Thursday 29 October 2015

INFO KESIHATAN l MANFAAT SANTAN UNTUK RAMBUT SIHAT



Santan bukan sahaja digunakan untuk masakan harian, malah ianya juga mempunyai banyak manfaat dan keistimewaan khusus untuk rambut.

Santan mengandungi protein dan zat besi yang bermanfaat dalam kesihatan. Penggunaan santan adalah kaedah terbaik yang mampu membantu dalam usaha mendapatkan rambut sihat serta cantik bersinar.

MANFAAT SANTAN KEPADA RAMBUT :

> MENCEGAH RAMBUT KUSUT

- Menggunakan santan sebelum diratakan ke seluruh rambut dan balutkan rambut anda dalam tempoh satu jam. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya seklai seminggu dan anda pasti tersenyum melihat hasilnya yang membuatkan rambut anda tidak kusut.

> MENINGKATKAN PERTUMBUHAN RAMBUT

- Santan kepala mengandungi lemak pati dan Vitamin E yang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut serta menjadikan rambut lebih cantik. Campurkan santan bersama minyak zaitun sebelum diratakan ke seluruh rambut selepas menggunakan syampu, hasilnya memukau dan mampu mengelak masalah rambut gugur.

> MENCEGAH KULIT KEPALA KERING

- Kulit kepala kering bukan hanya menyebabkan masalah kelemumur, tetapi juga menyebabkan rambut rosak. Santan juga boleh dijadikan pelembap yang mempunyai lemak dan mampu membantu memperbaiki keadaan kulit kepala.

> MENGATASI KEROSAKAN RAMBUT

- Sinaran matahari dan kualiti udara turut menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi rosak. Lumurkan santan kepada kepala menjadikan rambut lebih kuat dan tidak mudah putus.

> MEMBUAT RAMBUT BERKILAU

- Menambah madu pada santan dan dilumurkan pada rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu membuatkan rambut cantik berkilau dan sihat dari luar dan dalam.

Semoga bermanfaat yer.. sama sama menjaga rambut kita dengan baik n sekali sekala buat terapi rambut agar rambut sentiasa sihat. ^_^

Info SINI

4 comments:

  1. hai...yaya datang dari Jom Kita Sembang Bersama 35 Blogger...salam perkenalan dari Yaya Cendana :)

    mohon komen murni di

    http://www.yayacendana.com/2015/10/asean-musical-extravaganza-2015-matic.html#comment-form

    terima kasih ^_^

    ReplyDelete
  2. PETUA ORANG DULU2 TU...TKSH PERKONGSIANNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. petua orang dulu..jrang dh org zamn skrg praktik kan..

      Delete

Terima Kasih atas komen anda.