Wednesday 6 January 2016

5 Situasi Ini Yang Buat Wanita Mula Kongkong Lelaki

Assalamuaalikum..

 5 Situasi Ini Yang Buat Wanita Mula Kongkong Lelaki


Ramai lelaki mula mengeluh kalau wanita yang dia sayang mula kongkong hidupnya. Mana tidaknya semua benda nak kena 'roger' pasangan dulu. Lagi teruk kalau sampai nak ikut ke mana-mana. Tapi sebenarnya kalau wanita dah mula kawal tu, mesti ada sebab.
Wahai, suami-suami di luar sana yang kena kongkong, buatlah senarai semak kenapa suami kena kongkong oleh isteri dengan jelas dan ikhlas. Bukan nak menyokong isteri tanpa usul periksa tapi nak periksa apa sebab sebenar suami dikongkong. Cuba kita fikirkan beberapa perkara ini...


1. Suami suka melayan wanita-wanita muda, manja dan mengada-ada baik dari segi percakapan, pujian dan hubungan komunikasi melalui handphone, chit chat di telefon dan lain-lain. Lepas tu lupa tanggungjawab sebagai suami dan ayah dok melayan wanita-wanita yang tidak sedar diri bahawa lelaki itu sudah bersuami isteri mana tidak mengamuk dan mengganas dengan keadaan tegang ini. Hah! Jawab bang, jawab!


2. Duit suami habis bertebaran dan bertaburan pada wanita lain dan aktiviti-aktiviti buang duit seperti berfoya-foya, makan-makan luar dengan kawan-kawan dan membeli barangan yang tidak menambah nilai keluarga. Ini menambah kebimbangan isteri kerana keadaan kewangan keluarga semakin bertambah, tapi suami bertambah galak berbelanja untuk orang lain. Isteri mana yang tak geram dengan perangai suami, jadi kena kawal! Siapa nak jawab tu! Suamilah yang jawab!


3. Suami tidak kenal waktu keluar masuk rumah, keluar waktu petang, balik awal pagi, keluar pagi, balik esok petang. Tanggung jawab dilupakan. Isteri mana tidak naik darah, naik angin, naik minyak! Hah! apa suami nak jawab hal ini!


4. Sudah nasib badan, masa bercinta dengan isteri dulu tak nampak ke perangai dia yang suka kawal orang, periksa handphone, check beg duit, pergi ke pejabat untuk ‘spot check’ dan mengekor ke mana yang teman lelaki dia pergi. Ramai suami jawab dah nampak perangai isteri masa bercinta dulu. Ingat nak berubah, tapi tak berubah malah makin teruk. Siapa yang salah tu, diri sendiri kerana ambil risiko. Sendiri kena fikir!


5. Ada juga isteri psiko yang teramat bimbang dengan pelbagai perkara. Ada sakit trauma dengan lelaki yang ramai kawan, timbul rasa bimbang yang teramat sangat dan satu caranya dengan mengawal habis-habisan. Hai, tak lepaslah suami kalau dapat isteri macam ini. Kena kawal dengan CCTV sepanjang masa, nak minum kedai mamak pun dia nak tau dan nak ikut. Sendiri pasang strategilah macam mana nak handle isteri macam ini, ya.


Sebagai pemimpin rumah tangga, jadilah pemimpin kepada anak isteri dan bukan dipimpin. Uruskan masalah dikawal isteri dengan bijaksana. Jika tidak, isteri akan bertindak lebih berani dengan mengawal suami guna ‘talian hayat’ hingga ada yang tamat riwayat suami kerana ‘di bomoh’ atau ‘dibodohkan’ isteri.


Selamat menjadi suami bahagia tanpa kawalan isteri yang negatif. ^_^

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.