Monday 15 February 2016

8 Perkara Buat Wanita Mudah Cair. Pernah Cuba?

Assalamualaikum..


 8 Perkara Buat Wanita Mudah Cair. Pernah Cuba?


 
Bahagia sebagai suami isteri perlu 'diasah', mana boleh nak harapkan rasa cinta mewangi tanpa dibelai. Baik wanita atau lelaki, anda perlu semai perasaan itu setiap hari dan tahun dengan beberapa tip ini. In shaa Allah, cinta pasangan pada anda tetap tidak berubah walau usia dan tubuh fizikal semakin berubah...
 
 
 
1. Hadiah
Menghargai isteri dengan cara menghadiahkan sesuatu tanpa disangka. Tak perlu mahal, janji ada hadiah sebagai ingatan.
 
 
2. Ucapan
Ucap I love you setiap hari. Tak kan zaman bercinta saja rajin nak sebut, dah kahwin lagi perlu sebut. Kata nak ikat hubungan bagi kemas, kenalah siram 'baja' setiap hari. 
 
 
3. Ciuman
Apa salahnya kucup dahinya setiap hari. Paling mudah, bangkit subuh tu, alang-alang nak kejut subuh bersama bolehlah cium kat dahi sikit. Gerakan paling romantik, bukan? 
 
 
 
 
 
4. Peluk
Memberi pelukan penuh kasih sayang di mana saja anda berada. Walau depan anak-anak dan ipar duai. Eh, dah sah. Biarlah... Itulah yang buat wanita makin bahagia. Nak pula lelaki datang peluk waktu masak.Confirm, sedaplah sajian anda selepas ini sebab kasih sayang turun laju dalam rezeki. Berkat!
 
 
 
5. Cinta 
Haruslah nak dicintai sampai ke hujung nyawa. Tapi anda berdua kenalah pandai tonjol rasa cinta sepenuh hati. Bukan main 'ngayat' je, mungkin anda boleh buktikan sesuatu. Haaa... macam mana tu? 
 
 
 
6. Bercuti
Membawa isteri bercuti pada hujung tahun. Ya, tak payah bawa jauh, janji keluar rumah dan bawa dia merasa tempat lain selain tengok dinding rumah. Bahagia itu kan mudah! 
 
 
7. Kena pandai pujuk dan bagi semangat
Perempuan ni kadang suka membandingkan diri tanpa sengaja. Kadang sampai bandingkan dirinya dengan zaman sebelum kahwin. Banding pula bab tubuh badan yang semakin berubah. Ok, cuba beritahu isteri yang dia tetap cantik dengan keadaannya sekarang. Sedap sikit hatinya. Lagi pun itulah semangat utama dan motivasi bagi wanita, rasa tetap anggun di mata suami walau orang lain rasa dia dah makin kembang! 
 
 
8. Tarikh istimewa
Tolonglah ingat hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau hari lahir anak. Wanita cukup sensitif kalau lelaki lupa bab ini. Kadang dapat ucapan pun itu dah lebih dari cukup.

2 comments:

  1. Tumpang lalu baca saja. tak nak comment lebih ai tak kahwin lagi hihu. btw selamat pagi tuan blog (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.xpe ain..leh gk tau info info kn..slmt pagi jugak ain.. ^_^

      Delete

Terima Kasih atas komen anda.