengan ibu mertua anda, pasti semua akan baik-baik sahaja.
2. Belajar Kenal Ibu Mertua
Di awal perkahwinan, belajarlah untuk lebih mengenali sikap ibu mertua. Tanya kepada pasangan, apa yang disukai dan dibenci oleh ibunya. Ketahui bagaimana mertua anda sebenarnya dan kemudian barulah anda mengikut rentaknya. Namun anda juga harus lebih sopan dan tertib kala bersama dengannya.
3. Samakan Dengan Ibu Sendiri
Jalan paling mudah, letak status hormat di depan. Mesti semua perkara jadi senang. Kalau saat berdepan dengan bebelan ibu kandung sendiri, anda mampu. Pasti kes melibatkan teguran daripada mentua dapat ditelan dengan baik. Layanlah dia dengan sempurna dan hormatilah dia dengan sebaiknya. Allah sudah menjanjikan pahala dan rahmat jika kita ikhlas dalam memberikan yang terbaik untuk orang tua.
4. Bertolak Ansur
Hubungan kekeluargaan perlu dilengkapkan dengan sifat tolak ansur yang bukan sedikit. Biarpun dihimpit waktu dan kerja yang padat, cubalah memberikan ruang untuk bersama mereka. Bertolak ansur dalam apa jua permasalahan pasti buat hubungan lebih harmonis.
5. Ambil Hati Ibu
Berusahalah untuk mengambil hati mentua walau payah. Lebih senang, pulang untuk menjenguk ibu di kampung. Semakin kerap anda meluangkan masa semakin baik hubungan yang cuba dijalinkan. Mendekatkan ibu mertua dengan cucu-cucunya sudah pasti buat ibu lebih gembira.
6. Hadiah Sampingan
Tidak hanya ambil hati, anda juga harus bijak mencuri hati kecilnya. Biarkan hatinya tersentuh dengan pemberian ikhlas anda. Hadiah berupa barangan kesayangan dan kegemaran ibu mertua pasti buat hatinya gembira dan lembut. Namun ingat, hati perlu ikhlas. Jangan pula sudah memberi, anda mengungkit!
7. Pekakkan Telinga
Hati orang tua banyak ragamnya. Ada sahaja perkara yang tidak kena pada matanya. Sebagai menantu, pekakkan sahaja telinga dan usahlah disimpan dalam hati akan apa jua patah perkataan yang keluar daripadanya. Anggap sahaja segala hal positif dan anda sendiri perlu tenang saat terima arahan atau mungkin secebis nasihat. Tak perlu berdalih, sekali pun rasa salah lebih baik belajar menerima.
8. Kurangkan Lawatan
Jika anda dapat kesan emosi mentua kurang baik atau keadaan anda dan ibu mertua kurang baik, ada baiknya kurangkan sesi lawatan ke rumahnya. Cukup hanya sebulan atau dua bulan sekali. Itu pastinya lebih selamat dan pasti lebih menjaga hubungan.
9. Jadikan Kawan
Ibu mertua yang cerewet tidak kena pada gayanya memang buat sakit hati. Ubah angin dan rentak hubungan anda dengan menjadikan ibu mertua seperti kawan. Berkongsilah apa sahaja dengannya asalkan tidak melampaui batas. Cubalah berinteraksi secara baik. Ajak ibu mentua keluar membeli belah atau makan bersama tanpa suami. It's girl time! Hebat, bukan?
10. Bercuti Bersama
Sesekali ajaklah ibu mertua untuk turut bercuti bersama anda sekeluarga. Tidak salah rasanya menggembirakan hatinya. Ada kalanya dia juga perlukan rehat sambil melihat dunia luar. Hatinya yang keras pasti mampu dilembutkan jika anda selalu bersamanya.
7 Panduan Guna Minyak Masak Ini Elak Penyakit
Dalam kebaikan minyak yang ada, terselit juga kemudaratan seandainya digunakan dalam kuantiti yang banyak. Kebaikannya ialah minyak dapat menyalurkan sumber tenaga dengan cara paling mudah. Minyak juga memiliki komponen yang akan membantu penyerapan vitamin seperti DHA, AHA, dab beberapa vitamin lain yang amat penting untuk fungsi otak dan sel membran.
Macam mana dengan keburukan? Anda patut tahu, minyak boleh menyumbang kepada beberapa masalah utama seperti jantung dan obesiti. Tapi usah risau, kita semak beberapa pandian ini:
1. Gunakan kuali yang tidak melekat bagi menjimatkan minyak.
2. Seelok-eloknya gunakan minyak baru untuk menggoreng.
3. Jangan biarkan sisa makanan dalam takungan minyak. Ia akan mereput dan mempercepatkan perubahan struktur molekul minyak.
4. Elakkan menggunakan minyak yang sudah rosak.
5. Minyak yang dihasilkan daripada sumber sihat juga boleh menjadi sebaliknya sekiranya dipanaskan pada suhu yang salah.
6. Semakin lama minyak digunakan semakin likat struktur minyak itu.
7. Jangan biarkan api menyala lama untuk memanaskan kuali, sebaliknya cepat-cepat masukkan bahan.
semoga bermanfaat..



