Assalamualaikum.. ulser? Kalau dah kena memang terkesan sangat..nak makan pun sakit kn.. nak bercakap dengan orang pun malas sebab duk tahan sakit...
APA PUNCA ULSER NI?
- - Akibat tergigit atau terkeja makanan tajam
- - Kurang minum air
- - Kekurangan zat besi, asid folic dan vitamin B12
- - Jangkitan kulat, virus dan bakteria
- - Factor cuaca
- - Panas dalam
- - Kesan dari radioterapi dan kimioterapi
CARA / PETUA MERAWAT ULCER
1. Air garam
– berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari untuk
mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut
Air garam juga dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.
2. Air baking soda
Anda boleh mencampurkan air dan baking soda dan
diletakkan di bahagian ulser. Perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka
terbabit.
3. Air
kelapa
Berjemur di bawah panas atau
bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh panas
berlebihan.Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih
sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus
untuk kesihatan.
4. Marjerin
Mungkin anda tidak tahu bahawa
marjerin mampu mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di
ulser tersebut dan marjerin itu akan cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut
sembuh. Petua ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan mereka.
5. Madu
Madu sangat berkesan untuk
mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan madu di ulser tersebut
sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. Petua ini juga sangat
sesuai dengan kanak-kanak.
Mudah dan senang saja kan
petua-petua yang kita boleh cuba untuk mengurangkan ulser mulut. Jadi lepas ni
tak perlu kita risau lagi jika terjadi ulser mulut, cuba
salah satu petua diatas. Insyaallah semoga dapat membantu kita semua.
SUMBER : SINI
0 Comments:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen anda.