Sunday, 17 January 2016

Wanita Akan Jadi 'Superwoman' Bila 'Busy'. Setuju Tak?


 Wanita Akan Jadi 'Superwoman' Bila 'Busy'. Setuju Tak?

Wanita hari ini semakin terbuka hati untuk keluar mencari rezeki, ada yang keluar bekerja demi kepuasan sendiri dan setengahnya demi membantu suami tersayang. 
 
 
Ya, cabaran bagi ibu bekerja ialah mencari keseimbangan antara kerja dan keluarga. Perlu bijak membahagikan masa dan meluangkan masa berkualiti bersama suami dan anak. Macam mana untuk kaum wanita menumpukan perhatian dan tidak mengganggu waktu bersama keluarga, anda boleh rujuk sini...
 
 
1. Guna Gajet Dengan Betul 
Tonton televisyen pada masa tertentu sahaja. Jangan ada apa-apa skrin di meja makan kerana waktu makan adalah masa untuk keluarga. Penggunaan teknologi perlu bijak diimbangi. Misalnya digunakan untuk belajar bahasa menggunakan aplikasi tertentu. Gunakan dengan betul, maka teknologi akan membawa manfaat.
 
 
2. Atur Rutin Sebaiknya
Kalau rutin anda menjemput anak dari sekolah setiap hari, maka buat jadual dengan betul. Jika tidak dapat menjemput anak pada waktu yang telah ditetapkan, cari orang lain untuk ganti. Jika rutin setiap malam ialah membacakan buku cerita kepada anak, jangan sesekali gagal melakukannya. Haaa... ibu kena utamakan waktu seharian yang penting dan khusus untuk mereka.
 
 
 
 
 
3. Lakukan Aktiviti Hujung Minggu
Elakkan bekerja ketika anak bercuti sekolah. Bukan bermaksud perlu membawa anak beli-belah atau melawat tempat peranginan. Cukup sekadar pergi ke taman pada waktu pagi atau keluar bersarapan di tempat kegemaran anak. Asalkan ibu bapa ada bersama anak, pasti anak akan rasa gembira.
 
 
4. Jelas Perkara Sebenar
Bawa balik kerja ke rumah bukanlah perkara yang betul. Namun jika terpaksa melakukannya, jelaskan perkara sebenar kepada anak. Sebolehnya siapkan kerja selepas anak sudah masuk tidur. Jika terpaksa menyiapkan kala mereka belum tidur, ganti balik masa itu.
 
 
5. Elak Stres
Jangan terlalu memaksa diri sendiri. Jika terlalu stres, jangan sampai melepaskan stres itu pada suami atau anak. Jangan biar mereka jadi mangsa. Tenangkan diri pergi gimnasium atau urut di spa. Ada kala, waktu bersendirian akan meredakan stres.
 
 
6. Fahamkan Majikan
Ramai wanita meletak jawatan kerana majikan tidak cuba memahami tanggungjawab kakitangan yang bergelar ibu. Suarakan cadangan kepada majikan kerana majikan sepatutnya mendengar suara kakitangan.
Continue Reading

Saturday, 16 January 2016

Susah Sangat Ke Nak Jaga Mak Ayah? Baca Ini

Assalamualaikum.


 'Surat Cinta' Buat Anak Yang Berat Hati Nak Jaga Mak Ayah Sudah Tua


Masalah dalaman sesebuah keluarga diuji dengan giliran siapa nak menjaga orang tua uzur yang kadang meninggalkan parut dalam hubungan adik beradik disebabkan saling tunding jari sampai dendam itu pun diwarisi. Kalau bukan kerana takut kepada Allah ramai yang patah semangat mengambil tanggungjawab berat ini. Tapi sebab sentiasa teringat dengan ancaman keras terhadap anak yang derhaka membuat kita sentiasa bermuhasabah:
 

“Jika salah seorang di antara keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya (sebarang perkataan kasar) Uh.. dan janganlah kamu menengking dan menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra’ ayat: 23)
 

Cabaran-cabaran yang biasa dihadapi anak-anak yang menjaga ibu bapa dan mertua adalah:
 

GILIRAN JAGA
Ada kalanya ibu bapa hanya mahu tinggal di rumah anak yang dirasakan lebih ‘kaya masa’ daripada kaya harta bukan kerana ibu bapa kita pilih kasih tapi normal bagi orang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian.

Tolonglah anak-anak... bukan bermakna yang kaya tak baik melayan ibu bapanya bahkan sesetengah keadaan orang tua suka memuji anak-anaknya yang berduit kerana mereka lebih bermurah hati menolong keluarga. Bukan pula menidakkan kasih anak yang tak berapa kaya harta, biasanya anak yang kaya hati paling disayangi. Hanya malang bagi anak yang sudahlah tak kaya harta hatinya pun miskin, tak beradab pula dengan orang tua!


Sudahlah tak mahu menjaga ibu bapa atau mentua dengan alasan kerja di pejabat membebankan semasa cuti pun tak rasa berdosa pergi melancong, lalu bila lagi mahu menjaga ibu? Padahal Allah lebih suka seorang hamba menangguhkan jihad semata-mata mahu menjaga ibu bapa, inikan mahu bercuti saja tanpa ingat tanggungjawabnya?

Rasulullah s.a.w bersabda: Abdullah bin Umar berkata: Saya telah bertanya kepada nabi s.a.w: “Apakah perbuatan yang dicintai Allah? Lalu baginda s.a.w bersabda: Solat pada waktunya. Kemudian apa? Tanya saya lagi. Baginda bersabda: berbakti kepada ibu bapa. Saya bertanya: Apalagi? Baginda s.a.w bersabda: Berjihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


MAMPU ATAU TIDAK
Masalah pilihan dan pergiliran hendaklah mengikut kemampuan dan kata sepakat bersama, janganlah sampai lepas tangan tak pedulikan ibu bapa dan mentua yang uzur disebabkan berasa saudaranya lebih mampu daripada kita. Jika nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Allah Maha mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati.


LAYAN EMOSI 
Kalau tak mampu dari segi harta, cuba mampukan diri meluangkan masa atau menyumbangkan tenaga menjaga mereka, cara itu tak semestinya memerlukan perbelanjaan besar. Cuba isi kekosongan hati ibu dan ayah dengan gurauan dan pandai-pandailah mengambil hati saudara kita yang sudah bersusah payah menjaga mereka.


Jangan disalah tafsir kadang-kadang ibu bapa mengadu tentang layanan buruk yang diterima, jangan sesekali kita terbawa emosi tanpa usul periksa, bukan disebabkan tak percaya dengan aduan ibu bapa kita tapi mungkin mereka menyalah tafsir layanan anak menantu yang tinggal sebumbung itu.

Ya, hati memang mudah terluka, sedih dan terasa jika usia dan hormon semakin berubah. Kita perlu belajar psikologi orang tua yang tak sama dengan orang muda, oleh itu kesabaran amat bernilai dalam hubungan kekeluargaan sebegini.


IBU BAPA ATAU MENTUA?
Perkara paling sulit dilalui seorang anak adalah apabila terpaksa menghadapi dilema, siapa yang sepatutnya ditaati dan diikut apakah ibu bapa atau mentua? Di sebalik isu ‘menyebelahi siapa’ eloklah disuburkan suasana rundingan yang saling menghormati antara ibu bapa dan mentua.

Tak mustahil jika semua sepakat duduk dalam meja rundingan yang tiada siapa dilebihkan dari yang lain lama kelamaan proses adaptasi antara ibu bapa dan mertua akan berjalan dengan mudah. Tak bermakna segala yang orang tua cakap adalah betul dan tak boleh disanggah sama sekali, bahkan agama kita mengajar untuk memberi setiap orang  haknya, agama kita bukan otoritet! Hanya saja cara penyampaian yang mesti dielokkan sehalus mungkin dalam meluahkan bangkangan terhadap suatu isu yang melibatkan orang tua dan mentua.


Selagi mana orang tua dan mentua menjadi prioriti utama selayaknya anda mendapat penjagaan yang sempurna dari Allah SWT. Menjaga mereka adalah ibadat yang kedudukannya nombor dua terbaik selepas tauhid dan memelihara mereka diutamakan daripada jihad di jalan Allah. Adakah kita masih memberi alasan tak munasabah di hadapan Allah nanti?


semoga bermanfaat...
Continue Reading

Friday, 15 January 2016

Semak Balik Kalau Duit Selalu Tak Cukup. Boleh Jadi Ini Faktornya

Assalamualaikum..


 Semak Balik Kalau Duit Selalu Tak Cukup. Boleh Jadi Ini Faktornya

Ada ketikanya masalah tak cukup wang selalu mengganggu fikiran. Paling teruk kalau tiap-tiap bulan tak cukup wang. Malah ada yang sampai berhutang semata untuk cukupkan keperluan. Silap-silap kalau tak pandai menguruskan kewangan, anda akan terbelit dengan masalah hutang keliling pinggang.


Sebenarnya banyak aspek lain yang perlu diambil kira. Kata orang, kalau rezeki berkat dapat sedikit pun cukup. Kalau tak berkat, duit banyak masih tak lekat.


Ok elok tarik nafas dalam-dalam dan bermuhasabah diri. Bagi baiki apa yang silap, anda boleh semak sini beberapa penyebab yang boleh berkait dengan masalah duit makin kering...



1. Berkira dengan orang tua
Tengok cara hidup diri sendiri. Adakah kita sudah cukup berbakti kepada orang tua? Andainya berasa kurang berbakti itulah antara penyebabnya Allah sempitkan rezeki kita dan berasa sentiasa tak cukup wang. Tak kira orang tua kita berada dekat mahupun jauh, itu bukan persoalannya. Jangan risau untuk menghulurkan duit pada mereka kerana Allah pasti akan gantikan kita dengan rezeki yang kita tak sangka-sangka.


2. Buta ekonomi
Sikap boros berbelanja apabila dapat sahaja wang gaji. Tiba di pertengahan bulan wang simpanan terpaksa digunakan untuk menampung perbelanjaan dan rutin hingga hujung bulan. Andai hal ini berterusan pada setiap bulan, itu bermakna anda punya masalah dalam menguruskan ekonomi rumah tangga sendiri. Belajarlah menggunakan wang secara berhemah.


3. Acuh tak acuh pada kewangan
Ada yang dah sedar duit tu tak berapa nak cukup. Tapi anda tetap tak mencari jalan penyelesaian untuk keluar daripada masalah kewangan. Hingga masalah jadi  berpanjangan membuatkan anda sentiasa berada dalam masalah kewangan yang tiada berkesudahan. Tolong ubah sebelum masalah jadi lebih besar.  


4. Sikap suka pilih kerja
Walaupun berada dalam keadaan tiada kerja tetapi masih ego memilih kerja. Sikap begini perlu diubah untuk keluarkan diri dari belenggu kewangan. Ini masalah diri sendiri dan sikap yang tidak mahu berubah. Runtuhkan ego demi kesejahteraan hidup.


5. Banyak merungut
Hanya tahu merungut itu dan ini tetapi malas berusaha. Tambah lagi jika anda adalah ketua keluarga, pastinya masalah kewangan adalah masalah utama. Buang sikap suka mengeluh sebaliknya berusaha keras mencari wang. Memang wang bukan segala-galanya, tetapi dunia hari ini segala-galanya perlukan wang. Fikir-fikirkan.
Continue Reading

Thursday, 14 January 2016

Nota Buat Ibu Ayah: 7 Solusi Didik Anak Tanpa Jeritan

Assalamualaikum..


Nota Buat Ibu Ayah: 7 Solusi Didik Anak Tanpa Jeritan

Ketika anak meragam ibu dan ayah kena belajar erti sabar. Ingat. jangan cepat menjerit apatah lagi naik tangan. Fahami cara untuk ibu dan ayah kawal emosi yang sedang marah. Ikuti teknik didik hati agar kekal bersabar ini.


1. Kuasa pelukan
Peluk dan usap kepala anak-anak secara perlahan-lahan bagi memberikan maksud sayang dan kasih kepada mereka. Ketika peluk, terangkan kepada mereka apa yang telah berlaku dan mengapa tidak boleh buat. Wujudkan perhubungan erat antara ibu bapa dan anak-anak. Komunikasi berkesan mudah dicapai apabila hubungan kekeluargaan itu rapat.


 
2. Jadi teman kepada anak-anak
Anak-anak perlu diberi peluang mengutarakan idea mereka dan perasaan. Kadangkala ibu bapa tak selesa jika anak-anak meluahkan perasaan tak puas hati atau mengkritik atau komen kepada mereka. Cuba dengar dulu apa yang ingin disuarakan itu dan beri tumpuan yang serius dengan luahan itu. Tunjukkan minat anda untuk mendengar penjelasan mereka.
 

 
3. Dekati mereka dengan penuh kasih sayang
Meskipun mereka menguji kesabaran anda. Berusaha memujuk hati mereka dan bercakap secara harmoni dengan mereka. Ketahuilah bahawa anak-anak memerlukan perhatian anda. Sesetengah mereka rasa nyaman dan tenang jika anda tetap memujuk mereka.


4. Berkongsi hobi dan minat
Perkongsian membolehkan anak-anak berasa selesa untuk berdamping dengan ibu bapa. Segala permasalahan dibincangkan bersama dan mengikut peraturan dalam keluarga.


5. 'Top up' ilmu dan kemahiran keibubapaan
Pelajari dengan lebih mendalam menerusi sumber yang pelbagai sama ada secara lisan mahupun bukan lisan. Persekitaran yang positif mampu membangkitkan emosi yang sihat dan progresif. Maka pelajarilah ilmu keibubapaan dengan ikhlas dan tanpa jemu.


6. Pujuk anak-anak dengan intonasi
Pujuklah anak-anak dengan intonasi suara dan perkataan yang bersesuaian. Tegur kesilapan secara berhemah dan menghormati privasi anak-anak. Elakkan daripada memarahi atau menegur anak-anak di hadapan rakan-rakannya atau orang lain. Tindakan tersebut mungkin menyebabkan anak-anak hilang yakin diri serta malu dengan mereka yang lain.


7. Perbincangan keluarga
Biasakan mengadakan perbincangan keluarga dalam suasana santai dan harmoni. Pilih waktu sesuai untuk berbincang tentang perkara-perkara melibatkan keluarga. Biasakan anak-anak dengan kaedah ini bagi membentuk disiplin diri serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Continue Reading

Vivix Shaklee Terbaik..!!

Assalamualaikum..


Apa khabar semua?? Syukur alhamdulillah Allah masih panjanglan usia kita semua. ^_^

Fizah nak kongsikan kesan pengambilan Vivix shaklee.

Vivix merawat berbagai jenis penyakit.



Testimoni #1


Testimoni #2






Testimoni #3



Semua ni antara testimoni daripada pengguna vivix.. Alhamdulillah, sembuh dengan izin Allah swt..








Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)




"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @vitamincantik_byfififizah
Continue Reading