Sunday, 27 December 2015

Suami Kalau Dah Merajuk, Macam Inilah Jadinya...

 Suami Kalau Dah Merajuk, Macam Inilah Jadinya...

Jangan tak tahu lelaki juga pandai merajuk walaupun merajuk itu sangat sinonim dengan wanita. Haaa... lelaki merajuk lagi teruk berbanding wanita. Silap-silap, berjam dan berhari memujuk masih tidak jalan. 
 
 
Tak perlu nak sentap wahai wanita, itu tandanya si dia mahukan perhatian. Jadi luangkan sedikit masa untuk si dia pasti keadaan akan kembali pulih. Macam rujuk sini...
 
 
1. Dia buat tak kisah semua benda
Ini tanda protes yang sangat mencabar hati anda. Si dia akan buat acuh tidak acuh sahaja walaupun anda sedang memanggil dan bercakap dengannya. Dia buat seolah-olah anda tiada di hadapan mata. Jangan cepat marah, teruslah memujuk kerana sekeras mana pun hati, kena cara akhirnya cair juga. 
 
 
2. Diam tetiba
Pastinya jika berada dalam kereta anda akan cepat perasaan keadaan ini. Selalunya mulut dia bising bercerita itu ini, hari itu dia diam sahaja. Pasti ada yang tidak kena. Sahlah dia sedang merajuk. Cepat-cepatlah alihkan perhatian untuknya. 
 
 
3. Muka masam dan serius
Selalunya dialah kaki menyakat. Tetapi berlainan pula kali ini. Muka masam dan serius. Bercakap pun perkara yang penting sahaja. Tidak lain tidak bukan si dia sedang merajuk. Apabila dilayan perangai itu boleh menjadi tajuk bergaduh dan pasti akan ganggu program yang dirancang dari awal. Jadi beralah sahajalah. Mungkin anda ada tersalah cakap hingga menggores hati lelakinya. 
 
 
4. Keluar rumah tanpa beritahu
Jika dia bertindak keluar rumah melulu tanpa memberitahu anda seperti kebiasaannya, pekalah si dia sedang merajuk. Dia bertindak sedemikian kerana ingin menunjukkan protes kepada anda. 
 
 
5. Tutup telefon bimbit
Tutup telefon bimbit merupakan tabiat lelaki apabila tidak mahu diganggu ataupun hatinya sedang marah. Justeru bagi mengelakkan anda mengganggu, jalan mudah adalah menutup telefon bimbitnya. Jangan panik, itu hanya seketika. Apabila sudah reda kemarahannya dia akan hidupkan kembali. 
 
 
6. Makan sendiri
Selalunya si dia suka makan berteman, tetapi ada pula waktu dia makan tanpa mengajak anda. Pekalah bahawa dia sedang merajuk. Jika anda tidak mahu memujuk, jangan pula memarahinya. Dia sedang mahu menguji kemarahan anda. Diamkan diri, lama kelamaan dia akan baik sendiri. 
 
 
7. Membaca tanpa hiraukan anda
Membaca surat khabar antara tabiat orang lelaki. Tak sah baginya kalau tidak membaca akhbar dalam sehari. Tapi kalau dia membaca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab, itu tanda jiwanya tidak tenteram. Atau ada perkara tertentu mengganggu dirinya pada waktu itu. Terutama sekali, jika dia masih lagi membaca walaupun hari sudah lewat malam tanpa mempedulikan diri anda.
 
 
8. Menonton hingga lewat malam
Satu lagi petunjuk yang menandakan si dia sedang merajuk ialah si dia akan menonton televisyen sehingga larut malam. Walaupun rancangan tersebut bukan siri kesukaannya. Pandangannya mungkin terarah ke kaca televisyen tapi hati dan fikirannya menerawang ke tempat lain. Anda perlu peka jika dia bersikap sedemikian rupa. 
Continue Reading

Saturday, 26 December 2015

5 Sebab Ini Buat Pasangan Asyik Marah

5 Sebab Ini Buat Pasangan Asyik Marah

Macam-macam cerita boleh bertukar apabila dah sah bergelar suami isteri. Mungkin ada yang tetap kekal 'manis' tetapi tak mungkin langsung tidak diuji sepanjang bergelar suami isteri. 
 
 
Walau kadang emosi tidak stabil, anda kena pandai jaga hati perasaan pasangan. Jangan tahu tunding jari jika berlaku sesuatu dalam rumah tangga, ok kita pujuk hati dan selami dunia pasangan perlahan-lahan. Dan paling penting, jika tiba-tiba si dia tarik muncung mungkin anda kena betulkan sisi beberapa sisi ini...
 
 
 

1. Tawar diri uruskan perkara remeh

Jika isteri anda suri rumah, pandai-pandailah tolong selesaikan apa yang patut. Jangan semua nak arah isteri. Misalnya urusan membuat susu anak, mengemop lantai, menyapu dan membuang sampah ataupun membersihkan bilik mandi. Jika anda menolongnya nescaya sifat untuk marah akan hilang kerana anda sentiasa bersedia membantunya di rumah.
 
 

2. Telefon tolak tepi

Cukuplah urusan kerja anda di pejabat, jangan pula bawa pulang ke rumah. Ni sampai saja rumah, pasangan bercakap pun buat tak layan sebab khusyuk tengok telefon. Konon hal kerja. Tidak ke angin si isteri. Wanita memang cukup pantang kalau ada gangguan waktu malam, kecuali hal kecemasan. 
 
 

3. Aktiviti di hujung minggu

Kalau isteri seorang suri rumah, pasti dia akan rasa bosan buat rutin harian yang sama. Ini yang boleh cetus kemarahan tetiba, jadi sesekali apa salahnya bawa pasangan keluar. Ada duit lebih, boleh buat kejutan ajak pergi bercuti. 
 
 

4. Berkira bab duit

Ada pasangan, duit adalah hal yang paling sensitif dan jika ditanya berlebihan boleh jadi gaduh besar. Jika pasangan minta wang, cuba berikan dengan ikhlas dan niat berkongsi, in shaa Allah rezeki yang datang hari esok pasti berganda. 
 
 

5. Suka paksa pasangan

Anda juga perlu menghormati kehendak pasangan. Misalnya jika dia menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim kerana disebabkan keletihan bekerja ataupun menguruskan anak. Sesekali cuba faham dan bagi ruang untuk pasangan.
Continue Reading

Friday, 25 December 2015

5 Tips Berjimat

Assalamualaikum....


Hari ni saya nak bagi 5 tips nak berjimat untuk kaki-kaki shopping ni. Belanja sakan ni biasanya akan dikaitkan dengan wanita/perempuan la kan. Tak pelik langsung kalau kita dengar perempuan pergi shopping complex, dan balik dengan sekurang-kurangnya satu barang dan selalunya barang tu lebih kepada kemahuan dan bukan la keperluan sebenarnya.




Bila dah shopping sakan, mulalah duit simpanan terguna, dah guna duit simpanan kad kredit pon mula la swap sesuka hati kan dan kadang sanggup berjimat tak makan hanya nak puaskan nafsu membeli. Tabiat gila shopping ni kadang boleh mengundang pada pembaziran kalau kita tak pandai nak kawal jadi apa kata kita guna cara psikologi untuk melawan nafsu beli belah. Jom saya kongsikan tips supaya kita boleh bantu menyekat nafsu berbelanja yang kadang tak terkawal tu..


#1 Pakai Kasut Tinggi Ketika Shopping
Ini Kajian dari Bringham Young University mendapati bahawa jika perempuan keluar shopping dengan memakai kasut tumit tinggi, mereka lebih cenderung membeli barangan yang jauh lebih jimat dan murah. kenapa? ni sebab fikiran mereka masa shopping tu dah terganggu.. (mungkin sebab tak selesa)


#2 Fikir Sekejap
Cuba kita ambil masa sikit untuk kita fikir sama ada kita perlu beli atau tak sebelum kita bayar barang tu. fikir balik sama ada barang tu adalah kehendak kita semata-mata atau keperluan kita. Boleh je beli kalau kita dah memang pasti yang ianya adalah satu keperluan untuk kita dan kita memang mampu untuk membelinya. 
Tapi kita kena ingat, baik kita ukur baju dibadan sendiri. (jangan nak ukur baju kat badan orang lain pula sebab tak sama size)


#3 Hadkan Bilangan Persinggahan Ke Kedai-Kedai
Secara psikologinya, lebih banyak kita singgah kat butik atau kedai-kedai, lagi banyak la kita kan membeli. Mungkin kita fikir yang kita boleh membuat perbandingan harga, tapi sebenarnya lebih banyak kita berjalan dan usaha sampai ke sesuatu butik atau kedai tersebut, lagi kita akan rasa kita berhak beri ganjaran keatas usaha kita untuk sampai kesitu. (dah penat-penat pusing takkan la taknak beli pulak kan..konon nak reward diri sendiri la)


#4 Abaikan Jurujual
Lagi banyak kita berinteraksi dengan penjual atau promoter, lebih tinggi risiko untuk kita menghabiskan duit kat situ. kenapa? bukan la saja-saja kita nak sombong ke apa tapi bila dah terlalu banyak berinteraksi mesti la kita taknak hampakan atau kecewakan jurujual tu kan sebab dah terangkan macam-macam kat kita. Sebaiknya, kalau kita dah betul-betul yakin yang kita memang nak membeli atas dasar keperluan tu boleh la dapatkan bantuan dari jurujual atau promoter tu.. (tapi jangan pula kita buat muka cari gaduh pula sebab kononnya sebab taknak berinteraksi dengan diorang)


#5 Tinggalkan Kad Kredit Dirumah
Kaedah ni bukan je dapat mengurangkan hutang, tapi boleh menyelamatkan kita dari terus membeli barang-barang yang kita tak perlukan. Perempuan ni kadang mudah sangat berbelanja kalau ada kad kredit sebab jumlah duit yang dibelanjakan tu memang tak nampak secara zahir.


Itulah dia 5 tips berjimat dari saya.. Memang pada kita nampak benda tu simple sangat tapi percayalah yang psikologi kita mampu bantu kita kawal cara berbelanja kita kalau kita tahu macam mana nak kawal.. Jadi selamat mencuba!


tips dari sini
Continue Reading

Thursday, 24 December 2015

Kongkong Suami Jangan Sampai Terlepas '4S'. Menyesal Nanti!

  


Ada wanita menyangka suaminya berjaya dikongkong. Apa taknya, disuruh itu dan ini, semua suaminya ikut. Si isteri ingat suaminya telah berjaya dikawalnya, tapi apa kata suami pada kawan-kawannya, “I bukan ikut kata isteri I, cuma malas tengok dia membebel. Jadi I buatlah apa yang patut agar dia ingat I ikut kata dia. Sebenarnya I bosan tengok perangainya. Itu sebab I ada girlfriend baru yang lebih memahami dan memberi I motivasi hidup!” 
 
 
Kenapa lelaki tidak suka dikongkong? Jawapan utama yang boleh dijadikan panduan adalah kerana lelaki itu adalah pemimpin yang perlu memimpin dirinya menjadi lelaki yang boleh dibanggakan dan dijadikan tempat bergantung kepada wanita yang menjadi isterinya atau teman lelakinya.
 
 
Lelaki yang perlu mengawal diri sendiri dengan mengawal nafsunya, nafsu amarahnya, nafsu batinnya dan pelbagai lagi nafsu yang menjadi fundamental kepada pelbagai masalah dirinya dan pasangannya jika tidak dikawal. 
 
 
Lelaki perlu memimpin dan membimbing wanita yang menjadi isterinya, bukan dipimpin oleh wanita. 
 
 
Sebagai isteri pula, wanita perlulah memberi kepercayaan, kerjasama dan kasih sayang yang ikhlas serta menyokong perjuangan dan penghidupan suaminya, dengan keikhlasan dan kasih sayang semanis cinta daripada isteri yang menjadi penghargaan kepada si suami. Macam mana pula si isteri boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada suami mereka? 
 
 
 
 
APA ITU 4 S?
Jawapannya terletak pada 4S, iaitu SAYANG dengan penuh ikhlas dan jujur pada suami masa susah senang, sakit sihat mereka. SENYUM  sentiasa pada suami walau dalam keadaan kita marah, merajuk atau mengeluh kerana penat dan sebagainya, percayalah suami akan menghargainya walaupun tanpa anda sedari.
 
 
SENTUH suami dengan sentuhan yang mesra secara fizikal dan sentuh hatinya dengan masakan dan jagaan anda yang ikhlas padanya. Akhir sekali SELESAIkan segera masalah-masalah kecil, sederhana dan besar dalam rumah tangga dan jangan biarkan suami anda terkulat-kulat menyelesaikannya sendirian. 
 
 
Insya-Allah dengan amal praktik 4S itu, suami akan sentiasa menghargai anda dan tidak perlu dikongkong atau dikawal. Selamat berbahagia.



Continue Reading

Wednesday, 23 December 2015

SCP Collagen terbaik untuk kesihatan..!

Assalamualaikum.. selamat petang.. dan selamat bercuti yer.. ^_^




Promosi Collagen tinggal seminggu je lagi.. ada nak selit order tak?? 


KORANG TAU TAK??

Usia awal 20 tahun, collagen dalam badan kita akan semakin menurun.
Cuba banding kan usia kita sekarang, sudah banyak mana badan kita kehilangan collagen??


Fungsi Collagen Powder ;


✔️ Anti Penuaan - Mengecilkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan

✔️ Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan mengelupas pada muka. 

✔️ Mengembalikan Keanjalan Kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan. 

✔️ Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.

✔️ Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar. 

✔️ Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit. 

✔️ Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara. 

✔️ Menguatkan- membantu kuatkan tulang dan  kurangkan rasa sakit sendi.

✔️ Menganjalkan - membantu mengekalkan otot mata supaya anjal

✔️ membantu meningkatkan fungsi otak. 




Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)





"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl
Continue Reading