Sunday 22 November 2015

6 Tip Ini Buat Rambut Lebih Sihat Walau Bertudung


Assalamualaikum..
pagi nim fizah nak share tip agar rambut lebih sihat walaupun bertudung.. ^_^

6 Tip Ini Buat Rambut Lebih Sihat Walau Bertudung


Rambut yang sihat dan bersinar menjadi idaman wanita. Mereka sanggup membelanjakan wang ke salon untuk melakukan perawatan rambut. Sebenarnya, ramai yang terlepas pandang. Selain ke salon, wanita juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan tertentu untuk merealisasikan impian ini. Jom ikuti tip berikut.
1. Lebihkan Makan Ikan & Kekacang

Kandungan protein dalam ikan dan kekacang dikatakan dapat membuat kulit kepala sihat. Ia juga membantu menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala. Protein membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Rambut akan beransur sihat dan menawan.
2. Jangan Basuh Dengan Air Panas

Elakkan mencuci rambut dengan air panas, ia menyebabkan rambut hilang kelembapan. Minyak semula jadi pada rambut yang bertindak sebagai perapi akan hilang apabila terkena air panas. Akibatnya rambut menjadi kering dan mudah bercabang. Sebaik-baiknya gunakan air sejuk, ia memberi kesegaran pada rambut dan kulit kepala.
3. Urut Kulit Kepala

Ketika mandi, biasakan mengurut kulit kepala. Urutan yang lembut dan dilakukan secara konsisten akan membantu melancarkan perjalanan darah. Kulit kepala sihat dan rambut juga semakin menawan.
4. Elakkan Pengering Rambut

Sebaik-baiknya elakkan penggunaan pengering rambut kerana dalam jangka masa panjang ia menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Selepas mandi, keringkan rambut dengan tuala. Lap secara lembut kerana rambut sangat lemah ketika basah. Biarkan rambut kering secara semula jadi.
5. Gunakan Sikat Yang Sesuai

Pilih sikat yang sesuai, tidak mengapa jika anda membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sikat mahal. Penggunaan sikat yang betul membantu melindungi rambut daripada rosak. Sikat yang tajam di permukaan akan mencederakan kulit kepala. Gunakan sikat dengan bahagian hujung berbentuk bulat. Jika kurang pastikan dapatkan pandangan pakar rambut.
6. Usah Ikat Rambut Terlalu Ketat

Ramai yang mempunyai tabiat buruk ini. Mereka mengikat rambut terlalu ketat dengan alasan mahu kelihatan kemas. Mereka tidak sedar perbuatan ini menyebabkan rambut mudah putus dan boleh merosakkan akar rambut. Elakkan juga mengikat rambut dalam masa yang lama kerana ia boleh meningkatkan kadar keguguran. Lepaskan rambut agar ia dapat bernafas dan bebas.

Selain itu, boleh amalkan suplemen shaklee dengan set penjagaan rambut.


Kebaikan Set penjagaa rambut & vitamin

Energizing Soy Protein : 


  • ESP merupakan sumber protein terbaik dan selamat untuk kita. Mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita, ESP insyaALLAH boleh membantu membekalkan protein yang berkualiti dan selamat untuk pertumbuhan rambut yang sihat.


  • Zinc complex :
    • Merupakan mineral terpenting yang terdapat dalam setiap sel badan kita. Zinc shaklee yang dicampur dengan barli dan alfalfa ini sangat bagus untuk menguatkan rambut dan mencegah keguguran rambut akibat perubahan hormn selepas melahirkan anak.
    Vitalea ( Multivitamin)
    • Elemen penting pada sel tubuh menyediakan asas nutrisi ,memastikan sel hidup , pertumbuhan sel baru , membantu proses pembesaran , pertumbuhan rambut , otot , kulit , kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
    Pro Sante
    • Shaklee Prosante adalah rangkaian set penjagaan rambut dan kulit kepala dari Shaklee yang dilengkapi dengan vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Hasilnya rambut menawan dan kulit kepala kekal segar dan sihat sentiasa.
     Namun , bagi mereka yang menghadapi kekangan kewangan digalakkan untuk mengambil ESP dan Zinc complex sahaja.



    Image result for shaklee independent distributor


    Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)



    "KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
    NORHAFIZAH MOHAMAD
    Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
    H/P : 014-7937312
    Email : fififizah66@gmail.com
    Ig       : @fififizah_pearl

    0 Comments:

    Post a Comment

    Terima Kasih atas komen anda.