Wednesday 4 November 2015

HEBATNYA ZIKIR AL - WAHHAB.. !

Bismillahirrahmanirrahim…

Maksudnya : AL-WAHHAB , Yang Sentiasa Memberi.. Allah SWT  mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.. Dia Maha Pemberi..

Wah.. alangkah hebat nya zikir ini.. Zikir ini mempunyai rahsia yang hebat..
Marilah kita sama sama mengindahkan lagi kehidupan kita dengan membasah kan lidah kita dengan berzikir kepada yang Maha Esa.

Antaranya ialah dengan praktis zikir Al Wahhab ini.

Rahsia zikir ini adalah :

1.       Menjadi Kaya & Terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu, In Sha Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, In Sha Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2.       Permintaan dimakbulkan
Sesiapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, In Sha Allah permintaanya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadahn ke langit, doa anda akan dimakbulkan.

3.       Mencari pekerjaan
Sesiapa yang tidak mempunyi pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran atau seumpamanya )

4.       Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetaoi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap khamis selepas maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(3 khamis). In Sha Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5.       Menjauhi Kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat zuhur, In Sha Allah anda tidak akan merasa lapar.

6.       Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda tidak akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan. In Sha Allah..

7.       Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 – 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. In Sha Allah anda akan berasa bebas atau emndapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100 kali sehari, esok lusa kita up kan lagi. Nanti lama kelamaan In Sha Allah zikir ini akan menjadi amalan kita.



Info SINI

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.