Monday 21 December 2015

Percayalah, Anak Meragam Sebab Kurang Pelukan

Anak mengamuk, ibu kena peluk



Berapa kerap anak anda minta dipeluk? Ketika sedih, dia mahu dipeluk. Ketika hendak berpisah dengan anda, dia juga mahu dipeluk. Pelukan juga mampu untuk menghentikannya dari mengamuk. Dengan pelukan, anak boleh merasakan cinta anda. 


Haruslah Mama sudah membuktikan kebaikan pelukan kepada bayi baru lahir. Ketika bayi menangis, tangisannya beransur reda apabila ibu atau bapa memeluk dan menepuk perlahan tubuhnya. Jadi, berapa kali anda memeluk anak hari ini?


Pelukan Ubat Mujarab
1. Kurangkan depresi dan meningkatkan kekebalan tubuh. Pelukan juga boleh memberi tenaga baru pada tubuh yang kepenatan menjadi segar dan merasa muda. Pelukan yang dilakukan di rumah secara rutin akan memperkukuhkan kasih sayang.
2. Jumlah hemoglobin atau sel darah merah dalam darah akan meningkat ketika seseorang disentuh. Hemoglobin adalah darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh termasuk ke jantung dan otak. Peningkatan jumlah hemoglobin boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit.
3. Peluklah anak sebelum ke tempat kerja. Ini akan membuatkan ibu bapa fokus pada pekerjaan, berasa bahagia dan menjadi produktif.

Manfaat pelukan untuk anak:
1. Rangsang perkembangan sel otak.
2. Kurangkan stres.
3. Rangsang rasa mengantuk.
4. Membangun konsep diri  yang positif.
5. Kurangkan emosi negatif seperti kesepian, cemas dan kekecewaan.
6. Mengatasi rasa takut.
7. Peralihan tenaga.

2 comments:

Terima Kasih atas komen anda.