Friday 13 November 2015

Jangan Amal 5 Perkara Ini Kalau Sayang Pasangan

Assalamualaikum..

5 Pemusnah Hubungan Suami Isteri

Sibuk dengan kerjaya, kehadiran anak-anak dan kerja-kerja rumah menjadi alasan utama ramai wanita  mengabaikan keperluan seks. Tapi yang ada yang memenuhi keperluan ini bagai melepaskan ‘batuk di tangga’.
 
 
Tambah pula hidup zaman IT yang dijamu dengan pelbagai kemudahan teknologi siber sehingga waktu senggang sebelum tidur dipenuhi dengan aktiviti WhatApps atau Facebook. Tanpa disedari kebiasaan ini boleh menghancurkan rutin seks anda bersama pasangan.
 
 
Percaya atau tidak, ini antara kebiasaan yang sering  para isteri  lakukan:-
 
1. Sibuk dengan gajet
Taksub sangat dengan kemudahan gajet boleh ganggu hubungan manja dengan pasangan. Kalau dah setiap jam sibuk dengan media sosial seperti Facebook, WhatApps, Instagram mahupun You Tube, memanglah pasangan boleh hilang mood.  
 
Ya, mungkin juga anda berdua-dua mempunyai tabiat sama tapi alangkah ruginya. Rugi kesempatan bersama itu tidak digunakan untuk menikmati seks.
 
 
2. Lewat atau banyak makan
Ramai isteri mengatakan stres dan jadual padat menyebabkan mereka  makan makan lambat waktu malam. Bukan hanya tidak sihat malah boleh buat anda tidak selesa masuk ke bilik tidur, sedangkan suami  sudah menunggu di kamar. Ubah tabiat ini dan tukar persepsi dengan menjadikan seks sebagai hidangan akhir anda nikmati sebelum tidur. Jangan terlalu banyak makan dan makan lebih awal agar anda ada lebih tenaga untuk menikmati seks sebelah malamnya.
 
 
3. Baju tidur ikut selesa
Jangan tutup selera suami anda dengan pakaian besar. Pakaian tidur sangat mempengaruhi ghairah seks anda dan pasangan. Baju tidur yang seksi boleh bangkitkan sensual seks yang lebih hangat sehingga sang suami tidak sabar menunggu anda memberikan reaksi.
 
 
4. Tak hargai tubuh sendiri
Selalu mengeluh depan cermin? Jangan, buangkan prasangka negatif dan banggalah dengan susuk tubuh. Semua ini bukan penentu orgasma dan kenikmatan seksual tapi bergantung kepada keyakinan dan kreativiti anda  beraksi dan bereaksi sepanjang aktiviti seksual bersama pasangan.
 
 
5. Masa 'bersama' selalu berubah
Cuba tetapkan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk anda dan pasangan menikmati hubungan seks dan keintiman sebagai pasangan suami isteri. Curi masa atau tetapkan rutin seks sebagai salah satu kerja yang perlu anda lakukan seperti mana pekerjaan lain. Manusia perlukan perhatian, kerelaan, dan keikhlasan kerana hanya anda dan pasangan sahaja dapat tafsirkan kenikmatan batin pasangan yang bergelar suami isteri.
 
 
Mudahkan nak bahagia? Bukan pada harta saja, tapi kalau lima perkara ini terjaga anda dan pasangan pasti lebih harmoni sekali gus boleh tepis tekanan hidup setiap hari.

Semoga bermanfaat..

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.