Friday 22 January 2016

Sihat: Ikutlah 4 Langkah Ini di Musim Panas

Assalamualaikum.. 

Sihat: Ikutlah 4 Langkah Ini Kalau Tiba Musim Panas


Cuaca hari memang cukup perit, panas yang boleh tangkap kepala terus! Dan kalau silap langkah tak minum air memang boleh undang penyakit tanpa dijangka.


 
Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.



 
Simptom


Simptom-simptom strok haba adalah seperti sakit kepala berdenyut, mual, denyutan nadi pantas, kurang berpeluh dalam cuaca panas, otot lemah, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan, dan mudah pitam.
 


Macam nak cegah? Ikut langkah ini...


1. Elak dehidrasi
Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah mengelakkan diri dari kurang air atau dehidrasi.


2. Elak aktiviti luar
Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap. Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, memastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi.


3. Jauhi minuman keras dan kafein
Jauhkan daripada minuman keras atau minuman mengandungi kafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air.

 
4. Rehat secukupnya

Berehat secara kerap untuk memastikan anda dapat menambah cecair badan dengan air kosong dan pengambilan minuman isotonik.

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.