Thursday 3 December 2015

6 Cara Hilangkan Kesan Deodorant Di Baju

6 Cara Hilangkan Kesan Deodorant Di Baju

Nak tutup bau yang busuk, tetapi kesannya baju jadi kuning dan tidak tanggal jika dibasuh. Ini boleh mengganggu penampilan anda juga walau kononya ketiak tidak lagi berbau. Bagaimana cara untuk bersihkannya? Anda cuba enam cara ini untuk hilangkan kesan deodorant...
 
 

1. Alkohol (Bagi non-muslim)

Sapu sedikit alkohol di bahagian yang kotor. Jika kesan kotoran degil, anda boleh sapukan dulu dan rendamkan kain tersebut sementara  waktu dan bilas.
 
 

2. Cuka  

Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama dan sapu di baju yang kotor. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam. Bilas dengan air sejuk dan lihat kotoran pasti pudar.
 
 

3. Pantyhose (sarung kaki yang nipis)

Cara ini sangat membantu menghilangkan kesan kuning deodorant di baju. Hanya gosok perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu untuk menyingkirkan kotoran lebih cepat. Ok, lepas ni anda boleh cari stokin yang jenis nipis tu, ya!
 
 

4. Baking soda dan air

Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak di baju anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas. 
 
 

5. Aspirin

Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.
 
 

6. Limau Nipis

Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodorant dan biarka beberapa minit, kemudian letak sabun basuh. Cuci seperti biasa. 
 
 
 
Ok, selepas ini anda tidak perlu risau nak guna deodorant jenis sembur atau sapu di ketiak. Dah tahu cara ini, anda tidak lagi risau baju rosak, kan?


semoga bermanfaat..

4 comments:

Terima Kasih atas komen anda.