Saturday, 3 October 2020

Turun Berat 15kg dengan Set Kurus Shaklee

Turun Berat 15kg dengan Set Kurus Shaklee | Vitamin Fizah


Assalamualaikum selamat pagi! 😍

Fizah nak share testimoni dari Puan Shima yang berjaya turun kan berat badan sebanyak 15kg dalam masa 8 bulan dengan Set Kurus Shaklee. Woww sangat kan?


"Shima Tahir :Assalammualaikum. Ni sy share testimoni diri sendiri dengan Set Kurus Shaklee ." 

Apa yang beliau ambil?
Beliau konsisten ambil herblax, alfalfa, lecithin, omega, esp .

Cara makan yang beliau amalkan :
Alfalfa : 5bj siang, 5bj malam
Lecithin : 3bj siang, 3bj malam
Herblax : 3 kali seminggu, 4bj setiap kali
ESP : setiap pagi
Omega Guard : 3 biji malam

Betapa lama ambil masa unthk turun berat badan? 
Dari oktober mcm tu, sy ambil esp, lecithin dan alfalfa mmg dari awal . Omega sy selang2 ambil, herblax sy mula lmbat sket dlm bulan 12, sbb sy monitor pengambilan herblax sbb anak tengah bf . So far ok alhamdulillah .

Macam mana dari segi jaga pemakanan dan exercise?

Sy share skit ye . Sy suka guna basic dlm principle shaklee sndri . 

1) Exercise regularly
- sy mmg ada exercise cuma agak jarang sbb anak2 kecil lg, cuma dekat rumah kdg2 sy exercise, tak heavy tp uruskan anak pn dh berpeluh. Kdg2 sy jalan kaki je petang2, sy czer jd sy berjaga jaga skit. Yg bagus, praktis lah hari2 ye utk yg mampu. 

2) Eat healthy 
- Mula2 sy buat IF, tp cuma bertahan 1 mggu . Haha yang ni sape buat keep it up. Sy memang kuat makan plus asyik rasa nak makan, maybe sbb bf anak (slhkan anak lg) . Cuma lepas sy tak continue IF tu, sy still control nafsu makan, sugar sy cut, minyak2 sy kurangkan, kafein sy stop, kdg2 tercheat tu biasa, plg penting lepas dah telan mcm2 sy takkan lupa ambil omega dan herblax .

3) Supplement wisely
- Yang ni, sy mula2 dlm oktober ke november, effect lambat sket, tp sy sgt yakin dgn produk shaklee. 100% yakin, sy takde mix produk lain. Sy konsisten je. Alhamdulillah lepas tu sgt sgt sgt berkesan dan membantu. Jgn skip dan konsisten kalau boleh . Banyakkan air kosong .
-Puan Shima-


Terima kasih puan Shima. Perkongsian yang sangat bermanfaat buat yang tengah mencari suplemen untuk bantu turun kan berat badan disamping kawal pemakanan dan juga buat senaman. 

Nak dapat kan set kurus Shaklee boleh roger fizah kat sini

Atau nak harga lagi Jimat dan berbaloi?
Boleh Klik je join now di bawah ni

Info lanjut berkaitan set kurus Shaklee boleh refer kat sini yer Set Kurus Shaklee

Joms sesama amalkan gaya hidup sayang sihat, jaga kesihatan sekarang untuk jangka masa yang panjang. 

Sihat dalam, pasti terserlah diluaran. ^_^
Continue Reading

Friday, 2 October 2020

Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee | Vitamin Fizah

Ada 3 Set Kurus Shaklee iaitu

1. Set Kurus Shaklee (Basic) 


Herblax : Campuran  proprietary Herb Lax termasuk Daun Senna yang di guna kan secara traditional sebagai laksatif semulajadi. 

Herblax Berfungsi sebagai:
1. Pelawas
2. Membantu mengempiskan perut
3. Membantu masalah sembelit 
4. Membantu menurunkan berat badan

Lecithin : Berasaskan Soya Non GMO 
Yang berfungsi sebagai :
1. Pengemulsi semulajadi yang membantu untuk memecah kan lemak dalam proses penghadaman. 
2. Membantu meningkat kan daya ingatan. 

2. Set Kurus Shaklee (Popular) 

Herblax : Campuran proprietary Herb Lax termasuk Daun Senna yang di guna kan secara traditional sebagai laksatif semulajadi. 

Herblax Berfungsi sebagai:
1. Pelawas
2. Membantu mengempiskan perut
3. Membantu masalah sembelit 
4. Membantu menurunkan berat badan

Lecithin : Berasaskan Soya Non GMO 
Yang berfungsi sebagai :
1. Pengemulsi semulajadi yang membantu untuk memecah kan lemak dalam proses penghadaman. 
2. Membantu meningkat kan daya ingatan.

Esp : Berasaskan kacang soya Non GMO, indeks glisimek yang rendah dan berperisa vanila. 

ESP berfungsi :
1. Membantu memberi kan rasa kenyang lebih lama. 
2. Membekalkan tenaga berterusan 
3. Membantu membina otot

3. Set Kurus Shaklee (Optimum) 

Herblax :Berfungsi untuk detox usus, mengemis kan perut dan mengelakkan sembelit.

Lecithin : Berfungsi untuk memecah kan lemak dalam proses penghadaman

ESP : Buatkan perut rasa kenyang lebih lama dan beri tenaga berterusan

Omega Guard : Membakar lemak sekitar organ penting dan mengawal kolestrol

Alfalfa complex : Detox darah, Membuang air berlebihan di dalam badan


Kalau Uols mencari set kurus Shaklee boleh fizah kat sini

Atau 

Nak join ahli boleh ke join now



Vitamin Fizah, 
Sihat dalaman, terserlah di luaran. 
Continue Reading

Thursday, 1 October 2020

5 Tips Pilih Protein yang Betul

5 Tips Pilih Sumber Protein yang Betul | Vitamin Fizah


APA ITU PROTEIN?

PROTEIN adalah biomolekul besar atau makromolekul yang terdiri daripada satu atau lebih rantaian panjang residu asid amino. 
 
PROTEIN melakukan pelbagai fungsi dalam setiap organisma termasuklah reaksi metabolik, replikasi DNA, merangsang rangsangan dan mengangkut molekul dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

PROTEIN berbeza antara satu sama lain terutamanya dalam urutan asid amino mereka, yang ditentukan oleh urutan nukleotida gen mereka dan biasanya menghasilkan protein melipat ke struktur tiga dimensi tertentu yang menentukan aktivitinya.

Kalau dalam bahasa mudahnya, PROTEIN merupakan nutrisi terpenting dalam diet seharian kita, ia umpama blok-blok sel yang membina tubuh manusia, atau ia seolah-olah batu-bata yang digunakan untuk membina sesebuah rumah.

5 TIPS PILIH SUMBER PROTEIN YANG BETUL






Semoga bermanfaat. Sumber protein terbaik ini terdapat dalam ESP Shaklee.  (^_^) 
Continue Reading

Wednesday, 30 September 2020

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Kelebihan menjadi Ahli Shaklee yang anda perlu tahu 🙂

Kini dengan hanya rm35 sahaja dah dapat jadi ahli shaklee. Murah sangat kan? 


Menjadi ahli Shaklee akan melayakkan anda mendapat peluang sebagai distributor dan seterusnya biznes leader (BONUS TUNAI).
(InshaAllah andai satu hari berjaya menjadi biz leader Shaklee)
So jom kita tengok apa kelebihan seorang
Ahli Shaklee!

1. Mendapat harga ahli dengan *untung runcit* sebanyak 15-20% diskaun

2. Berpeluang mendapat bonus peribadi bermula dgn 5% sehingga 21% hasil drpada penggunaan sendiri / guna, berkongsi manfaat dan jual pada kenalan, keluarga

3. Mendapat promosi khas Shaklee untuk distributornya. Jadi lebih untung guna sendiri dan untung untuk dijual juga

4. Berpeluang hadiri talk, seminar anjuran Shaklee.

5. Berpeluang menghadiri konvesyen kebangsaan Shaklee yang diadakan setiap tahun.

6. Dijemput menghadiri kelas2x produk, dan kesihatan anjuran Shaklee setiap bulan di branch Shaklee berdekatan anda seluruh Malaysia

7. Berpeluang menjadi seorang leader Shaklee!

Apabila jadi bisnes leader shaklee, anda berpeluang mendapat

8. Bonus Kepimpinan Shaklee 1 sampai 6 peringkat.

9. Insentif Koordinator Shaklee Leader.

10. Car Bonus Program.

11. Peluang jelajah di dalam negara, luar negara dan UMRAH untuk Muslim Leaders

12. Berpeluang join support group di WA, Telegram dan FB

13. Kelas tips bisnes melalui Online

14. Consultation melalui Online medium

15. Kelas juga Offline di seluruh Malaysia 

16. Guidance dr Mentor3x Shaklee 

17. Konsultansi bisnes EXCLUSIVE 1-1.


Nak join ahli Shaklee? Boleh isi details di tab Join Now ya!
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1213594 

Jom kt ikhtiar jaga nikmat kesihatan dgn manfaat Shaklee
dgn izinNya, kesihatan dapat dipelihara dengan baik, In Sha Allah. 
Cegah sebelum Parah 😊

Sihat dalaman, terserlah di luaran. 


Continue Reading

Tuesday, 29 September 2020

Jenjalan dekat Muzium Negeri Terengganu

Jenjalan dekat Muzium Negeri Terengganu


Assalamualaikum selamat petang uols.

Semua sihat ke tu? Semoga semua sihat selalu dan terhindar dari wabak Covid 19 yang menukar sekarang ni. Aamiin

Nak share cerita jugak la, semalam alang alang sampai ke Kuala Terengganu atas ada urusan dan urusan pun selesai awal dan on the way nak balik tu terdetik la nak pergi melawat muzium Negeri Terengganu. 

Tak rancang pun sebenarnya, dah alang alang sampai pergi pulak semalam hari isnin waktu orang bekerja jadi confirm confirm la muzium bukak kan. Ehhe

Selalunya datang Kuala Terengganu time weekend biasa muzium tutup. 

Actually pernah ke sini pun zaman sekolah rendah Uols. Dah lebih kurang 18 tahun kot tak jejak sini. Hahaa

So semalam ambil peluang bawak Maa, Adik Adik dan anak anak sekali.
Seronok je diaorang. 

9. 30 pagi masuk Gate muzium, berhenti tanya guard, guard bagitau muzium buka jam 10pagi.
So apa lagi masuk dalam tunggu ajela dalam setengah jam lagi. 

Dekat jam 10 pagi terus je masuk dekat pintu Utama muzium. 
Sebelum sampai pintu Utama macam biasa la duk berselfie pun se hal dah. Haha

with ma n Adik no 4.

Maa, Adik bungsu dan anak anak fizah.

Ummi anak dua. Biasa la part bergambar dengan anak anak ni kan susah benar la dapat gambar yang elok kan.

sebelum exercise naik tangga. Selfie dulu. Hihi. Mujur time ni cuaca Redup je tak panas. 


tengok la tu budak budak ni dengan tangga berpisah tiada. Laju dia orang dari kita. Sekali tengok tup tup sampai atas dah. Haha

Sampai je atas terus scan dan terus ke kaunter tiket. 
Dewasa dan anak2 7tahun ke atas rm2 je kena bayar. Harga ni khas sejak musim Covid ni la. Sebelum ni harga biasa sekali masuk seorang rm5.

Nila tiket nya. Fizah pun lupa dah Rupa tiket zaman sekolah dulu macam mana. Hahaa

Yang umur bawah 7tahun tu free je masuk tak payah bayar. 
Masa pergi semalam pun takde ramai mana pengunjung, jadi takde la sesak. 


  Ni tangga untuk naik ke atas, atas ni ada sekali pameran petroleum. 

Kat atas ni ada sejarah pasal sultan Terengganu kita, pameran set makan, pakaian, duit syiling lama dan banyak lagi.

Kat sini banyak blok jugak. Ni kira blok A rasanya. Tapi kat tengah tengah ni ada part yang dalam proses renovate baiki lampu, mengecat semula muzium.


Kat atas sama a rasa tadi jugak la ada galeri petroleum. Kat dalam ni ada la dia cerita pertubuhan Petronas semua, galian Minyak dan banyak jugak la.

Nampak gelap suram budak budak ni takut jugak la. Hahaa. 
Tapi takyah takut, kat depan sebelum masuk galeri ada je Pekerja muzium jaga kat situ. 


rest dulu kat tengah tengah ni. Angin sepoi sepoi sesambil tunggu ma, nak jumpa Kawan sekolah ma salah seorang Pekerja kat muzium ni.

Kira diaorang throwback la zaman sekolah diaorang dulu. Hehe

ada ruang rehat la kat sini kalau dah penat duk pusing pusing. Ni gambar kakak Humaira ambil kan. 

Settle kat sini kitaorang turun bawah balik dan pergi ke blok B, kat sini ada pameran haiwan haiwan macam macam jenis. 

Haiwan haiwan ni dah Di awet la. 
Budak budak paling suka dan syok kat sini la boleh tengok haiwan itu haiwan ini. Puas pusing keluar la, kat sini la jumpa Kawan ma tadi. 

Lepas tu kita keluar pergi makan. Dekat depan muzium ni ada truck makanan jadi kalau penat malas nak keluar or Lapar ke boleh je singgah makan je kat situ. 

Ada nasi putih, laksa penang, masakan panas. Semalam makan laksa penang, memang sedap. 

Siap makan jalan lagi g bahagian perkampungan budaya. Kat sini free je masuk sebab baru je buat bukaan pada 3 September 2020 awal bulan haritu. 


Lepas ni kena bayar tapi tak sure seorang masuk kena bayar berapa antara rm10-rm15 macam tu.

si kecik lawat kawasan. 

Kat sini ada beberapa jenis rumah lama yang diperbuat daripada kayu cenggal. Boleh tengok setiap rumah ni memang besar sangat lepastu dia punya design berbeza dan memang menarik. 
Semalam sempat naik sebuah rumah je. Sejuk je bila naik rumah ni, design orang zaman dahulu tapi ada function nya tersendiri. 

Siap dekat atas pintu ada ukiran ukiran ayat quran.

nampak tak kat atas tu dari jauh nampak design ukiran biasa jekan. Tapi nya design tu ukiran ayat Al quran, ayat pendinding.

Kat bahagian dapur ada pameran alat alatan dapur yang diperbuat dari tembaga. Contoh macam pengisar, lesung batu. Ada perabut lama juga. 

Rumah ni tinggi, kat bawah tu boleh santai boleh buat tempat parking kereta lagi. 
Sempat melawat sebuah rumah ni jela. Yang lain in Sha Allah next time datang lagi hari weekend. 

Sebab hari weekend jumaat, sabtu dan ahad tu diaorang ada aktiviti budaya macam solat, tarian, ada masak masak jugak. 

In Sha Allah lepas ni Pekerja kat sini cakap hari hari akan ada aktiviti. Cuma buat masa sekarang aktiviti tu ada untuk weekend sahaja. 

Nila area bawah rumah yang kitaorang naik tadi bawah ni ada tempat santai boleh berteduh boleh lepak kalau dah rasa penat nak tawaf satu muzium ni. 

Cantik kan meja ni? Meja diperbuat daripada buluh. Kreatif je orang dulu dulu. 
Buat dari Bahan yang ada di sekeliling n semuanya buat sendiri. 

Ni tak tawaf semua ni, ada lagi part yang kitaorang tak pergi. Ni pun dah nak pukul 1 petang rasa dah tak larat nak jenjalan. Hehe
Tambahan pulak anak time ni dah ngantuk nak tidur settle sini terus je balik.

Kalau keluar dari kat sini belah Kiri ada lagi kandang burung, ada juga kapal kat situ tapi tak pergi.
Pergi mana yang sempat je. 

Uols kalau datang Terengganu, datang la kat Muzium Terengganu ni bawak anak anak. Nanti boleh Google je maps datang sini. In Sha Allah jumpa je.

Alhamdulillah seronok, anak anak pun enjoy. Kita pun enjoy refresh balik sejarah lama lama. Hihi

Semoga bermanfaat. ^^, 
Continue Reading