Monday, 4 January 2016

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink



Assalamualaikum..

jom join GA ni.. ^_^


Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat
Continue Reading

NEW YAR 2016 SALE...!!

Assalamualaikum..

Pejam celik sekejap je masa berlalu kan? sekarang dah di awal bulan januari tahun baru..

Meh intai intai promosi super jimat bulan nim.. ^_^


Harga sangat memuaskan.. jimat & berbaloi baloi.. :)


1) ZINC COMPLEX 


Beli 3 PERCUMA 1 :

Retail Price : RM35
Promo Price : RM27
JIMAT RM8



2) VITA LEA FOR CHILDREN


Beli 3 PERCUMA 1 :

Retail Price : RM117
Promo Price : RM89
JIMAT RM28




3) VIVIX



BELI 6 PERCUMA 1 : 

Retail Price : RM503
Promo Price : RM432
JIMAT RM71

BELI 2, DAPAT 5% OFFER


Camne kawan kawan? sangat berbaloi kan..
apa lagi, meh selit order.. tawaran hingga hujung bulan nim yer.. ^_^




Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)






"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @fififizah_pearl

Continue Reading

Sunday, 3 January 2016

Lelaki Terus 'Cair' Kalau Berdepan 13 Sikap Wanita Macam Ini

Assalamualaikum..

 Lelaki Cepat 'Cair' Kalau Berdepan 13 Sikap Wanita Macam Ini


Ramai yang salah anggap dengan gerak tubuh dan cara lelaki melayan wanita. Lelaki ‘kaya’ dengan gerak tubuh, bahasa badan, cara pandangan, dan cara percakapan.
 
 
Ya, lelaki gemar menguji wanita pujaan hati sebelum diangkat menjadi pasangan hidup. Mereka menguji dengan cara yang ada kalanya disalah tafsirkan wanita.  
 
 
Ketahui 13 kriteria rahsia wanita yang menjadi idaman setiap lelaki.
 
 
1. Rupa Paras
Rupa paras cantik dikira bonus. Tapi rupa paras cantik itu terlalu subjektif untuk digambarkan. Ada yang manis dipandang, ada yang comel, dan banyak lagi. Awas, lelaki tak memandang paras rupa semata-mata pada bakal isteri. Haaa.. rupa cantik belum tentu hati pun cantik molek!
 
 
2. Pegangan Agama 
Kebiasaannya wanita idaman lelaki perlulah mempunyai pegangan agama yang kuat supaya dapat mendidik anak-anak kelak. Selalunya biar pun lelaki itu jenis 'gila-gila', dia tetap fokus cari wanita yang sopan. Cari pasangan hidup haruslah kuat pegangan agama agar masing-masing dapat memperbetulkan apa yang salah dan melengkapi apa yang kurang.
 
 
3. Budi Pekerti 
Budi pekerti yang baik pasti menjadi idaman lelaki. Tingkah laku, adab, kesopanan menjadi elemen penting dalam menilai seseorang. Ibu yang baik budi pekerti pasti melahirkan anak yang baik.
 
 
4. Pandai Masak 
Kalau dapat bakal isteri yang pandai masak, maka bahagialah perut mereka. Bagi yang kurang pandai memasak anda masih lagi boleh belajar dan curi peluang masak bersama, asah 'skill'.  Percayalah, air tangan wanita mampu sejukkan emosi lelaki yang merajuk. Eh, mentua pun boleh sangkut! 
 
 
5. Bijak Mengurus Kewangan 
Ini sangat penting kerana sedikit sebanyak dapat membantu pasangan apabila sudah berkahwin dalam menguruskan kewangan keluarga. Jika bakal isteri bijak menguruskan kewangan, itu menandakan bahawa dia bukanlah seorang yang boros. Pengurusan kewangan yang baik dapat menjamin masa depan yang cerah bersama anak-anak kelak.
 
 
6. Pandai Ambil Hati Keluarga Mentua 
Anda kena bijak mengambil hati keluarga calon mentua. Jangan terlalu peramah, dan jangan terlalu pendiam. Tetapi ingat, jangan bermuka-muka kerana anda akan dianggap hipokrit. Sebaiknya jadilah diri sendiri.
 
 
7. Menerima Seadanya 
Wanita yang sanggup menerima kelemahan pasangan adalah wanita yang sangat berharga bagi lelaki. Lumrah kehidupan pasti ada turun naik. Kehidupan suami isteri perlulah seiring dan sejalan serta bersama-sama menempuh pahit manis dalam perkahwinan. Jangan pula nanti semasa senang sahaja anda bersama suami, semasa susah dibiarkan si suami sendiri.
 
 
8. Hormat 
Setinggi mana pun pangkat dan darjat, hormat dan patuh pada suami lebih penting daripada segalanya. Biasanya lelaki tidak mengharapkan penghormatan yang tinggi seperti tunduk kepadanya sehingga tidak boleh bersuara. Cukup sekadar menghormatinya sebagai suami dan ketua keluarga.
 
 
9. Boleh Terima Teguran 
Teguran calon suami bukan bermakna benci tapi untuk memberikan kebaikan. Semua pasangan mahu kesempurnaan dalam hubungan mereka, jadi terimalah teguran calon suami dengan hati terbuka. Lelaki akan lebih selesa dengan bakal isteri yang  tak mudah ‘sentap’ atau merajuk.
 
 
10. Setia 
Jangan cuba bermain api kerana lelaki boleh hilang pertimbangan apabila berbicara tentang isu ini. Kesetiaan dalam perhubungan suami isteri sangat penting sebab anda nak berkongsi hidup lama dengan pasangan. Sudah tentu, lelaki mahukan calon isteri yang setia!
 
 
11. Berdikari
Kaum Adam sangat kagum dengan wanita yang pandai berdikari. Ini bermakna si isteri mampu melakukan sesuatu perkara tanpa terlalu bergantung kepada mereka. Wanita berdikari boleh memberi kesenangan dalam mengharungi kehidupan berumah tangga kelak. Terlalu bergantung kepada lelaki bukan sahaja menimbulkan kesusahan tetapi merimaskan lelaki. Sebab itulah ramai lelaki tertarik memilih calon isteri yang bijak dan berdikari.
 
 
12. Manja
Lelaki menyukai wanita yang keanak-anakan atau mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang. Lama kelamaan, lelaki akan berasa rimas.
 
 
13. Tak  Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Wanita cerewet merimaskan dan menyebabkan lelaki merasa jemu. Biasanya, wanita cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara.


semoga bermanfaat..
Continue Reading

Saturday, 2 January 2016