Sunday 1 November 2015

INFO KESIHATAN l BAKTERIA CEMARI MAKANAN

BAKTERIA CEMARI MAKANAN

Selain ancaman jerebu, demam kepialu kini menjadi anacaman terbaru sebaik Kementerian Kesihatan memaklumkan kes thypoid atau demam kepialu meningkat dengan mendadak iaitu sejak minggu pertama Ogos tahun ini.

Pakar kesihatan Awam Hospital Columbia, Dr Hanafiah Bashirun berkata, demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella thypi yang mencemari makanan atau minuman.

Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu hingga tiga minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar.

Cara demam kepialu merebak

i)                    Melalui makanan dan minuman tercemar oleh najis yang mengandungi bakteria Salmonella thypi
ii)                  Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit dan pembawa bakteria Salmonella thypi
iii)                Menggunakan bekalan air tidak bersih
iv)                Tempoh pengeraman adalah tiga hari hingga tiga bulan (purata 1-3 minggu) iaitu tempoh pesakit menunjukkan gejala selepas mendapat jangkitan bakteria ini.

Tanda dan Gejala

  • -          Keletihan
  • -          Demam panas berpanjangan
  • -          Sakit perut
  • -          Sembelit
  • -          Sakit kepala
  • -          Cirit-birit
  • -          Muntah
  • -          Kurang selera makan
  • -          Mata layu dan cengkung
  • -          Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • -          Tidak sedarkan diri dan meracau.


Bahaya demam kepialu

-          Pesakit boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam usus boleh pecah atau bocor.
-          Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
-          2-5% kes menjadi pembawa kronik kerana bakteria masih wujud dalam saluran biliary walaupun gejala tiada.

Langkah pencegahan demam kepialu

  • -          Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.
  • -          Basuh ulam-ulam, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan
  • -          Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan
  • -          Basuh pinggan mangkuk dengan menggunakan air bersih
  • -          Minum air yang dimasak atau air yang dibotolkan
  • -          Tutup semua makanan.
  • -          Gunakan penyepit untuk mengambil makanan
  • -          Gunakan tandas yang bersih dan sempurna
  • -          Gunakan bekalan air yang bersih dan terawatt
  • -          Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan hapuskan sampah dengan sempurna
  • -          Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih


Langkah penting ketika menyediakan makan
  1. Cuci tangan dengan sabun selepas keluar dari tandas kerana tangan hendaklah bersih ketika menyediakan makanan
  2. Kuku mesti dipotong pendek agar tiada kekotoran terlekat dicelah kuku dan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih
  3. Pakai pakaian bersih dan kemas, tdunung kepala dan apron ketika mengendalikan makanan
  4. Jangan batuk dan bersin ke arah makanan kerana kuman ada dalam hidung dan mulut boleh masuk dalam makanan
  5. Seseorang yang mempunyai kudis atau luka di tangan mesti menutupnya dengan plaster kalis air atau sarung tangan jenis pakai buang untuk mengendalikan makanan.
  6. Jangan mengendalikan makanan apabila terkena cirit-birit atau demam.

  
Basuh tangan dengan sabun dan air

BAKTERIA : Salmonella tyhpi


Marila sama-sama kita menjaga kesihatan kita dan menjaga kebersihan.. 
Tingkatkan pengambilan vit-c 2 biji sehari untuk mencegah daripada terkena demam ni yer..
mudah mudahan kita di lindungi daripada wabak penyakit yang ada sekarang.. ^_^

6 comments:

  1. Amalkan langkah pencegahan supaya bdn kita kuat utk elak dri kena demam ini.. Ambil 2bji vita c sehari..

    ReplyDelete
  2. Bahaya kalau tidak di pantau nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu..lg2 ank ank yg tgh mmbesr..slalu kena pantau..kne ajar cuci tgn betl2 sblm mkn.

      Delete
  3. Info yang bagus..Anyway, saya dah follow blog sis. Hope sis follow blog saya di http://penselduabee.blogspot.my

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.